1

55 4 0
                                    

Pabila dua jiwa saling bersenandung memekarkan embun kasih,
Elegi titian cinta mula bergentayangan dihiris pedih
Apakan ada harapan yang tersisa bertindih,
Kerana yang tinggal hanya tekaan yang harus dipilih
Karsa yang memberat terkalih ataupun kekecewaan yang menjerat berselisih

Mari, hamba bawakan dayang-dayang ke mahligai kalamus hingga ke hujung lembaran papirus

Don't expect this to be such a masterpiece,because this is not,and forever will not be.








Suasana orang orang yang sibuk makan di restoran itu menimbulkan satu tanda tanya yang besar di dalam alam imaginasi Dianne. Mengapa mereka bisa bergelak ketawa bahagia menikmati hidup sedangkan dia sudah hampir putus akal memikirkan masalah yang menimpa dirinya. Memang. Memang hidup ni tidak adil sama sekali.

Penat. Dia penat dengan dunia dia. Matanya memandang satu figura yang tidak jauh daripadanya. Dia kelihatan senang dengan dunianya. Ditilik dari atas hingga bawah, berambut lurus keperangan hingga ke paras pinggang,berpakaian jeans biru gelap dan berkasut tumit tinggi.
'Ceh! Pergi restoran macam ni pun sibuk nak ber high heels'. Lantas matanya dibawa ke arah orang yang bertentangan dengan gadis tersebut.

"Ah Dian,kau kena terima takdir kau! Jangan bandingkan kehidupan kau dengan mereka. Sebab langsung tak sama! Kau tu kerja dekat rumah orang,jadi orang gaji je,diorang? Kerja dalam aircond."
Satu keluhan berat terhela. Dia perlu teruskan perjuangan supaya dia pun dapat merasai apa yang orang lain rasai. Tanpa berfikir panjang,dia menghayun langkah ke tempat kerjanya semula.

Ramai orang yang bersesak-sesak hari ini. Dianne sendiri tidak tahu bagaimana lagi mahu teruskan hidupnya. Namun,berbekalkan azam yang disemat di dalam atmanya sejak dahulu,dia nekad untuk tidak jatuh tenggelam terlalu dalam. Dia perlu bangun untuk tempuhi masa depannya. Dia perlu bangkit sendiri kerana ramai orang yang masih berharap padanya,bergantung untuk berdiri sama di kakinya. Sekelip mata, rasa putus asa nya tadi sedikit demi sedikit berpamitan dari otaknya.

"Amboi, panjang betul keluh tu, berat sangat ke masalah Dian tu?" Makcik Saadah menegur daripada belakang seusai meletakkan alatan mengemas di belakang stor. Matanya melirik pada tubuh kecil molek Dianne. Usia baru setahun jagung,dah bekerja siang malam. Hati tuanya berdetik pilu memikirkan takdir hidup gadis sunti itu. Anak matanya masih bercumbu dengan figura Dian yang sibuk menyelit anak rambutnya ke belakang telinga.

Dianne mengoyak sengihan kecil tanda balasan kepada soalan tadi. Jemari runcingnya dibawa ke belakang rambut separas pinggang sebelum digenggam lantas diikat kemas. "Takde lah makcik,Dian okay je. Penat sikit gamaknya dari tadi menyapu laman dekat depan tu". Dian tahu menipu tu berdosa,namun dia belum cukup berani untuk melampiaskan isi hati yang menyempit di ruang dada. Dian perlu selesaikan sendiri tanpa melibatkan orang lain. Dia tahu itu.

"Makcik bukan nak menyibuk urusan Dian,cuma kalau makcik tak dapat tolong,sekurang- kurangnya makcik boleh bagi telinga untuk Dian ceritakan masalah Dian. Tapi makcik tak paksa, bila-bila Dian bersedia makcik selalu ada untuk Dian." Makcik Saadah tahu benar gadis muda itu sedang berwalang hati.

Bagaikan ada sesuatu yang menyentap senyuman manis dari terus tersungging di bibir merah delimanya.Namun,bukan tempatnya untuk terus mendesak Dian. Biarlah dia yang tentukan corak kehidupannya sendiri. Ternoktah sahaja ayat tadi,makcik Saadah segera menghilang ke ruang tamu bagi membereskan kerja-kerja yang lain. Dian menghembus nafas lega,nasib baik dia tak tak tanya lebih-lebih. Mati akal aku nak menipu lagi.

Usai membasuh pinggan mangkuk yang bertimbun di dalam sinki, Dian menghala ke peti sejuk. Jarinya dibawa menyentuh hujung peti ais yang maha tinggi,lalu ditarik perlahan sehingga kesejukkannya terasa hingga ke hujung jari kaki. Anak matanya berlari lari mencari sesuatu untuk dimakan. Maklumlah,dari tadi perutnya belum sempat menjamah apa-apa makanan. Celik sahaja kornea mata,terus bersiap untuk hari yang baharu,rutin yang sama.

Selang beberapa saat, sengihannya melebar hampir ke hujung telinga apabila memandang kek batik yang sudah suku diusik.Tanpa beragak,tangannya menarik perlahan bekas tersebut lalu hidungnya dibawa mendekati bekas tersebut. Aroma kek batik terus menyelisip masuk ke ruang rongga hidung Dianne lalu saraf menghantar isyarat lapar yang maha dahsyat ke otaknya. Dianne memegang perutnya,hormon lapar yang asyik berdansa berlatarkan muzik daripada piring hitam telah memaksa saraf berbisik kecil pada otaknya supaya menghasut Dian bersantap dengan rezeki di depan mata.

'Nasib baik takde siapa dengar,habislah kesantunan aku selama ni nanti'.

Pintu hatinya berdetak mentafsir kata.

"Makcik! Sedapnya makcik buat. Berbakat lah makcik ni, nanti buatkan lagi boleh? Dian suka betul lah kek tu. Amboi,tak nampak pun makcik buat,bila masa makcik buat kek tu? Nanti bila-bila ajarlah Dian jugak. Nanti Dian bagi makcik rasa. Ha kan fair and square tu" Dianne masih bertempek di sisi makcik Saadah. Tangannya naik memegang sisi bahu orang tua itu. Matanya menunduk memandang makcik Saadah yang sudah berpusing menghadapnya. Jelas,kerutan terzahir di dahi.

"Kek batik apa pulak ni Dian,dah bila masa pulak aku membuatnya? Kau ni Dian,ada terhantuk dekat mana-mana ke masa nak ke sini tadi? Mereng semacam pulak aku nengoknya". Makcik Saadah menggamit tangan Dian dibawa jatuh melurus ke bawah. Nak pegang-pegang pulak hai minah ni.

Dian mula cuak. "Er,bukan ke makcik buatkan kek batik yang dalam peti tu? Tu makcik tinggalkan untuk Dian lah kan?" Dian masih cuba selamatkan diri. 'Mana tahu makcik lupa,kan? Kan?

"Oh kek tu! Bukan makcik yang buat, Ibu yang belikan,makcik tolong simpan je untuk anak teruna dia balik sini petang nanti" ujar makcik Saadah selamba. "U..untuk siapa tadi,makcik?" Laju air liur Dian turun dari laluan kerongkongnya. Pahit,payau,pudar rasanya. Cukup betul 3 rasa. Tubuh wanita tua dihimpit rapat,kononnya untuk menjelaskan lagi apa yang baru diucapkan makcik Saadah. "Haish, Dian ni dah kenapa? Duk menempel je. Kek batik tu untuk anak lelaki ibu. Nanti dia sampai petang sikit. Kenapa? Dah selamat berlabuh dekat perhentian usus-usus Dian ke?" Tangannya menyentuh hujung kerusi makan lalu dimasukkan ke dalam meja. Anak matanya masih memandang wajah Dian yang dah serupa mati laki.

Mampus!




Berwari AsmaralokaWhere stories live. Discover now