3

39 2 0
                                    

Below the cliff, there's the waves you love,
The rocks you hate.
There's the foam that tickles,
The wind that breaks.

A little behind, there's the monsters of the woods,
The graves of the lost.
The stones of the little hearts,
The spirits you want to love most.

Before you,
There's the mirrors of your thoughts,
A little clouded with smoke trails.

And you are, to them all






Mata yang terpejam perlahan-lahan dibuka. Cahaya lampu yang menegak di dada siling bilik memintas netra mata. Pantas, pupil matanya mengecil. Badannya bangun daripada pembaringan. Rasa mamai belum hilang daripada kepalanya. Dipejam lagi matanya sebelum kembali tercelik.
Jari kaki dihalakan menyentuh lantai bilik yang sejuk. Kakinya mengorak langkah ke bilik air bagi membersihkan diri.

20 minit berlalu, pintu bilik air dipulas perlahan sebelum dia menuju ke almari pakaian.
Jam di dinding dipandang sekilas.

10:00 pagi.

Ketukan yang perlahan menarik dia memandang ke arah pintu. Dia mendekati lantas tombol pintu dipegang kejap sebelum dipulas. Terjengul wajah adiknya yang berdiri seraya tersenyum kecil.

"Kak long dah bangun dah?,dah mandi ke?" Matanya turun atas bawah menilik kakak sulungnya.

'macam dah mandi je.'

"Dah,aku dah mandi. Kau masak apa?" Air rambutnya yang masih basah mengena bajunya digosok perlahan sambil menunggu jawapan daripada sang adik.

"Masak Maggie je,boleh kan?"

"Okay jom" selesai menyanggul rambut dengan tuala, tangan adiknya ditarik. Kepalanya yang memberat dengan tuala mandi tadi dibiarkan.

"Dian dah pergi kerja ke?" Matanya ralit memandang sang adik yang sibuk membahagikan Maggie. Aroma Maggie terus menusuk ke hidungnya membuatkan dia makin lapar. Jemarinya membetulkan hujung baju yang terlipat.

"Dah pergi tadi. Tapi dia tak sempat sarapan. Mungkin makan kat sana je." Mangkuk yang sudah siap diisi disuakan kepada kakaknya. Sudu dan garfu dicapai perlahan sebelum ia diletakkan ke dalam mangkuk. hujung kerusi disentuh sebelum dibetulkan posisinya. Mangkuknya ditarik ke arahnya. Air kopi yang berada di sebelah disisip perlahan-lahan.

Manis dan pahit. Dua rasa ini bersatu. Matanya terkatup menikmati rasa itu.

'Sedap!" Sengihnya meleret ke hujung telinga.

Sejurus matanya dibuka,pandangannya bertemu dengan figura kakaknya. Maggie di dalam mangkuk belum diusik. Keningnya bertaut, pandangan mata belum dilepaskan.

Si kakak yang terperasan renungan adiknya cepat- cepat menarik mangkuknya sebelum Maggie tadi bersentuh dengan ferum lidah. Disedut perlahan sebelum ia turun ke laluan kerongkong.

"Makan,jangan nak banyak songeh. Dah tua pun nak kena ajar. Lepas ni makan ubat. Jangan nak mengelat pulak ya." Giliran adiknya menikmati Maggie yang sudah suam-suam kuku.

Trotosfera sepi bersatu dan membedil mereka berdua. Sang adik tahu ada kata yang ingin diluahkan kakaknya. Dia masih sabar menanti meskipun sudah dapat diagak topik apa yang akan diketengahkan. Entah kenapa dadanya dirasakan turun naik.

"Aku kesian dengan Dian."

"Shoot!" Wajahnya diangkat merenung kakaknya kembali. Bebola mata mereka saling menikam bagaikan sebilah pedang yang tajam bakal membelah api baskara dan membakar gugusan bintang kejora di jumantara. Ada jeda yang mengintai mereka berdua.

"Kak long. Aku cakap apa dengan kau? Tolonglah. Tolong dengar nasihat aku ni. Tolong ambil peduli tentang diri kau. Janganlah diungkit lagi cerita lama." Penat,sungguh dia penat. Kakaknya yang seorang ini masih dihantui bayang-bayang masa silam. Tangannya yang memegang hujung sudu dan garfu diletakkan ke dalam mangkuk. Ditolak kasar mangkuk tersebut kerana fokusnya bukan lagi pada makanan. Seleranya seakan dicarik pergi setelah sebaris kata itu terlepas.

Geram.

'Dia perlu brain wash orang tua ni.'

"Dian dah besar,aku yakin dia dah terima takdir hidup kita macam ni. Kau tak boleh terus macam ni kak long."

Badannya yang menegak dibawa bersandar di belakang kerusi. Dia perlu menyusun ayat supaya otak kakaknya kembali berhubung. Dia tak pernah salahkan kakaknya dengan apa yang sudah terjadi,tetapi untuk terus terkenang dengan cerita lampau bukan caranya.

Nafas dihembus perlahan sebelum dia kembali berbicara.

"Kak,setiap manusia ada dugaannya masing-masing. Kalau kau macam ni, kau bukan kesian kan Dian. Tapi kau macam nak menyusahkan dia lagi. Dian dah kerja hampir setahun dah. Dia dibayar gaji secukupnya. Kau lepaskanlah apa yang dah terjadi,kak. Semua tu takkan bagi apa-apa manfaat pun kalau kau terus macam ni. Aku tahu tak mudah untuk kau lupakan, tapi jangan biarkan minda kau kuasai peristiwa hitam tu balik, kak. Tolong sangat-sangat. Kau kena ceria, bahagia. Takkan selamanya kau nak bersedih tak tahu akhir pangkal?"

Biar. Biar kakaknya berfikir. Matanya masih tertunak pada seraut wajah yang sudah mula menua. Walaupun kakaknya ini masih cantik,tetapi tidak dinafikan kakaknya sudah dimamah usia. Uban-uban kecil yang memutih di balik surai-surai rambut yang terkeluar di balik tuala kelihatan agak jelas.

"Aku mintak maaf,aku dah cuba lupakan. Tapi aku tak boleh tipu diri aku,Mawar. Aku jadi serba salah dengan apa yang dah jadi. Aku kesian kan anak aku sebab dia tak dapat kehidupan macam orang lain. Aku serba salah untuk terus susahkan dia, susahkan kau. Kalau aku mati mesti lagi bagus,kan?" Hatinya dipagut rasa sayu. Jiwanya makin dirobek-robek hingga luka yang ada tidak mampu mengeluarkan darahnya lagi. Mungkin lukanya juga sudah kering dengan tangisan darahnya mengenangkan nasib sendiri.

Hancur,punah,retak seribu rasa.

Kepalanya mendongak ke depan apabila adiknya tidak menyambut soalan tadi. Dilihat bayangnya hilang daripada tempat duduk. Matanya digerakkan ke kiri dan ke kanan sekilas sebelum matanya terhenti. Terbeliak matanya melihat pisau yang tajam menghunus berada dalam genggaman Mawar.

Rentak nafasnya sudah lari daripada ritma biasa. Dadanya turun naik. Dahinya merenik peluh sejuk.

"Kau... Kau nak buat apa ni,Mawar?" Dia menghembus nafas resah.

"Bunuh kau." Kakinya melangkah setapak demi setapak mendekati kakaknya. Pisau yang berada di tangan makin kuat dicengkam sembari hujung pisau masih dihalakan ke arah si kakak.

"Kau nak mati sangat kan? Biar aku bunuh kau. Aku nak sangat bunuh orang yang degil macam kau. Izinkan aku siat-siat daging kau. Aku belum pernah rasa daging manusia tau" badannya menolak kasar tubuh kakaknya. Pisau tadi terhunus cantik di tepi tulang pipi.

"Dah bersedia ke nak jumpa tuhan,Indah Suzana?" Bicaranya sengaja diperlahankan. Hujung mata pisau sengaja dibenamkan sedikit bertemu dengan tulang pipi kakaknya.

Indah meringis perlahan. Wajahnya cuba dikebelakangkan sejauh yang mungkin. Kakinya sudah tidak dapat bergerak dek dihimpit adiknya.

'Gila. Orang tua gila!'

"Apa benda kau cuba buat ni Mawar?!" Suaranya naik seoktaf. Matanya berlari naik semula ke muka adiknya.

Badan Mawar ditolak kasar menjauhi dia. Dengan itu, ada calar yang memanjang terbentuk di antara pipi dan tulang dagunya.

"Still wanna die, old lady?" Pisau tadi entah ke mana. Terpelanting dek tolakan yang tiba-tiba gamaknya.
Badannya kembali mendekati si kakak yang masih meringis kepedihan.

"Jangan sibuk nak mati kalau calar ni pun kau dah menggelupur menahan pedihnya" ditolak sedikit wajah kakaknya sebelum dia menghilang ke ruang kamar.

Berwari AsmaralokaWhere stories live. Discover now