bab 25

852 41 3
                                    

Kisah mengenai pergaduhan di sekolah tadi hanya dibiarkan begitu sahaja. Dia malas hendak mengutarakan masalah tersebut pada ibu bapanya. Pasti, mereka akan melenting.
Dia mengeluh berat. Apa yang dia runsingkan pun, dia sendiri kurang pasti. Seolah-olah dia mengangkat sebuah beban yang benar-benar berat.
Badan dihempas di atas katil. Penat sungguh dia hari ini. Mana tak penatnya, bergaduh. Kakinya sudah elok. Langsung tiada kesan kene rotan mahupun luka atau sakit. Sudah kebal mungkin? Yela, silat kan?
Matanya dipejam rapat. Menghilangkan rasa penatnya. Kemudian, matanya dicelik semula. Dia kene solat zohor. Dia bangun dari pembaringan. Badannya dibiarkan dibawah shower. Terasa segar badannya, apabila air mengalir ke tubuhnya.
Solat dikerjakan dengan penuh khusuk. Bagi dia, tiada sebab yang munasabah untuk seseorang meninggalkan solat fardhu. Melainkan, syarat yang ditentukan syara'.

Telefonnya berbunyi, menandakan ada mesej dari mana-mana masuk. Dia menggapainya malas. Dia hendak tidur sahaja diakalnya.

' 25 messages from Amirune Si Poyo.'

Dia memandang penuh kehairanan. Amirune menghantar pesanan ringkas ? 25 pula tu. Banyak tu. Ada apa ni?
Dia membuka mesej tersebut. Dia merasa ada sesuatu yang serius.
Dari mengantuk dan malas, kini dia sudah celik dan sirius. Wajahnya tenang tetapi mempunyai aura yang tegas.
Melihat sahaja mesej-mesej tersebut, wajahnya mula menoya. Semakin dibaca, semakin menoya. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Kemudian dihembus perlahan. Telefon bimbitnya diperhati semula.

Woii.

Ada sesiapa tak?

Dah tick dua, bila nak blue?

Tidur ke? Perempuan tidur siang.

Eh, Amani nak cakap.

"Kakak! Kakak buat apa tu?" soal Amani dalam rakaman.

"Lagi.. Lagi.." suara Haizril Amirune turut kedengaran dalam rakaman.

Ini bukan Amani nak cakap, engkau yang paksa. Kesian Amani. Mangsa keadaan.

Kerek kau eh? Amani tanya taknak balas. Tengok dia dah nangis dah!

Satu rakaman suara dihantar oleh Haizril Amirune. Kedengaran suara Amani menangis. Menangis yang dibuat-buat. Sangat jelas. Suara Haizril Amirune ketawa terkekek-kekek juga turut jelas didengari.
Apalah dia ni. Dah tak ada modal agaknya. Amani juga lah.

Woi!!!

Perkataan 'woi', dihantar dengan banyak. Baru Nuranna Laryssa hendak membalas, masuk lagi mesej baru. Dari orang yang sama. Namun kali ini, gamba-gamba Amani secara candid. Nuranna Laryssa tersenyum kecil.

Pahal? - Nuranna Laryssa.

Pahal je?- Haizril Amirune.

- .- - Nuranna Laryssa

Eh, Whatsapp ada benda baru la. Atas ni. - Haizril Amirune.

Kejadah nya kau ni? Baru apa ? - Nuranna Laryssa

Oh, call orang la. Aku call kau la. - Haizril Amirune.

buat apa? - Nuranna Laryssa.

Banyak tanya la kau ni. - Haizril Amirune.

Suka hati aku la. - Nuranna Laryssa.

Hahahahaha. Test. - Haizril Amirune.

Tiba-tiba telefon Nuranna Laryssa berdering. Panggilan dari Whatsapp masuk. Dia mengangkat panggilan tersebut.

"Supp, Si Kerek?"Where stories live. Discover now