"Hazril, cepat la. Cuba nasib. Tengok sejauh mana tuah kau." ujar Shauki Ridwan.
Sengaja memanaskan Haizril Amirune. Haziq Idzham sudah masak dengan perangai Shauki Ridwan hanya tersenyum. Haizril Amirune bukan tidak tahu sikap Shauki Ridwan. Tetapi, dia seorang yang pantang dicabar. So, here we go.
Haizril Amirune merenyukkan ticketnya. Wajah Nuranna Laryssa menjadi sasaran. Setelah memastikan dengan tepat kedudukan 'peluru'. Haizril Amirune melepaskan 'tembakan'.
Ticket itu jatuh bergolek di atas lantai. Nuranna Laryssa menyapu dahinya. Matanya dibuka.'What the hell? Perangai siapa macam setan ni?' ngomelnya di dalam hati.
Matanya memandang tepat ke arah Haizril Amirune, Shauki Ridwan dan Haziq Idzham. Matanya tajam memandang satu persatu wajah. Shauki dan Haziq cepat-cepat mengangkat tangan.
"Bukan aku." ujar Shauki Ridwan.
"Aku tak buat, okey." nafi Haziq Idzham.
Nuranna Laryssa memandang ke arah Haizril Amirune.
'Dia. Ya Allah. Aku penyekkan macam tanah liat sedap ni.' ngomel Nuranna Laryssa penuh dendam.
Shauki, Haziq dan Haizril Amirune kini beralih tempat. Mereka kini duduk secara bertentangan dengan Nuranna Laryssa.
"Nurann!" Haziq Idzham memanggil Nuranna Laryssa.
Matanya dibuka sedikit. Kemudian, dipejamkan semula.
"Apa?" soal Nuranna Laryssa malas. Sangat malas.
"Kami nak keluar lepas ni. Nak join?" soal Haziq Idzham.
"Takyah la ajak Nurann. Men's day out la. Kau ni!" rungut Shauki Ridwan.
Nuranna Laryssa tidak menunjukkan sebarang riaksi. Dia langsung tidak tertarik dengan tawaran Haziq apatah lagi hendak terkilan dengan kata-kata Shauki.
"Tak jadi la Nurann. Si 'Shokin' ni, taknak kau join." ujar Haziq Idzham separuh mengadu.
Haizril Amirune hanya mendiamkan diri. Seperti Nuranna Laryssa, dia juga turut memejamkan mata. Dia penat. Sesekali matanya mencuri pandang ke arah Nuranna Laryssa.
'Tenang je dia ni? Hidup ke tidak? Tak reti nak sentap ke macam mana?'
Kini keadaan menjadi sepi kembali. Masing-masing melayan perasaan.
Bas kini berhenti di taman perumahan Nuranna Laryssa. Nuranna Laryssa bergerak keluar dari basnya. Haziril Amirune memerhatikan langkah Nuranna Laryssa sehingga gadis itu memasuki kawasan rumahnya. Dia tersenyum.
'Sini je rumah dia? Kenapa tak pernah jumpa? Eh. Kat taman tu apa? Kenapa aku baru sedar?' Haizril Amirune mentertawakan diri sendiri.
Lembap sungguh akalnya. Haziq Idzham turut memerhatikan langkah Nuranna Laryssa. Dia memandang Haizril Amirune di sisinya.
'Senyum?'
"Abe Haizril. Abe Haizril senyum kat siapa?" seloroh Haziq Idzham.
Haizril Amirune terkedu seraya mematikan senyumannya.
'Allah. Over sangat pula aku ni. Kantoi kan!!'
"Sibuk la kau ni. Aku tengah mimpi jumpa awek ni. Sibuk." Haizril Amirune menutup malunya.
Haziq Idzham tersenyum mendengar jawapan polos dari Haizril Amirune. Nampak benar membohongnya.
"Weh Haizril! Mak engkau ada rumah tak?" soal Shauki Ridwan tiba-tiba.
"Entah. Ada rasanya. Pahal?" jawab Haizril Amirune sambil matanya tertutup rapat.
"Mak kau masak tak?" soal Shauki Ridwan lagi.
YOU ARE READING
"Supp, Si Kerek?"
Teen Fiction"Nuranna Laryssa? Huh, dia ni tak istimewa mana pun. Muka ala kadar je. Setakat hebat dalam sukan, apalah sangat kan? aku boleh lawan. Hahaha. Dia ni bukan taste aku. I'm serious. Yang pasti dia ni poyo habis. Ouh ya! Dan KEREK." - Haizril Amirune "...