Bab 2

567 105 16
                                    

           Aaden duduk berehat atas kerusi rotan dalam rumahnya. Kaki naik disilang atas meja. Mata ditutup rapat. Rasa lega apabila sudah jumpa tempat tinggal di Bandar Gerhana. Terasa macam hilang satu masalah dalam hidup. Bandar itu susah untuk menyewa rumah, kebanyakkan disitu semua penduduk tetap. Ini pun nasib dia dapat walau hanya menyewa bilik sahaja.

Bilik hmmm kalau bilik pasti ada penyewa bilik lain bukan?

Nafas dilepas panjang. Dia tidak beberapa gemar tinggal bersama dengan manusia yang lain. Lebih lebih lagi atas faktor pekerjaan dia yang selalu membuat penyamaran. Risau jikalau penyewa lain itu mengbocorkan maklumat tentang diri dia.

Tapi nak buat macam mana, hanya itu sahaja pilihan yang dia ada sekarang ini. Nak atau taknak dia terpaksa terima juga. Nampaknya terpaksalah dia lebih berjaga-jaga walau dalam rumah sendiri sekalipun. Menyusahkan!

Deringan telefon yang berbunyi nyaring itu sedikit mengganggu waktu rehat Aaden. Terus mencapai, sempat mata melirik pada nama si pemanggil sebelum telefon itu dilekap pada telinga kanan.

"Ya tuan? Ada apa apa yang boleh saya bantu?" Soal Aaden penuh hormat.

"Bagaimana dengan masalah tempat tinggal kamu Aaden? Dah selesai?"

"Sudah tuan, petang ni juga saya akan berpindah kesana"

"Bagus bagus, saya bangga dengan kamu Aaden. Teruskan pencapaian yang cermerlang okay. Semoga semuanya dipermudahkan" sempat Inspektor Razid menitip pesan sebelum skrin bertukar menjadi gelap semula.

"Haih..." skrin diketuk dua kali, kembali nyala. Jam telefon dilihat. Ada berbaki lagi 3 jam sebelum dia perlu berangkat ke bilik sewa baru. Nafas lelah dilepas. Telefon tadi diletakkan atas meja, sedikit kasar.

Letih, sejak kebelakangan ini dia sering berasa letih. Lebih lebih lagi kes yang perlu mereka tangani semakin lama semakin mencabar dan berisiko. Aaden selaku ketua unit pasukan terasa tekanan yang berganda, lebih lebih lagi jika melibatkan nyawa ahli yang lain. Kalau boleh dia tak mahu ada sedikitpun kesalahan. Dalam kerja mereka, kesalahan bagaikan memperjudikan nyawa sendiri.

Dua jari naik memicit belakang tenguk, rasa sengal. Tak jadi nak berehat, Aaden terus bangun dari duduknya sebelum terus melangkah kearah bilik. Cepat dia pindah cepatlah dia dapat berehat di rumah baru nanti.

Tanpa dia sedar, ini adalah permulaan bagi hidup dia sebelum semuanya menjadi kucar kacir.

               "Assalammualaikum, " pintu dikuak kedalam. Aaden menjengah sedikit rumah sewa barunya itu. Tiada sesiapa. Adakah hanya dia sahaja penyewa? Bagus juga kalau begitu. Memudahkan kerja dia nanti.

Kaki terus melangkah kearah bilik utama. Sebelah tangan memegang segugus kunci yang baru sahaja diserahkan oleh tuan rumah, manakala sebelah lagi penuh memikul sekotak besar yang diisi dengan barang miliknya.

Pintu dibuka, mulut ukir senyuman lebar. Nice juga bilik dia. Dua kali ganda lebih besar dari bilik rumah sewa lama. Dalam bilik itu ada tersedia bilik air sendiri, tak lupa juga dengan ruang meja untuk bekerja. Memang sengaja dia memilih bilik utama. Mudah, tak perlu dia asyik bertembung dengan penyewa lain kalau nak pergi ke tandas. Lagipun kos penginapan sudah ditanggung oleh pihak atasan. Tak salah kita memanfaatkan dengan sebaik mungkin.

Kotak diletakkan atas katil. Badan yang letih terus dibuang ke atas tilam. Empuk, dapat tilam empuk empuk ni susah juga. Nanti diri jadi makin malas bekerja asyik nak berehat sahaja.

Aaden pejam mata, cuba hilangkan letih memandu. Barang lain masih lagi ada dalam kereta. Sambil sambil berehat, otak ligat memikirkan sesuatu. Tak silap dia, ini rumah banglo dua bilik. Ini bermakna kalau ada penyewa lain pun hanya seorang sahaja sama macam dia. Tapi masa dia masuk tadi rumah ni sunyi je macam tak ada orang guna.

BOOK 10 | Psycho Madman [EBOOK] Where stories live. Discover now