| chapter 33

3K 293 27
                                    

SUDAH lama orang kampung disitu tidak dapat membuka pintu gerbang kampung mereka, kerana kemunculan Cerberus.

Namun rumor bergerak lebih laju daripada angin, telah sampai ke pendengaran mereka bahawa group mercenaries yang baru tiba di kampung mereka malam semalam telah membunuh para Cerberus tersebut.

Sebagai tanda terima kasih, semua orang cuba untuk menjamu Zachary dan ahli partinya makanan pada pagi itu hingga menyebabkan mereka tidak dapat pergi dari kampung itu dengan mudah.

"Sebagai Mercenaries kami hanya menjalankan tugas. Jadi, tak perlu-"

"Tuan, kami semua masih hidup sebab kamu semua." Potong seorang lelaki tua yang mungkin merupakan tetua dia kampung tersebut.

"Sebaliknya, kami malu sebab kami tak mampu beri lebih daripada ini untuk kamu semua. Jadi, biarkanlah kami sekurang-kurangnya menjamu makan sebelum kamu meneruskan semula perjalanan."

Tidak terhitung ramainya orang yang telah menyatakan terima kasih mereka dengan cara yang sama. Mereka boleh menerimanya sekali atau dua kali dengan baik, tetapi ia agak membebankan selepas beberapa ketika.

Zachary mengekalkan senyuman sopan, kemudian dia menolak tawaran itu dengan lembut.

"Ucapan terima kasih sudah cukup memadai. Dan kami perlu menyambung kembali perjalanan kami segera.

"Huh... baiklah." Balas orang tua tadi dengan helaan nafas kecewa.

Walau bagaimanapun, selepas beberapa saat, orang yang berpakaian kemas muncul di hadapan rumah penginapan tersebut.

Serta-merta orang kampung di sekeliling mereka menunjukkan ekspresi ketakutan. Ruang yang tadinya sesak dipenuhi ramai orang kini sudah sedikit lenggang kerana ramai yang sudah berpusu-pusu keluar dari rumah penginapan tersebut.

Dilihat seorang lelaki berambut coklat dalam lingkungan 20-an menaiki kuda putih. Setelah turun dari kudanya, dia menghampiri mereka dengan sepuluh lelaki berperisai yang turut mengekorinya dibelakang.

Pakaiannya mewah dan mencolok. Sekali imbas, lelaki itu jelas kelihatan berasal dari keluarga yang berada.

Mungkin seorang bangsawan?

Persoalan itu timbul di benak dan sebelum Liviania tahu lelaki tersebut sudah berdiri betul-betul di hadapan mereka, Eagle Mercenaries group.

Lelaki itu tidak bersuara, dan dia hanya melilau melihat sekeliling. Orang pertama yang membuka mulut adalah seorang lelaki berperisai di tepinya, yang kelihatan paling tua dalam kumpulan itu.

"Kamu ke group mercenaries yang telah mengalahkan Demon Beast tu?"

Dia bertanya soalan dengan nada suara yang tidak dapat menyembunyikan keangkuhannya. Dia memandang mereka seolah-olah mereka adalah makhluk yang menjijikkan.

Mukanya yang dilitupi topi besi mungkin sedang membuat mimik menghina. Zachary diam-diam memerhatikannya tetapi tiada pilihan selain tunduk dan membalas dengan sopan.

"Saya Zachary, leader group mercenaries ni. Apa yang boleh kami bantu?"

Lelaki itu berdehem seketika sebelum menjawab. "Saya ketua kepada Troops ni, Mogle. Dan ini Daniell Oliver, anak sulung Marquis Brinley Oliver."

"Sebagai terima kasih kerana telah mengalahkan Cerberus, Marquis Brinley telah menghantar kami untuk memuji kamu bertujuh. Berlutut!"

Kecuali ahli parti yang keliru, beberapa orang yang masih berada di rumah penginapan mula berlutut.

"Kenapa kena berlutut?" Gumam James sedikit bengang.

Satu-satunya di sana yang tidak berlutut ialah group mereka. Apabila Daniell Oliver melihat itu, ekspresi mukanya mula bertukar tidak senang. Lelaki tua tadi juga turut bengang dan menjerit dengan suara yang lantang.

Unreachable PrincessWhere stories live. Discover now