Buka sahaja mata, Aaden terus menutup bunyi jam lonceng yang terpekik meminta untuk dimatikan. Mulut menguap besar, badan direngangkan ke kiri dan ke kanan. Rasa lenguh masih juga tak hilang. Adakah asbab ini merupakan hari pertama dia tidur berlainan katil? Entahlah.
Dengan langkah kaki yang malas, towel mandi pada penyangkut baju diambil sebelum dia terus melangkah kearah bilik air. Berdiri di bawah pancuran air. Aaden pegang kepala sendiri. Rasa pening berdenyut-denyut. Mungkin juga bengkak akibat dia terhantuk buju meja semalam.
Selesai sahaja berpakaian, terus telefon bimbitnya dicapai sebelum menghantar pesanan kepada rakan unitnya yang lain. Harini mereka akan berbincang tentang operasi penangkapan Q di Cafe Croissants Butter.
9:40am.
Baru sahaja kaki hendak melangkah kearah pintu rumah, mata tertancap pada sekeping kertas yang dilekatkan pada peti ais.
'Siang aku tak ada, aku kerja. Jangan cari aku. Suis rumah jangan lupa tutup setiap kali keluar. Jimat elektrik. Jangan lupa sarap'
Berkerut dahi, agak tidak percaya yang pesanan itu datang dari lelaki dingin semalam. Jangan lupa sarap? Wah caring jugak dia ni. Dalam diam. Ingatkan sombong je.
Memandangkan Aaden tidak tahu bila dia akan pulang. Terus sahaja dia membalas pesanan itu dengan perkataan okay. Suis lampu diperiksa buat kali terakhir sebelum rumah dikunci rapi.
Enjin kereta dihidupkan sebelum laju kereta Audi tt miliknya membelah jalan raya. Harap harap 3 bala tu sudah sampai. Diorang bukan boleh, janji tak pernah nak tepati. Betul betul melaksanakan konsep janji melayu bak kata Luth. Hanya Hazel sahaja yang berdisiplin tentang masa. Puas membebel, tapi sudahnya itu juga.
Sampai sahaja di kafe yang ditetapkan, mulut Aaden sedikit ternganga. Baru sahaja mengutuk. Ini apa kes semua jadi janji Japanese pulak ni?
"Yo bro! Lewat sampai" tegur Adryan yang sedang elok menyumbat croissant salted egg dengan rakus masuk dalam mulutnya.
"Tulah, semua orang dah sampai" celah si Qaisar pula.
Dan paling tak percaya sekali, Luth juga sudah sampai. Lelaki paling tidak menepati masa pada abad ini. Sekarang tengah hirup kopi Ice Americano dia dengan muka berlagak suci.
"Wow, semua dah buang tabiat ke apa? Mimpi apa malam tadi sampai semua datang awal?" Menarik kerusi di sebelah Hazel, Aaden melabuhkan punggung. Sempat dia menghadiahkan senyuman manis kepada buah hatinya itu.
"Hi cupcake, sleep well last night?" Tegur Aaden mesra. Hazel hanya balas dengan senyuman manis dan anggukan kepala.
"Good girl," sempat pipi gebu gadis itu dipicit lembut.
"Bukan buang tabiat bro, tapi kitaorang excited pasal kes kalini. Tu yang masing-masing datang awal. Kau tu bersyukur sikit. Tak payah banyak bunyi. Datang awal salah, lambat lagilah salah. Entah apa dia nak tah, bebel je tahu" ujar Adryan yang masih belum berhenti melahap croissant kesukaannya. Adryan ni memang hantu sedikit bab bab pastry. Bagi selori pun dia boleh habiskan.
"Eh iyake sebab excited? Bukan kau kata tadi sebab pastry kafe ni sedap?" Selamba Qaisar memecahkan rahsia. Luth di sebelah sudah mengekek melihat wajah terkejut Adryan. Sedikit ternganga, tak sangka yang Qaisar akan berkata seperti itu dengan muka tak bersalah.
"Wey pengkhianat! Sanggup kau bocorkan rahsia aku. Biar lah dia nampak macam kita ni budak baik sekali sekala. Aduh! Tak jaga maruah betullah dia ni" marah Adryan tak puas hati.
"Maruah apa setan? Kau ada maruah ke selama ni?" Pintas Luth yang masih lagi dengan sisa gelaknya.
"Ada okay! Maruah keturunan Hang Lepir" jawab Adryan penuh keyakinan.

YOU ARE READING
BOOK 10 | Psycho Madman [EBOOK]
Детектив / Триллер(Sudah dijadikan e-book) ACTION/PSYCHOLOGICAL/THRILLER AUTHOR ZAFREL -Psycho Madman- "Ini pembunuhan dia yang ke 13" Lima sekawan, bekerja bawah satu unit yang sama. Kode Black. Satu kumpulan detektif yang mempunyai kelebihan dan kekurangan terse...