BUNGA plum yang mekar di halaman palace jatuh merata di atas salji putih. Sesekali angin senja lembut menderu meniup bunga-bunga tersebut.
Berdekatan halaman, terdapat pintu gerbang besar yang sudah separuh tersembunyi oleh pokok bunga plum yang tumbuh mekar.
Gerbang tersebut indah menjulang tinggi ke atas langit yang saat ini berwarna oren-kejinggaan.
Disamping kiri dan kanan gerbang terdapat dua orang lelaki bertubuh tegap dengan perisai dan lengkap bersenjata, sedang bertugas mengawasi kawasan hadapan palace tersebut.
Tidak seperti palace lain yang mempunyai banyak maid dan knight, palace ini terlihat begitu tenang dan sunyi seolah-olah tiada penghuni yang menghuni tempat indah ini.
Salah seorang daripada dua pengawal tadi mula memecahkan kesunyian. Dia tidak dapat menahan diri daripada bersuara setelah berdiam diri selama beberapa jam disitu.
"Hei, kau tak rasa pelik ke dengan tempat ni?" Soalnya curiga. Kalau dia memiliki tempat seindah ini, dia tidak akan biarkan tempat tersebut tidak berpenghuni dan kosong seperti ini.
"Tak."
Balas seorang lagi tanpa memandang. Baru sahaja pengawal itu mahu bersuara kembali namun setelah merasakan kehadiran seseorang mendekati mereka automatik dia segera berdiri tegak dan berada dalam posisi bersedia.
Dia berasa gementar untuk menaikkan pandangannya dan melihat pemilik tubuh yang pastinya merupakan pemilik palace ini, Princess Liviania Avira Xavier.
Tidak lama kemudian dilihat pengawal yang bertugas bersamanya itu sudah berlutut jadi dengan cepat dia mengikuti tindakan lelaki tersebut.
"Your Highness."
Gadis yang memakai baju berwarna putih itu baru berusia belasan tahun. Namun aura disekelilingnya membuatkan dirinya tetap terlihat matang.
Riak wajahnya tajam, bulu matanya tumbuh dengan lebat sehingga terdapat sedikit bayang-bayang di wajahnya apabila dia melihat ke bawah.
Dan apabila gadis tersebut mendongak sedikit untuk melihat mereka, pandangan dingin dan kosong tidak berperasaan di matanya dapat dilihat dengan jelas pada rupa jelita tersebut.
".........."
Liviania mendekati mereka setelah mendengar apa yang dibualkan oleh para pemuda dihadapannya.
"You guys must be from Main Force."
Di Estella palace, Military Power terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Knightly Main Force dan Knightly Order.
Knightly Main Force adalah pasukan knight utama yang mengawal seluruh palace dan pasukan barisan utama ketika perang dan sebagainya. Knightly Main Force juga terbahagi kepada beberapa kelompok iaitu Knightly Unit 1 sehingga ke Knightly Unit 5.
Bagi Knightly Order pula, mereka bertugas di bawah setiap para imperial family. Knightly Order lebih seperti personal troops yang lebih kepada mengawal majikan mereka. Manakala Knightly Main Force pula seperti tentera yang menjaga keharmonian dan mengawal dalam dan luar istana serta orang-orangnya.
Pengawal yang bermuka serius mengangguk. "Ya, Princess. Saya Reggie Wilhemnia dan Tobin Maddox daripada Knightly Unit 4. Kami diarahkan untuk menjaga gerbang di palace Seventh Princess mulai hari ini."
Perkara ini memang sudah dijangka Liviania setelah apa yang berlaku di Euria tempoh hari. Bukan sahaja setakat di palacenya namun kawalan diseluruh palace Estella diperketatkan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku seperti ketika di Euria tempoh hari.
Hari ini merupakan hari terakhirnya di palace, tetapi sekurang-kurangnya dia berasa lega meninggalkan satu-satunya rakan dan sahabatnya di palace yang dijaga dengan ketat.
YOU ARE READING
Unreachable Princess
AdventureAella, seorang Special Agent rank-S yang mahir dalam semua jenis seni mempertahankan diri. Seorang yang dihormati dan digeruni oleh ramai orang kerana sikapnya yang dingin dan 'straight-forward'. Namun hidup gadis itu jauh bertukar 360 darjah setela...