mac
———
"Anak-anak pungut sekalian, dengarkan ibu-ibu anda ingin berkata." Puan Huang memulakan bicara selepas menghirup seteguk kopi yang dihidangkan oleh Mark sebentar tadi. Mereka kini berada di NeoJun cafe. Para jejaka yang berada di situ menelan air liur, sudah tau apa yang bakal para ibu bebelkan. Semestinya bab kerja, terutama sekali makhluk-makhluk yang telah tamat pengajian tiga bulan lepas.
"Apa yang mama nak katakan?" Renjun menyoal sambil mengerling ke arah sepupu-sepupunya yang lain. Hendery dan Lucas ketawa tak ingat dunia di belakang kaunter. Syok pula tengok adik bongsu diorang kena bebel dengan mak diorang. Perkara itu tidak kekal lama disebabkan Xiaojun pergi ketuk kepala diorang guna penyapu.
"Omma nah air." Mark dengan penuh sopan santunnya menghulurkan secawan air nescafe kepada ibunya sementara adik-adik dia hanya menerima senyuman mengejek dari dia. Haechan dan Jeno mencebik lalu menjeling abang mereka berdua.
"Mama nak cakap pasal kerja." balas Puan Huang.
"Kamu semua dah habis belajar, takde rasa nak cari kerja ke?" Puan Na menyampuk sambil matanya memandang ke arah anak teruna dia yang sekor tu. Jaemin mengangkat 'peace' cuba bergurau dengan ibunya namun tak berjaya.
Chenle, Sungchan dan Jisung memandang mereka dari jauh sambil menghirup bubble tea dari cafe Xiaojun. Diorang masih belajar maka dengan itu diorang terlepas.
"Cuba kamu tengok si Chenle dengan Sungchan tu. Belum habis belajar dah cari kerja part-time." bebel Puan Liu sebelum rambutnya difelip ke belakang. Panas pula dia tengok anak dia jadi penganggur tak bertauliah kat rumah. Yangyang tersenyum kelat. Acah jadi anak yang tersakiti lah kononnya.
"Disebabkan kamu semua tak nak cari kerja, meh kami nak bagi kerja kat kamu." Puan Lee bersuara selepas lama berdiam. Haechan dan Jeno memasang riak terkejut beruk, babun, gorila, mon— keh staph.
"Apa ni omma?" Haechan merengek seperti minta penampar. Jeno yang duduk sebelah dia memandang dia dengan riak geli.
"Aku tak mengaku tu adik aku." kata Mark yang kini berada di kaunter bersama yang lain.
"Hah! Merengek! Merengek! Omma tak belikan mainan my little pony keluaran terbaru tu kang." Puan Lee menjeling Haechan membuatkan dia terdiam. Mainan limited edition tu siapa yang tak nak. Standard mainan mekdi siak!
"Kerja apa tu aunty?" Shotaro menyoal. Dari tadi dia buat tiktok dengan mak dia.
"Rumah warga emas dekat Busan terbakar so aunty nak korang semua jagakan warga-warga emas tu semua." kata Puan Huang selamba menyebabkan manusia yang minum air tersedak lalu terbatuk lalu meninggal— eh tak tak.
"HAH?!" jerit mereka berenam serentak.
"Tak payah nak buat bicara berirama lah sangat. Chenle, Sungchan dengan Jisung pun akan tolong korang juga disebabkan korang semua tinggal sekali." Puan Osaki menyampuk. Ketiga-tiga pemilik nama yang di sebutkan tadi tersembur air mereka.
"Yah! Aku baru je mop lantai!" rungut Lucas yang baru selesai menyimpan mop yang di gunakan tadi.
"Sorry hyung." Jisung meminta maaf walaupun masih berbaki lagi batuk dia akibat tersedak tersembur tadi.
"Pekerja-pekerja kat sana pergi mana?" soal Renjun.
"Diorang semua dah berhenti kerja. Katanya dah tak mampu nak hadap perangai atok-atok tu semua." jawab Puan Osaki.
"Sampai bila kitaorang kena jaga diorang?" Jaemin bertanya.
"Sampai rumah kat sana siap dibaiki. Mungkin dalam masa 5 atau 6 bulan macam tu." ommanya menjawab.
"Macam mana rumah tu boleh terbakar aunty?" giliran Jeno pula bertanya.
"Atok Taeil pergi main mercun dalam rumah tu. Katanya nak sambut perayaan cina." balas Puan Liu membuatkan mereka terkelu.
"Balik nanti korang pergi kemas-kemas bilik-bilik yang korang tak guna tu. Hah, baideweih nah." Puan Lee menghulurkan tiga beg plastik kepada Haechan di sebelahnya.
"Apa tu aunty?" Yangyang menghirup jus epalnya sambil mata masih memandang beg plastik tadi.
"Tu cadar-cadar faveret atok-atok tu semua. Pastikan katil diorang guna cadar ni kalau tak diorang tak boleh tidur." Puan Huang mengurut pelipisnya, pasrah dengan ragam warga-warga emas tu semua.
"Uish ada hello kitty! Eh apa ni? Lah! Corak didi and friends!" Haechan membelek-belek cadar-cadar dalam plastik tu.
"Pastu ada sorang atok ni payah sikit nak pakai lampin so bersiap sedia la kalau dia minta nak pergi tandas pagi-pagi nanti." sambung Puan Huang. Mereka kini memandang ke arah Jeno.
"Asal?" Jeno mengerut dahi.
"Kau kuat so kau angkat atok tu nanti. " Yangyang mengangkat thumbs up kepadanya. Jeno menjeling.
"Lepas ni Jaemin dah tak payah risau pasal nak masak makanan. Ada dua orang atok ni suka gila masak kat dapur. Sedap pula tu masaknya." Puan Na tersenyum bahagia memandang Jaemin.
"Hah kamu Shotaro. Nanti kamu sembang-sembang lah dalam bahasa jepun dengan Atok Yuta tu. Suka bebenor dia cosplay anime pastu bersasageyo dengan anime attack on titan yang kamu duk tengok tu." Puan Osaki berkata. Bersinar-sinar mata Shotaro mendengarkannya. Ada idea content tiktok baru la tu.
"Dah-dah kamu semua dah boleh balik. Kami dah lambat nak pergi appointment spa. Kalau ada apa-apa hal kami update." Puan Liu segera bangun dan berjalan keluar dari cafe Xiaojun bersama-sama dengan para ibu yang mengikutinya dari belakang.
"Ha korang dah boleh bayar." Xiaojun tetiba muncul bersama kalkulator di tangan. Senyuman manis ditayangkan sebelum Haechan membaling plastik beg tadi ke mukanya.
"Ingat duit je tau." kata jejaka bermarga Lee itu.
———
HEY HEY HEY!
aku dah habis exam (人*´∀`)
aku main tembak je tadi 🗿apa yang aku tau aku datang sekolah jawab exam walaupun ada yang aku tinggal 😌
alix_farhxh HAI NYAH 🤣
YOU ARE READING
ᴍᴀᴋɴᴀᴇ's ᴀᴛᴏᴋᴄᴀʀᴇ ᴄᴇɴᴛᴇʀ •ᴍᴀᴄ•
Юмор¦ sembilan jejaka dipaksa bekerja oleh ibu mereka. mampukah tenuk-tenuk tersebut melayan perangai dan ragam atok-atok yang kecik-kecik tak nak mampus, bila dah tua pergi clubbing itu? start ; 7/2/2022 end ; [ belum di kenal pasti lagi ] status ; on...