loser
new story on a whim. don't expect something good hahaha taktahulah akan update lagi ke tak. saya tulis ni merapu je.
•••
"Kau pelik."
Lily rasa nak menangis dengar komen yang — memandangkan dia jarang bercakap dengan manusia — jadi dia rasa komen tu agak kejam.
Lily hanya mampu pandang bawah, tak ingin bertentang mata dengan classmate kat depan dia ni. Faiq baru je nampak dia dalam dunia dia sendiri tadi. Lily sangkakan tak ada orang dalam kelas jadi dia pun buatlah perangai sebenar. Terkejut beruk dia bila nampak Faiq perhatikan dia dengan senyuman sinis.
"Well, that makes the two of us!"
Huh? Lily mengerutkan kening tapi masih enggan mengangkat muka. Apa benda mamat ni merepek?
"Jom ikut aku." Faiq tiba-tiba mengajak.
Eh...
•••
Disebabkan Lily ni budak paling pendiam dalam kelas, tak ada kawan, pemakaian biasa tanpa ada niat untuk menarik perhatian sesiapa, sudah menjadi sifat semulajadi dia untuk akur sahaja apa yang orang suruh.
Dalam bahasa mudah; Lily ni loser.
Tapi, lelaki depan dia yang entah nak bawak dia ke mana ni pun tak ada kawan gak. Nak cakap tak ada rupa, tak juga. Bagi Lily, dia ni boleh tahan handsome jugak sebab dia suka senyum. Walaupun begitu, lelaki dalam kelas macam tak nak dekat dengan dia.
Dalam bahasa mudah; dia pun loser jugak.
Apalah, bila 2 orang loser berjalan bersama macam ni, mesti boleh buat bahan gosip.
"Er, kau nak bawak aku pergi mana..." Kesunyian sewaktu berjalan sangat janggal, Lily paksa diri untuk tanya soalan tu.
"Dr. Hisham punya bilik kat Level 4."
Aik? "Kenapa pun dengan Dr. Hisham?"
Faiq tersenyum sinis lagi. Senyumannya sinis tapi charming! Ini ke yang orang panggil, devilishly handsome?
"Dr. Hisham punya secret. Setiap hari Khamis, pukul 1 petang."
Lily masih tak faham tapi dia mengerling jam dalam phone. 1:15 p.m. Hari ni pulak hari Khamis.
Secret? Laki ni stalker ke apa?
Tanpa membantah Lily hanya membuntuti Faiq. Naik lif sampai ke tingkat 4 dan pergi ke ofis Dr. Hisham. Di hadapan pintu tertutup rapat itu, mereka tercegat.
YOU ARE READING
Loser
RandomDua loser dalam kelas, seorang si pendiam, seorang lagi si pelik. Bila rahsia Lily terbongkar pada Faiq, entah kenapa tiba-tiba Faiq nak kongsi juga 'rahsia' dia dengan Lily. Sekarang Lily terpaksa berkepit dengan Faiq demi menjaga tepi kain masing...