bab 33

1.1K 47 4
                                    

"Umi!!!! Cepat la!!" teriak Nuranna Laryssa dari luar rumah.

Kelam-kabut Pn.Razimah keluar dari rumah. Pintu dan pagar dikunci dan dimangga. Nak tinggalkan rumah, kene pastikan semuanya berkunci. Kalau ada rumah tikus, dengan rumah-rumah tu sekali dikuncinya.

"Ya. Ya. Umi dah keluar dah." sahut Pn.Razimah.

Sebaik sahaja semua penumpang ada, kereta bergerak keluar meninggalkan perkarangan rumah. Kereta berjanama Suzuki GrandVitara meluncur laju keluar dari taman perumahan dan memasuki lebuh raya.
Nuranna Laryssa hanya diam membeku dibelakang. Tak ada adik-beradik ,macam ni la. Melalut la seorang diri. Kau nak buat apa, kau boleh buat. Tapi, sendirian. Mak bapak, sibuk kerja.
"Hello, mak? Ha, ni dah on the way ni. Ya. Ya. Ada Nurann nya ha. Kat belakang ni, melangok sesorang. Hahahaha. Ya lah, mak." Pn.Razimah rancak berbual dengan emaknya di dalam telefon bimbit.

Kadang-kadang Nuranna Laryssa menjeling uminya tiap kali namanya disebut. Apa sahaja yang dibualkan. Asyik menyeru namanya sahaja. Mengutuk la tu.

"Kiri, bang. Kita guna LEKAS je la." arah Pn.Razimah.

En.Azizir hanya menurut. Mana-mana sahaja la. Janji tiba destinasinya.

"Hai Nurann, diam je? Kenapa?" soal Pn.Razimah.

"Memang selama ni Nurann diam je dalam kereta ni. Umi ni kenapa?"

Pn.Razimah tersengih macam kerang busuk. Betul sangat la tu. Selama ni, memang anaknya hanya diam sahaja.

"Awak ni la. Takyah diusik la budak tu." tegah En.Azizir.

"Bukan usik la bang. Tanya khabar." jawab Pn.Razimah

"Tanya khabar apanya? Dia bukannya jauh benar. Belakang kita je ha." bebel En.Azizir.

"Ya la. Itu saya pun tahu."

"Dah tu?"

"Abang ni la. Orang bergurau je la. Amik serious ni kenapa?"

"Bergurau dengan saya ni, lagi bagus. Saya kat sebelah taknak dikacau. Anak kat belakang yang dipandang."

"Pula dah? Abang tu tengah memandu. Nanti lalai, ada yang tak tiba rumah mak kang."

"Apa awak cakap macam tu? Tu kerja Tuhan. Semua orang akan mati juga akhirnya."

"Memang la semua mati. Tapi, takdir kita mampu ubah. Taknak la saya mati macam katak. Atas jalan. Bagi la tempat yang best sikit."

"Awak ni merepek la. Ibadah tak semenggah, ada hati."

"E'eh. Abang ajak gaduh ke apa?"

"Dah la woi. Berapa umur ni? Duduk belakang ni, kalau nak gaduh. Biar Nurann drive. Nak mati, jangan ajak Nurann. Nurann nak hidup lagi." marah Nuranna Laryssa.

"Apa pula? Nurann tu anak baba. Kene la ikut." ujar En.Azizir.

"Entah." sokong Pn.Razimah

"Eh. Taknak Nurann. Mati dalam bergaduh. Mana nak tiba syurganya? Tak mau la. Gaduh la umi dengan baba. Nurann taknak join."

"Ehh, jadi derhaka la Nurann." gurau Pn.Razimah

"Apa pula? Syiah la umi ni."

"Entah awak ni. Apa pula. Kita yang salah. Derhaka apa nya?"

"Alaa, abang ni. Suka la amik serious. Saya gurau la."

"Gurau pun agak-agak la."

"Dah! Dah! Bila nak tamatnya? Dah. Umi, kuatkan radio tu. Lagu best. Lagi best dari dengar umi baba gaduh macam budak kecik."

"Supp, Si Kerek?"Where stories live. Discover now