"Apa? Nama Aaden? Kenapa pulak nama Aaden ada dekat situ?" Seakan tak percaya soalan itu diulang Qaisar semula. Ralit mata merenung anak mata milik Luth. Tak lama sebelum semua menoleh kearah satu arah. Iaitu Aaden. Sama seperti mereka, lelaki itu juga tampak jelas terkejut mendengar ayat Luth sebentar tadi.
"N-nama aku? Kenapa pulak nama aku ada dekat situ" berbalas soalan, kini semua menoleh pula kearah Luth. Meminta jawapan.
"Korang tahu kan data yang aku cari selalunya hampir 98% betul" kata Luth memulakan bicara. Memang benar pun, Luth sememangnya seorang yang handal kalau berkaitan dengan pencarian maklumat-maklumat seseorang. Walau sekecil mana sekalipun dia tetap akan jumpa maklumat yang dia mahukan. Lain pula dengan Hazel, dia lebih pakar dan arif berkaitan bahan letupan. Setahun yang lepas dia pernah mematikan satu bom yang ledakannya boleh memakan hampir 4 bangunan besar.
Manakala Adryan pula kelebihannya dalam stamina, kalau disuruh membuat penyamaran. Jangan dikata 6 hari, 15 hari pun dia pernah tidak melelapkan mata hanya untuk mengekor kegiatan suspek.
Qaisar pula kelebihannya terletak pada naluri yang kuat. Hampir kesemua kata hatinya menjadi asbab mereka menyelamatkan diri disaat-saat genting. Kerana Qaisar seseorang yang akan berfikir kepada logik akal tak kira apa pun keadaan yang mereka sedang lalui.
Aaden pula berperanan sebagai tulang belakang mereka berlima. Memandangkan hanya dia sahaja yang berperangai agak matang berbanding yang lain. Jadi lebih elok jika dia yang menggalas tanggungjawab sebagai ketua itu. Rosak ketua rosaklah anak buahnya.
"Lagipun kau sendiri kata yang kau tak ingat langsung zaman silam kau. Jadi aku rasa data yang aku dapat ni betul. Kau memang pernah bersekolah sama sekolah dengan mangsa mangsa tu" tambah Luth lagi.
"Tapi pengasuh aku kata aku tak sekolah menengah. Aku cuma ambik peperiksaan SPM untuk layak masuk universiti je. Kenapa pulak nama aku ada tersenarai dekat situ" bantah Aaden laju. Ini kali pertama dia dengar mengenai hal ini. Dalam rekod pendidikannya juga tidak tersenarai sekolah lama dia.
"Aaden, ataupun sebenarnya..." mereka pandang Adryan.
"Ke sebenarnya kau memang pernah sekolah dekat sana tapi pengasuh kau tipu kau, kata yang kau tak pernah sekolah situ?" Sambung Qaisar pula.
"Kenapa pulak dia nak buat macam tu? Tak ada sebab dia nak sorokkan benda macam ni dari aku" masih tak mengalah, Aaden cuba menidakkan kenyataan itu sekali lagi.
"Habis tu data yang Luth dapat ni apa? Takkan sekolah tu tiba-tiba nak masukkan nama kau kalau kau betul betul tak pernah sekolah dekat situ. Apa fungsi dia?" Pintas Adryan pula. Kini masing-masing kelu lidah. Seraut wajah gelisah Aaden diperhatikan dari ekor mata masing-masing.
"Aku tak tahu...habis tu takkan Q pun sekolah dekat sana? Korang nak kata yang aku kenal Q? Pembunuh bersiri tu? Kau nak kata yang aku ada kena mengena dengan dia lah sekarang ni?"
"Bukan macam tu maksud aku" Adryan sedikit gelisah. Kembali diam. Kalau ikutkan hati memang itu yang terfikir dibenak fikiran masing-masing. Misteri tentang pembohongan pengasuh Aaden mengenai maklumat pendidikannya dan juga mengenai identiti Q sangat mencurigakan. Lebih lebih lagi apabila pengasuh Aaden seakan cuba menutup kenyataan yang lelaki itu pernah bersekolah di sana.
"Kau betul betul tak ingat ke Aaden? Satu pun? Takkan kau tak tahu langsung zaman sekolah kau" Luth menyoal lagi, masih cuba menggali memori lelaki itu. Ada yang tak kena dengan kes kalini. Seakan berkait dengan ketua mereka.
"Betul, aku tak ingat langsung. Kalau aku inga-" terdiam. Tiba-tiba kepala Aaden terasa sakit. Seakan berpinar, tekaknya menjadi mual.
"Hafez sudahlah, jangan buat aku macam ni aku tak tahu apa apa sumpah.... aku tak tahu"
YOU ARE READING
BOOK 10 | Psycho Madman [EBOOK]
Детектив / Триллер(Sudah dijadikan e-book) ACTION/PSYCHOLOGICAL/THRILLER AUTHOR ZAFREL -Psycho Madman- "Ini pembunuhan dia yang ke 13" Lima sekawan, bekerja bawah satu unit yang sama. Kode Black. Satu kumpulan detektif yang mempunyai kelebihan dan kekurangan terse...