Bab 7

695 96 46
                                    

         Terhinjut bahu Hazel apabila ditegur secara tiba-tiba. Pantas dia menoleh kearah gerangan yang memegang pergelangan tangannya itu. Sedikit tercengang. Bukan dia tidur ke tadi?

"Hazel bilik ni jangan masuk, housemate aku marah nanti," Hazel pandang muka Aaden yang tampak tak bermaya. Habis sahaja berkata, sesaat kemudian lelaki itu jatuh rebah ke lantai.

"Aaden!" Kebetulan Qaisar yang baru sahaja melangkah masuk di pintu terus sahaja menyambut kepala jejaka itu sebelum jatuh terhentak.

"Sayang! You okay tak ni?" Pipi ditampar lembut. Hazel jadi makin cuak. Adakah dia baru sahaja membuat satu kesalahan? Cepat-cepat mereka berdua meletakkan kembali lelaki itu masuk kedalam bilik utama.

"Kenapa ni? Apa dah jadi?" Wajah Hazel dan juga wajah pucat Aaden di pandang bersilih ganti.

"I ingatkan housemate Aaden ada tadi, i nak minta maaf sebab guna barang dalam rumah ni. Tiba-tiba Aaden bangun kata jangan bukak pintu bilik lagi satu tu. Nanti housemate dia marah" cerita Hazel tanpa berselindung walau satu sekalipun.

"Lah, you ni bahayalah. Ni kan rumah lelaki. Jangan lah suka suka bukak pintu bilik orang" Qaisar memandang kiri kanan sebelum mulutnya didekatkan sedikit mendekati telinga Hazel.

"Kalau dia masukkan you dalam bilik dia pastu dia rogol you. Hah? You nak ke? Kita bukannya kenal pun siapa housemate Aaden. Entah baik ke jahat bukan kita tahu" mata Hazel membulat apabila mendengar ayat lelaki itu. Pantas bahunya dipukul agak kuat. Qaisar terdorong sedikit kebelakang akibat pukulan Hazel. Mulut celupar betul.

Tergelak kecil Qaisar melihat reaksi Hazel.

"Ni kita nak buat apa? Takkan nak tinggal je Aaden macam ni?" Kembali menyoal. Raut wajah Aaden dilihat semula.

"Tinggal jelah, bukannya dia tak pandai jaga diri. Aaden, kitaorang pergi dulu tau. Bubur, Hazel dah masak. Tepi meja ni ubat, aku ada belikan tadi" pesan Qaisar kearah Aaden yang masih menutup mata. Lambat-lambat kepala itu diangguk. Membuktikan yang dia masih sedar.

"See?" Soal Qaisar kearah Hazel pula.

"Dah jomlah balik kafe, lama dah diorang tunggu. Karang sampai si Q tu dah bunuh 20 orang pun kita tak habis habis lagi nak cari dia" Qaisar sudah melangkah kearah pintu. Hazel hela nafas panjang.

"Love you sayang. I pergi dulu, tau" sempat dia berpesan sebelum lantas mengikut sama mengekor langkah Qaisar. Pintu bilik Aaden ditutup rapat. Lalu sahaja diruang tamu, mata Hazel mengerling sekilas kearah bilik tidur housemate Aaden. Ada apa dalam bilik tu sampaikan Aaden beriya-iya tak bagi dia masuk? Kepala menggeleng pantas. Cuba mengusir perasaan buruk. Kemudian Hazel terus melangkah pergi.

Bunyi enjin dihidupkan sebelum laju kereta milik Hazel meluncur keluar dari perkarangan rumah banglo setingkat itu. Tanpa mereka sedar, tindak tanduknya diperhatikan oleh seseorang. Tajam mata merenung, kemudian dia melangkah pula kearah dapur. Bubur yang masih berwap itu diperhati lama dengan tatapan kosong.

"Dia masak? Untuk Aaden? Pfft" Tersengih, tawa halus terlepas dari bibirnya yang tampak pucat tak berdarah. Lama lama tawa itu menjadi kuat. Lucu sangat. Seketika kemudian dia berhenti. Sisa air mata dikesat menggunakan hujung baju.

"Well well well, Aaden. Hampir sahaja kau melanggar peraturan aku yang kedua. Berani-beraninya perempuan kau nak sibuk sibuk tahu pasal rahsia kehidupan aku?" Kaki Alex berhenti betul-betul di hadapan pintu bilik sendiri. Tombol ditekan sebelum ditolak luas ke dalam.

"Jangan sampai aku buat kau hilang kerjaya sendiri, Aaden" berkata penuh makna.

Senyuman senget terukir. Andaikata gadis itu tadi bersikap bodoh dan masuk kedalam biliknya. Terpaksalah dia membunuh kedua-dua detektif bodoh tu. Demi menutup kebenaran yang hakiki. Lagi pula tak mungkin dia akan bersenang-lenang sahaja apabila mereka melihat apa 'isi' ruangan ini.

BOOK 10 | Psycho Madman [EBOOK] Where stories live. Discover now