Bab 5: Pertemuan Terakhir?

14 3 0
                                    

BIODATA WAIZ

NAMA               : Muhammad Waiz Wong Bin Rahman Wong
UMUR              : 15 tahun
JANTINA         : Lelaki
HUBUNGAN  : Saudara Laaiq dari sebelah ibu
KETINGGIAN : 1.67m
PENDIDIKAN : Pentaksiran Tingkatan 3
ASAL                 : Kuala Lumpur

.
.


[AHAD, HARI 0]

"Cik, selain bas sekolah tadi, ada nampak mana-mana kenderaan keluar dari sini?"

"Rasanya... takdelah. Lepas letupan tu satu kenderaan je yang bergerak pergi dari tapak perkhemahan ni, yang bas tu."

"Ouhhh, faham2. Baiklah, terima kasih ye cik"

Kawalri mengakhiri pertanyaan dengan senyuman yang kemudian dibalas  seorang warga perempuan tua. Kawalri beredar, menuju ke kereta yang diparkir berdekatan.

"Hehehe aku jumpa satu petunjuk. Adik tak boleh tahu ni". Kawalri memutuskan untuk tidak memberitahu adiknya, mereka berdua bertanding siapa yang dapat jumpa 'buruan' dahulu.

Bermula dari pagi, Kawalri mula melawat ratusan sekolah di bandaraya itu. Dia menerima sebarang kemungkinan samada bas itu milik sekolah rendah atau menengah. 

Jika apa yang makcik semalam katakan betul, dia perlu cari sekolah yang menyertai aktiviti perkhemahan di Hutan Simpan Ayer Hitam. Kawasan carian boleh meliputi satu Malaysia sekiranya aktiviti yang dijalankan bertaraf kebangsaan. 

Beberapa hari berlalu, Kawalri sudah mengecilkan skop carian setelah mengetahui adanya kem pengakap peringkat negeri yang tamat pada hari Ahad itu. Tanda soal terjawab, dengan yang baharu mula muncul.

Hari yang kelima, Kawalri di dalam keretanya melihat ratusan pelajar pulang dari sekolah. Selepas memarkir kereta, dia turun dan mendekati sekumpulan pelajar perempuan. 

"Weh ade orang putih, nak masukkan anak ke sekolah ke ape ni?" Salah seorang gadis bercakap dengan kawannya setelah menyedari kehadiran Kawalri.

"Jauh betul datang, aku rasa dia nak jenguk je ni" temannya menafikan sebelum semua ketawa kecil.

"Hai adik-adik! Amboi, mengata akak ye?" Kawalri bercakap penuh dalam loghat Kuala Lumpur. Berkulit warna putih gading dan bermata perang kemerahan telah menimbulkan sangkaan 'orang putih' dalam kalangan orang yang melihat Kawalri.

"Ehh EHH dia faham ape kita cakap!! Ahh ahh MAAF KAK!" pelajar di situ malu akibat terkejut dengan kefasihan Kawalri dalam bertutur dalam Bahasa Melayu, malah lancar sekali dalam dialek Kuala Lumpur.

"Hahaha takpe2. Ni akak nak tanya ni, awak ade tahu sesiape yang sertai kem pengakap Jumaat lepas tak?" Kawalri menyoal.

.
.
.

JUMAAT [MINGGU KEDUA, REALITI]

Laaiq terjaga di awal pagi. Penangan kelar masih terasa di lehernya.

"Siape akak tu? Kenape dia bunuh aku?!" Laaiq masih cuba memproses.

Pertanyaan Kawalri masih terngiang di dalam kepala Laaiq. "Awak boleh putar masa, betul?"

Kepalanya semakin runsing bagaimana 'akak' itu mengetahui tentang kewujudan kuasanya.

Tiba-tiba, pintunya diketuk kuat.

"Laaiq, awak tak ape2?!"

Faleesha, ibu Laaiq membuka pintu untuk memastikan keadaan Laaiq baik.

"Ye, umi?"

"Umm.. kenape jerit2 tadi?" Faleesha bertanya sambil memandang kiri kanan.

"Ohh, Laaiq terjatuh dari katil waktu nak bangun tadi. Terjerit pulak hehe"

Mimpi Atau Realiti (MAR)Where stories live. Discover now