LIVIANIA turun dari carriage. Dia mendongak melihat Main Palace yang jauh berlipat kali ganda lebih besar dari palacenya.
Seperti yang telah diberitahu, majlis hari ini akan bermula pada pukul lima petang.
Liviania dan Prince ke-3th, Zaylein Nolan bercadang untuk berjumpa di hadapan pintu gerbang untuk masuk bersama-sama ke dewan nanti.
Semasa menunggu, sebuah carriage yang mewah dengan warna keemasan berhenti tepat dibelakang carriage Liviania. Tak lama selepas itu muncul dua orang gadis seumuran dengannya yang baru turun dari carriage.
Dua orang gadis yang mempunyai rambut berwarna silver itu memukau tetamu-tetamu yang turut ada disitu. Namun yang menjadi perhatian mereka pastinya adalah kerana rupa paras kedua-dua gadis itu sangat serupa.
Ya, Kembar seiras.
Princess Alvya Irish Xavier dan Alvein Arish Xavier adalah kembar seiras. Mereka juga sebaya dengan Liviania namun mereka lahir 3 bulan lebih awal darinya dan menjadikan Liviania yang paling bongsu. Kembar tersebut juga merupakan adik-beradik kandung dengan Zaylein Nolan kerana lahir dari ibu yang sama.
"Vin, cuba kau tengok siapa tu." Kata Alvya apabila ternampak Liviania yang sedang berdiri seorang diri di hadapan carriage-nya.
"Wow! Isn't that our 'useless' little sister?" Kata Alvein pula. Kembarnya disebelah sudah terkekeh-kekeh ketawa.
"Jom, nanti kita terjangkit pula dengan aura negatif dia." Kata mereka lalu jalan meninggalkan Liviania yang masih diposisi yang sama dengan riak wajah kosong.
".........."
"So childish." Keluh Liviania perlahan.
Bukan dia tidak tahu yang pasangan kembar tersebut sengaja berbicara dengan suara yang agak kuat supaya dapat didengar olehnya.
"Kan? Haha. Aku banyak kali dah tegur diorang. Tapi masih juga tak berubah-ubah." Sampuk satu suara yang dari tadi ditunggu-tunggunya.
Liviania mendongakkan sedikit kepalanya dan melihat Zaylein yang segak memakai baju 'ala putera raja' sedang tersenyum manis kepadanya.
Tanpa banyak bicara dia langsung berjalan dan diekori oleh lelaki itu. "Lama ke kau tunggu?" Soal Zaylein.
".........."
Sempat Liviania jeling lelaki disebelahnya sebelum menjawab dengan nada malas.
"Mhm."
"Maaf. Heheh."
Zaylein sudah mula terbiasa dengan perangai baru Liviania yang tidak suka bercakap. Dia sudah cukup bersyukur jika Liviania menjawab walaupun hanya dengan menggunakan nada.
Perlakuan Liviania juga tidak dapat dinafikan semakin hari semakin dingin tetapi kali ini berada berdekatan dengan gadis itu juga terasa dingin.
•••
"PRINCE Zaylein Nolan and Princess Liviania Avira is entering the hall!"
Ucap seorang knight yang bertugas menjaga pintu masuk sebelum memberi mereka laluan.
Masuk sahaja di dalam dewan dilihat sudah ramai tetamu yang sampai. Suasana majlis yang dijalankan hari ini kelihatan sangat meriah kerana Emperor mengundang semua bangsawan tidak kira dari high-ranking noble hinggalah ke low-ranking noble.
".........."
Banyak mata memerhati mereka berdua tetapi hanya dibuat tak endah oleh Liviania. Zaylein disebelah sudah mengeluarkan senyuman semanis gula dan membalas semua senyuman dan panggilan dari para bangsawan yang terdapat disitu.
YOU ARE READING
Unreachable Princess
AventuraAella, seorang Special Agent rank-S yang mahir dalam semua jenis seni mempertahankan diri. Seorang yang dihormati dan digeruni oleh ramai orang kerana sikapnya yang dingin dan 'straight-forward'. Namun hidup gadis itu jauh bertukar 360 darjah setela...