╰ two :

85 21 43
                                    

mac

———

"HYUNG! MANA ADIL MAIN TIPU!" itu dia, kedengaran suara Atok Jungwoo menjerit dari luar hotel lima bintang sebagai tumpangan sementara. Maklum la rumah sebelum ni hampir-hampir tinggal debu je.

"ALAH ADIL KE TAK ADIL KE TU BELAKANG KIRA." Atok Yuta membalas sambil dia mengelak balingan selipar daripada Atok Doyoung. Pada waktu petang yang tak berapa nak tenang, para warga emas itu sedang meluangkan masa terakhir mereka di swimming pool hotel yang telah didiami selama dua hari.

Dua hari sudah la, buat apa lama-lama kat hotel lima bintang tu en.

"Diorang buat apa tu nyah?" soal Atok Jaehyun kepada Atok Sicheng sambil tangannya membawa pinggan yang di penuhi dengan pelbagai potongan buah. Dia baru keluar dari dapur hotel, lapar katanya. Suka hati dia je buat hotel tu macam dia punya.

"Main baling selipar. Diorang main bertiga je tapi sekali dengan selipar aku diorang rembat." balasnya, mata masih memandang tiga ketui manusia di depan. Atok Yuta, Atok Doyoung dan Atok Jungwoo tengah seronok bergelak ketawa membaling selipar-selipar member mereka. Selipar gucci cetak rompak Atok Johnny pun jadi mangsa.

Di sudut lain, Atok Taeyong dan Atok Kun sedang sibuk bincang nak masak apa untuk dinner malam nanti. Sekali lagi diorang buat dapur hotel tu macam diorang punya walaupun hakikatnya sebenarnya, hotel tu milik keluarga Zhong. Nasib Puan Zhong tak kisah sangat, lagi seronok dia tengok pekerja-pekerja dia sengsara.

Atok Taeil dan Atok Johnny tengah main sorok-sorok dekat lobi hotel dengan pekerja-pekerja kat sana. Jangan risau, Atok Johnny pakai selipar hotel. Sementara itu, Atok Ten (aku malas nak tulis nama panjang dia or nama korea/china dia 😂) sedang menikmati teh panas sambil dia melukis scenery dari rooftop hotel. Sorang-sorang dia duduk kat atas tu. Terdapat tujuh ketui orang lidi yang merupakan member-member dia kat swimming pool dalam lukisan tu.

cantikkan orang lidi aku 😌 (ada je yang aku lukis serious² 😶)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

cantikkan orang lidi aku 😌 (ada je yang aku lukis serious² 😶)

"Malam ni nak masak apa? Hari ni dah last day kita kat sini, esok nak ke pergi tempat lain." Atok Taeyong mengskrol tiktok di henfon miliknya. Mana lah tau ada resepi kat fyp yang dia boleh try.

"Kita makan seafood nak tak? Bukan selalu kita nak makan grand-grand macam ni." jawab Atok Kun. Niat nak membankrupkan hotel lima bintang itu dikemukan kepada Atok Taeyong.

"Bagus jugak idea kau. Baru je fyp aku lalu pasal resepi nak masak lobster."

"Jom lah masuk, kita pergi tengok bahan-bahan kat dapur." untuk kali ketiganya diaorang buat hotel tu sebagai hak persendirian mereka.

"Jap aku nak ingat diorang untuk kemas baju nanti." Atok Taeyong berdehem sebelum dia mengeluarkan suara merdunya. Juara kilauan emas kategori tercorot ni ha ko jangan main-main vokal dia.

"KORANG! NANTI JANGAN LUPA KEMAS BAJU!"

"OKAY!" balas yang lain serentak.

"Kita nak pergi mana esok?" soal Atok Doyoung kepada Atok Jungwoo.

"Taeyong hyung dah bagitahu kan semalam yang kita nak pindah rumah."

"Bila dia bagitahu? Buat apa nak pindah rumah? Rumah sebelum ni macam mana?" soalnya lagi. Riak muka Atok Yuta dan Atok Jungwoo mendatar.

"Dasar manusia nyanyuk." selipar di tangan Atok Jungwoo di baling tepat ke muka Atok Doyoung.

"Sakitlah hanat! Hyung tengok Jungwoo ni." Doyoung merengek kat Atok Yuta. Dah berusia tunggu nak masuk tanah pun masih merengek.

"Hah? Lee Sooman buat kambek? Bila? Asal aku tak tau pun?" Atok Yuta segera mengeluarkan henfon nokia touch screen miliknya, ingin melihat status terkini kpop idol bernama Lee Sooman.

apa benda aku tulis ni 😭

"Aku lupa yang manusia sebelah aku ni pekak." Doyoung mengurut pelipisnya pasrah.

di dalam hotel,

"LAJU LAGI! LAJU!" sorak Atok Taeil yang berada di dalam troli yang di tolak oleh pekerja hotel itu.

"EH KAU NI TAK MAKAN NASI SETAHUN KE HAH? LAJU LA SIKIT, KITA DAH NAK KALAH NI." giliran Atok Johnny bersuara. Dia memarahi pekerja lelaki yang menolak trolinya. Diorang tengah race kat lobi hotel. Orang yang datang nak check in hotel tu pun fikir banyak kali, nak check in ke tak.

"Atok, saya dah penat nak tolak troli ni." rungut pekerja yang bernama Yeonjun.

"Merungut je en kerja kau?"

"Kalau macam tu, atok cuba tolak saya macam mana saya tolak atok daripada tingkat 60 sampai tingkat 1." Yeonjun bercekak pinggang sambil memandang warga emas yang tengah mencebik di depannya.

"Dah la, atok lapar. Bawak atok pergi dapur."

Yeonjun sedaya upayanya cuba untuk menghalang manusia di depannya menemu ajal lebih awal. Tanpa banyak cakap, jejaka bermarga Choi itu menolak troli tersebut menuju ke dapur. Atok Taeil dibiarkan di tolak sampai ke luar hotel.

"Atok, sampai bila saya kena tolak atok ni? Saya dah penat ni, lagipun boss saya bukan bayar saya untuk jaga atok pun." jejaka bernama Wooyoung berhenti menolak untuk mengambil nafas yang dia bazirkan menolak Atok Taeil tadi.

"Eh banyak bunyi pula budak ni. Tolak atok masuk hotel balik. Atok nak tidur."

"Ye la tok."

———

sorry lama tak update, aku busy sikit dengan hal-hal sekolah plus takde idea

maklum la dah form 4 so family aku pun push la suruh masuk kelas sains tapi aku dapat ekonomi

HAHAHAHAHAHAHAHAHA PADAN MUKA DIORANG, PUSH LAGI AKU. SIAP DENGAN PAKEJ QURAN SUNNAH AND SYARIAH ISLAMIYAH AKU DAPAT 😭

kalau ada masa/idea aku update

ᴍᴀᴋɴᴀᴇ's ᴀᴛᴏᴋᴄᴀʀᴇ ᴄᴇɴᴛᴇʀ •ᴍᴀᴄ•Where stories live. Discover now