"Saya tak nak bercakap panjang atas ni. Cuma ingin saya pesan, tolong jangan main-main ketika menjawab kertas soalan kelak. Ingat, result yang akan keluar adalah hasil daripada kerja dan usaha kamu sendiri selama lima tahun kamu berada di sekolah ini. Jadi, jangan salahkan kami kalau result kamu nanti, buruk dan sebagainya." bebel En.Fazlee.
"Saya tahu. Ada diantara kamu, yang tak sedia lagi. Dan ada juga, yang tak ambil peduli. Tapi ingat, keputusan ini akan kamu bawa sehingga kamu cari kerja nanti. Kalau kamu buat bersungguh, maka cerah la masa hadapan kamu. InshaAllah. Sama ada kamu suka atau tidak, sedia atau tidak, kamu tetap harus menjawabnya dengan bersungguh-sungguh."
"Bagi mereka yang rasa selama ni banyak menyusahkan ibu bapa, sekarang la. Sekarang la masa untuk kamu balas balik jasa mereka.Faham semua?" soal En.Fazlee tegas.
"Faham." jawab pelajar serentak.
Masing-masing memberikan tumpuan yang sepenuhnya terhadap apa yang dikatakan oleh guru disiplin itu.
"Baiklah. Sekarang, beratur mengikut kelas. Dan bergerak dalam barisan untuk bersalam dengan guru-guru kamu. Mula dari kelas hujung sana." arah En.Fazlee.Tangan guru disalam dan dicukup memohon restu. Memohon agar segala dosa diampunkan, supaya dipermudahkan menjawab soalan.
"Cikgu Arsaid tadi, pandang aku semacam siot. Aku nak salam pun, takut-takut." adu Shauki Ridwan."Hahaha. Memang la. Kau kan murid kesayangan dia." perli Haziq Idzham.
"Well, biasa la Shauki Ridwan kan." ujarnya penuh bangga.
"Banyak la kau. Kau dah mintak ampun belum. Kau ni, kalau gagal esok. Tahu sangat la mana silapnya. Nakal." bebel Haizril Amirune.
"Hahahaha. Dah la. Aku dah bagi ayat yang tip top tadi. Biar dia lembut hati maafkan aku." ulas Shauki Ridwan.
"Kau tak bagi ayat pun, diorang dah maafkan. Budak macam kau, memang kene maafkan. Nanti, tak dapat jawab. Kesian." gurau Ryzal Hamdi.
"Betul tu." sokong Ulfa Marissa.
Mereka semua mentertawakan Shauki Ridwan. SPM akan bermula minggu hadapan. Disebabkan itu, pelajar yang nakal jadi baik. Yang baik bertambah baik. Semuanya, berpakat nak stay sekolah lepak pusat sumber. Buat ulang kaji.
"Petang ni pergi mana?" soal Shauki Ridwan nakal.
Nuranna Laryssa berkerut apabila mendengar soalan dari Shauki Ridwan.
"Study la. Exam minggu depan, gila. Kau nak gagal?" soal Nuranna Laryssa.
"Hahaha. Gurau je." jawab Shauki Ridwan.
"Kau jawab main-main exam ni, kene kau. Sebelum kene bantai dengan mak bapak kau, aku dah belasah dulu dah." ugut Nuranna Laryssa.
"Aku tahu la." ujar Shauki Ridwan malas.
"Tahu, tahu. Tapi buat juga. Kami semua belasah kau nanti." sokong Haziq Idzham.
"Yelah. Susah betul ada adik-beradik angkat yang prihatin ni." keluh Shauki Ridwan.
"Hahaha. Sakai." ujar Ulfa Marissa.
"Kita study jom petang ni. Aku cuak juga doh." ujar Ryzal Hamdi melepaskan rasa.
Siapa tak takut. Bukan sebarang ujian ni. Masa depan kita, kat kertas tu. Mereka yang bijak pandai pun, tetap juga menggelupur macam selama ni bodoh.
YOU ARE READING
"Supp, Si Kerek?"
Jugendliteratur"Nuranna Laryssa? Huh, dia ni tak istimewa mana pun. Muka ala kadar je. Setakat hebat dalam sukan, apalah sangat kan? aku boleh lawan. Hahaha. Dia ni bukan taste aku. I'm serious. Yang pasti dia ni poyo habis. Ouh ya! Dan KEREK." - Haizril Amirune "...