mac
———
Empat belas jejaka- eh jap, jejaka ke? Hah pape je la. Mereka berdiri sambil membawa beg bagasi bersama mereka. Muka mereka berkerut menatap ke arah sebuah rumah yang boleh dikatakan agak besar.
"Kau yakin ke rumah ni?" Atok Taeyong memandang ke arah Atok Johnny. Selalunya orang tua ni la yang pro bab-bab cari jalan ni. Gps bergerak katanya.
"Ish betul lah, kau tak percaya aku ke?" Atok Johnny membalas.
"Bukan tak percaya tapi kau ni kadang-kadang bukan betul sangat." Atok Kun menyampuk dari belakang. Dari tadi dia dengar je perbualan mereka berdua sampai diabaikan yang lain. Sampai sempat atok-atok yang lain pergi bermain kat playground kat taman perumahan tu. Kanak-kanak yang tengah makan lolipop kat situ pun takut nak pergi main. Agresif bebenor atok-atok tu main.
"Betul la ni, hah tengok tu alamat dia. No, 23 Jalan Shalala, Taman Phantom, Korea." Atok Johnny menunjukkan alamat rumah ya g tertera pada skrin iphone dia. Nah kau, dia guna iphone sia. Tua-tua bangka pun kena ada class okay.
Atok Taeyong dan Atok Kun memerhatikan alamat itu penuh teliti.
"Hah betul la ni. Dah, jom tekan loceng." Atok Taeyong terus menekan butang loceng yang terdapat di situ. Seketul manusia keluar dari rumah, cermin mata dipakai demi melihat dengan lebih jelas gerangan yang datang tanpa diundang.
"Cari siapa eh?" soalnya sebaik sampai ke pintu pagar.
skip!
"Haih betul ke atok-atok tu sampai hari ni? Bulu hidung pun tak nampak lagi." Chenle mengeluh. Dah nak dekat tiga jam diorang tunggu para atok-atok tu datang, siap dengan red carpet diorang pasang.
"Kalau ikut apa yang mama aku kata, betu lah hari ni." Renjun menghirup air dari gelasnya yang ke-15 kali. Asyik refill je air tu sampaikan habis lah air yang diorang bancuh untuk minum dengan atok-atok tu semua.
"Mungkin diorang sesat kot. Biasalah diorangkan dah tua." Jeno cuba untuk menyedapkan hati mereka semua padahal sebenarnya dia pun kalau boleh nak je naik bilik pastu tidur.
"Rasanya lah." Sungchan bersetuju.
"Eh kau nak kemana hyung?" Jisung menyoal sebaik saja dia terlihat Haechan bangun dari tempat duduknya. Semua mata tertumpu ke arahnya.
"Aku nak pergi rumah sebelah. Bosan lah duduk sini lagipun tadi si Pea tu send gambar rendang kat aku. Aku nak pergi melantak je rendang tu."
"Nak ikut!" Chenle dan Shotaro terus bangun dengan penuh bersemangat.
"Aku pun nak ikut juga!" Sungchan turut bangun. Kesimpulannya semua nak ikut pergi rumah sebelah.
"Jap, kalau kita semua pergi runah sebelah. Atok-atok tu macam mana?" Jaemin memandang ke arah mereka semua, terlupa pula kewujudan atok-atok tu.
"Alah, senang je." Haechan menulis nomber telefonnya lalu dilekatkan pada pintu pagar rumah. Pandai-pandai lah atok-atok tu call dia nanti.
"Hah, meh la kita bergerak." Jeno memulakan perjalanan ke rumah sebelah.
rumah sebelah,
"HAHAHAHAHA KELAKAR LAH." kedengaran gelak ketawa yang amat membingitkan dari dalam rumah.
"Uish, meriah eh rumah ni. Gelak macam nak terkeluar bapak tekak dia." Yangyang menganjing sebentar. Suka hati dia je nak shamming ketawa orang lain.
"Eh banyaknya kasut. Diorang buat kenduri doa selamat ke?" Renjun menatap ke arah kasut-kasut yabg tersusun elok je depan pintu rumah. Ada gucci, ada prada, ada celine dan ada juga selipar jamban blink-blink yang entah dari mana asal usulnya.
"Ketuk ah pintu." Shotaro menyuruh. Memang tak reti sabar mamat made in Japan ni. Jisung mengetuk pintu dan menunggu orang dari dalam untuk datang membuka pintu.
Sunyi, pintu masih tertutup rapat.
"Meh aku try pula." Chenle menolak Jisung ke tepi lalu mengetuk pintu bagaikan nak runtuh pintu tu.
"Woi! Kalau rosak pintu ni kau nak bayar ke cukai pintu diorang?" Jaemin menarik telinga Chenle. Eh budak ni, dia buat pintu tu macam pintu rumah dia.
"Siapa yang ket-" pintu dibuka.
Mereka bersembilan tersenyum penuh ayu bagaikan jejaka idaman para wanita. Gerangan yang membuka pintu tadi memandang mereka datar sebelum menampar muka Chenle dengan talam.
"Babi. Aku ingat rumah aku kena serbu polis tadi." Syah menjeling. Punya lah dia ingat rumah dia kena serbu polis ke zombie ke. Tengok-tengok, lah tenuk sembilan ekor ni yang serbu.
"Sorry la. Tadi kami ketuk kau tak buka." terang Yangyang.
"Hah ni nak apa datang rumah orang? Takde rumah sendiri ke?" jelingan masih ditujukan ke arah mereka.
"Bombastic side eye." sempat pula si Haechan buat sound effect murahan kat situ.
"Kami datang nak makan rendang." Renjun mengangkat peace dengan muka tak tahu malu. Nasib hensem- eh eh.
"Ni mesti Pea yang bagitahu kan?"
"Semestinya." begitu bangga Haechan menjawab.
"Syah, siapa kat luar tu?" soal suatu suara dari dalam rumah.
"Ah takde siapa nek. Ni ha, ada bangla jual karpet. Orang dah kata tak nak beli dia paksa-paksa orang pula." Syah membalas.
"Dia tipu nek! Ni kami, jiran rumah sebelah!" Jeno menolak Syah ke tepi.
"Lah, kamu ke. Kenapa tak ajak diorang masuk?" Nenek Min memunculkan diri di muka pintu.
"Buat apa nak ajak? Diorang masuk makan pastu blah macam tu je. Bukannya nak tolong basuhkan pinggan."
"Ish tak baik macam tu. Meh masuk meh."
Dengan reaksi riak tabur mereka melangkah masuk ke dalam rumah tersebut. Bulu kening diflip dengan penuh bangga.
"Ceh." Syah menutup pintu dan berlalu pergi ke arah dapur.
"HAHAHAHAHAHAHAHA APA ATOK NI? KELAKAR LA!" Pea dengan bahagianya bergelak ketawa di ruang tamu.
"Eh? Nek Min kahwin baru ke?" soal Jisung.
"Ye la kot. Sampai hati dia tak jemput kita." balas Sungchan.
Sampai je diorang di ruang tamu, mata mereka terbeliak memandang manusia-manusia yang berada di situ.
"Ni bukan setakat kahwin satu, ni dah melebih ni!" tetiba si Yangyang berkata.
"Natang alah apa yang kau merepek ni sia?" Pea berkerut dahi. Pelik-pelik je biri-biri ni.
"Eh! Kamu Jaeman kan?" Atok Yuta menunjuk ke arah Shotaro. Aik? Dah kenapa orang tua ni?
"Saya Shotaro Tok. Jaemin yang ni." Shotaro menarik Jaemin berdiri di sebelahnya.
"Oh Leman, kenapa tak cakap awal."
"Tok bukan Leman tok, bukan. Saya tak sempat nak cakap lagi atok dah bantai saya." Jaemin mengelap air matanya. Tak pernah-pernah orang typo nama dia.
"Hah apa nama kau?"
"Na Jaemin tok."
"Hah?! Apadia?!"
"Dia ni pekak, kena cakap kuat-kuat." Atok Jaehyun datang menyelamatkan keadaan. Dari tadi dia tengok je bebudak tu berkerut dahi sembang dengan Atok Yuta.
"Oh, begitu." mereka semua mengangguk faham.
"Macam atok boleh kenal Jaemin?" Jisung yang kehairanan bertanya. Baru first time jumpa, tak sempat nak intro lagi dia dah tahu nama Jaemin.
jeng jeng jeng~
a/1 : HAI SEMUAAAAAAA
YOU ARE READING
ᴍᴀᴋɴᴀᴇ's ᴀᴛᴏᴋᴄᴀʀᴇ ᴄᴇɴᴛᴇʀ •ᴍᴀᴄ•
Hài hước¦ sembilan jejaka dipaksa bekerja oleh ibu mereka. mampukah tenuk-tenuk tersebut melayan perangai dan ragam atok-atok yang kecik-kecik tak nak mampus, bila dah tua pergi clubbing itu? start ; 7/2/2022 end ; [ belum di kenal pasti lagi ] status ; on...