Penggera telefon berbunyi nyaring. Senyaring yang mampu untuk mengejut tuannya bangun. Nuranna Laryssa menggapai telefon bimbitnya yang terletak di side tablenya. Dia mematikan penggera tersebut.
Matanya perlahan-lahan dibuka. Dia masih mengantuk. Tetapi dia perlu sahur. Dia harus puasa. Puasa ganti. Tahun ni puasa datang awal. Kalau tak ganti, macam-macam masalah. Leceh.
Dia bangun juga akhirnya. Kaki menuruni tangga. Satu persatu. Matanya masih tertutup. Mengantuk sangat. Setibanya di hadapan dapur, dia memisat kasar matanya. Cuba hilangkan ngantuk.
Lauk dipanaskan. Telur digoreng dada. Nasi dipanaskan. Dia menjamu sahurnya. Harapnya, dapat la bertahan. Air susu tin menjadi minumannya. Lazat.
Setelah membasuh pinggan yang telah dia gunakan, dia menaiki semula tangga dan menuju ke biliknya. Dia membolosi ruangan. Jam menunjukkan angka lima, lima puluh minit pagi. Masih awal. Kerana setahunya, azan akan berkumandang pada pukul enam pagi.
Dia bersiap-siap hendak ke sekolah. Runtinnya hari ini seperti biasa.Ulfa Marissa mendekati Nuranna Laryssa.
"Nurann, kau puasa tak?" soal Ulfa Marissa.
"Puasalah. Kenapa? Kau tak puasa ke?" jawab Nuranna Laryssa malas.
"Eh, puasalah. Dah engkau ajak."
"Dah tu, yang tanya aku tu pahal?"
Ulfa Marissa hanya menayangkan sengihan. Nuranna Laryssa melentokkan kepalanya di atas mejanya. Dia nak tidur. Tidurnya masih tidak cukup.
Ulfa Marissa menggeleng-gelengkan kepalanya. Ryzal Hamdi yang baru masuk kekelas, memerhati mereka berdua. Apabila matanya bertentang dengn Ulfa, dia menanyakan keadaan Nuranna Laryssa."Pahal ni? Nangis?" soal Ryzal Hamdi serkap jarang.
"Kejadah Nurann nak nangis pagi-pagi buta ni? Kau ni pun. Dia tidur la."
Ryzal Hamdi hanya membuat muka. Sudahnya, dia duduk di tempatnya. Membuka buku dan mengerjakan homework nya yang belum siap. Kadang-kadang, matanya mencuri memandang Ulfa Marissa. Dan tersenyum.
'Kita pasti berjodoh, kan?' soal Ryzal Hamdi di dalam hati.
Nuranna Laryssa yang terjaga dari tidurnya,dapat menangkap perangai Ryzal Hamdi. Dia tersengih. Dalam mamai-mamainya, wujud juga idea nakalnya.
Sehelai kertas nota dikoyakkan kecil. Di atasnya ditulis besar-besar perkataan,'Jangan Nak Tenung Lama-Lama. Juling nanti! Cepat masuk meminang. '
Bersama emotion kartun menjelir lidah. Kemudian, kertas itu dibaling tepat ke arah Ryzal Hamdi.
Ryzal Hamdi terkebil-kebil apabila dirinya merasa ada sesuatu yang terkene ke badannya. Dia memandang keliling. Apa sahaja yang mengena ke badannya tadi ? Kemudian matanya tertangkap ke arah kertas yang bergolek cantik di sebelah kerusinya.
Dia mencapai kertas tersebut, dan membukanya. Dia membaca dengan penuh teliti.'Ceh. Tak lain, tak bukan. Si Joyah Nurann. Sibuk betul. Suka hati aku la.'
Tempat duduk Nuranna Laryssa dikerling. Nuranna Laryssa masih melentokkan kepalanya di atas meja.
'Acah tidur la tu. Fikir tak tahu? Siapa lagi tulisan macam doktor ni? Kalau bukan dia?' bebel Ryzal Hamdi sendirian.
Kertas ditangan dibaca lagi. Dia tersenyum. Lucu. Kemudian dia menyimpan kertas tersebut di dalam beg. Kalau buang nanti, tak pasal-pasal kantoi. Bukan boleh percaya ni. Makcik cleaner pun reti gosip.
Haziq Idzham, Shauki Ridwan, Haizril Amirune bersama-sama menunggu bas rapid. Hari ini, mereka tidak membawa kenderaan masing-masing. Sengaja bagi 'cuti' kat mereka.
Mereka bertiga kini sedang termenung. Apa yang difikirkan pun, tidak tahu la. Tiba-tiba Shauki Ridwan bersuara."Dapat makan cake kat Secret Recipe sedap kan? Tekak aku rasa nak telan Indulgence. Sedapnya lahai." Shauki Ridwan menyuarakan pendapat.
Haizril Amirune dan Haziq Idzham mengangguk laju. Mereka juga turut terliur disaat memikirkan keenakan dan kemanisan cake-cake yang dijual di Secret Recipe.
"Kita pergi jom? Lepak. Dah lama tak lepak. Sekarang,semua busy dengan awek masing-masing." soal Haziq Idzham.
Haizril Amirune tersentak mendengarnya. Otaknya terus teringat pada Nuranna Laryssa tatkala perkataan 'awek' disebut.
'Wuish! Apa ni ? Dia bukan tuju kat aku. Kat Shauki la ni. Bukan-bukan.' Haizril Amirune menafi kuat.
"Boleh juga tu. Pergi kejap lagi la. Naik rapid ni, balik rumah aku. Kita pergi terus. Nak tukar baju juga ke?" Haizril Amirune mengemukakan cadangan.
"Oh, boleh tu. Aku dah ada baju spare." jawab Shauki Ridwan laju.
Tangannya lantas menunjukkan sehelai baju dan seluar yang dikeluarkan dari beg nya. Mereka berasa aneh melihatnya. Kenapa dia bawa baju spare dalam beg? Takut terkencing? Tapi, kenapa baju macam ni?
"Apa motif kau beratkan beg bawa baju gini ke sekolah?" soal Haziq Idzham kehairanan
Shauku Ridwan tersengih penuh makna. Untuk seketika, Haziq Idhzam mengertinya. Lupa. Ponteng.. Shauki Ridwan memang agak nakal. Bukan agak dah, boleh tahan kuat jugalah hal dia kat sekolah.
Tapi entah mengapa, mereka tetap rapat. Bagi mereka Shauki Ridwan walaupun agak nakal, tetapi dia baik. Mereka bertiga sudah berkawan sejak tadika lagi. Mungkin disebabkan itu, mereka masih bersama walaupun berlainan sifat."Kau Haziq?" soal Haizril Amirune kepada Haziq Idzham.
"Aku ikut je. Aku pinjam baju kau je lah. Macam tak biasa." jawab Haziq Idzham.
"No prob. Cun. Sekarang mana rapid. Asal lembap sangat? Aku boleh jadi ikan masin tahu. Kene jemur macam ni." bebel Haizril Amirune.
Mereka terus menunggu bas rapid datang. Sewaktu ianya tiba, mereka terus menaikinya tanpa banyak bicara. Dah penat. Tak larat nak cakap apa-apa.
Ketika bas itu hendak jalan. Nuranna Laryssa lari sambil menjerit minta ditunggu."Pakcik! Tunggu!!" jeritnya kuat.
Peduli apa dengan orang keliling. Hari ini, aku belanja korang satu drama pendek, ya? Lepas ini, boleh la ambil aku jadi perlakon.
Dia tercungap-cungap sewaktu menaiki tangga bas. Alahai, pendek je. Tapi macam nak daki Everest. Wang syiling berjumlah lima puluh sen dihulurkan kepada pemandu bas. Kemudian dia diberi ticket bas.
"Te.. Terima kasih,cik. Peace." ujar Nuranna Laryssa dalam tercungap-cungap. Sempat dia menunjukkan simbol 'peace' sebelum beredar mengambil tempat.
Apabila melihat kerusi yang kosong, dia terus mengheyakkan punggungnya. Satu keluhan kelegaan dilepaskan.
'Nasib sempat. Kalau tak, tidur kat sekolah la kau.' bisik Nuranna Laryssa pada diri sendiri.
Ketika matanya hendak ditutup, dia terdengar seperti orang memanggil namanya. Dia mengerutkan dahi. Malas hendak melayan. Namun, makin kuat pula. Dia buka matanya perlahan-lahan.
Keliling bas rapid dipandang. Siapa saja lah panggil aku tadi? Kemudian, matanya dapat menangkap susuk tiga orang sahabatnya. Tak, silap. Dua orang sahabat. Seorang lagi tu, entah la.
Tangannya diangkat. Kemudian dia menutup semula matanya."Alahai. Tidur balik? Apalah Nurann ni." ngomel Shauki Ridwan.
Haziq Idzham membaling ticket bas yang telah direnyukkan ke arah Nuranna Laryssa. Tetapi, tersasar. Kemudian, Shauki Riwdan pula mencuba nasib. Namun tetap juga tersasar.
"Cis! Sipi je tu. Kalau aku tiup, dah kene dah." bebelnya.
Haziq Idzham menepuk perlahan belakang Shauki Ridwan. Sabar ya?
YOU ARE READING
"Supp, Si Kerek?"
Tienerfictie"Nuranna Laryssa? Huh, dia ni tak istimewa mana pun. Muka ala kadar je. Setakat hebat dalam sukan, apalah sangat kan? aku boleh lawan. Hahaha. Dia ni bukan taste aku. I'm serious. Yang pasti dia ni poyo habis. Ouh ya! Dan KEREK." - Haizril Amirune "...