10 - father

1.5K 210 27
                                    

Lily tercari-cari kelibat Faiq yang terus hilang selepas kelas habis.

Dia pergi rooftop ke? Tak kot. Ke dia mengintip orang lagi?

Baru sahaja Lily mahu menuruni tangga untuk keluar dari fakultinya sebelum dia ternampak Faiq sedang termenung sambil menongkat dagu di penghadang koridor, memandang ke arah courtyard di tingkat bawah.

Seri wajah Lily naik apabila ternampak jejaka idaman walaupun baru sahaja bertembung dalam kelas tadi. Tapi jejaka idaman tengah termenung? Pikir apa la tu agaknya?

"Faiq..." Perlahan Lily mendekati.

Faiq terus memandang Lily sejurus terdengar panggilan kecil itu.

"Yo." Sapa Faiq.

"Kau fikir apa? Jauh termenung?"

"Takdelah. Aku terfikir, mungkin bapak aku yang sekarang bukan bapak aku."

.

.

.

Huh? Apa benda dia merepek ni?

"Hah?!" Lily terus mengerutkan muka. Apo peliknya tiba-tiba nak fikir macam tu?

"Dengar ni, Ly. Aku dengan bapak aku tak ada persamaan langsung. Aku pelik, betul ke dia bapak aku?"

"U-Um, ayah kau camne orangnya?" Lily cuba menenangkan fikiran tak masuk akal Faiq.

"Apa yang ada kat aku, semua takde kat ayah aku. Apa yang ada kat ayah aku, semua takde kat aku."

"W-Wha—"

"Kalau diikutkan, aku lagi banyak persamaan dengan sir Akmal. Mungkin sir Akmal bapak ak—"

"KEPALA HOTAK KAU!" Belum sempat Faiq habiskan ayat, Lily sudah potong dengan meninggikan suara. Hasilnya berjaya, Faiq terdiam.

"Faiq! That's disrespectful! Kat mak kau, ayah kau and pakcik kau. Sesetengah benda mana boleh buat gurau." Lily menegur Faiq.

Faiq tergelak, "Heh, rilek ah, Ly. Saja nak bagi kau mindblown."

"Ish, jahat ah."

"Tapi serious aku cakap. Bapak aku dengan aku takde persamaan langsung. Muka aku pun ikut mak aku 100%." Sejurus saja Faiq menghabiskan ayat, phone dia berbunyi menandakan panggilan masuk. "Oh, Lily. Aku kena pergi jumpa kakak aku. Bye!" Dengan itu dia terus berlari anak menuju ke tempat temu janji.

Tinggallah Lily di situ berseorangan lagi. Sedih jugak kena tinggal dengan crush. Lily tiba-tiba terfikir Faiq terasa ke dengan teguran dia tadi? Lily overreacting ke? Lily rasa apa yang Faiq buat sangat biadap walaupun dia hanya main-main.

Langkah pulang dijejakkan Lily. Sambil dia berjalan menuju keluar fakulti, Lily melalui satu koridor yang dia kenal. Koridor di mana bilik seorang lecturer dia kenal terletak.

Lily berhenti di hadapan bilik lecturer tersebut. Ada orang ke? Tapi kalau Lily ketuk, Lily nak cakap apa dengan lecturer tu?

Lily mengeluh, tanpa berbuat apa-apa dia sambung meneruskan langkah pulang. Baru dua langkah, pintu yang dia mahu ketuk tadi dikuak beserta bunyi.

Lily menoleh belakang, dan mata dia bertentang dengan mata lecturer penghuni bilik itu. Kelihatan sir Akmal hanya mahu membuang sampah ke dalam tong yang terletak di luar biliknya.

"Oh! Hi, um— Lily?" Sir Akmal cuba meneka. Mukanya ingat, nama masih samar-samar. Ceh, bukannya tua sangat pun.

"S-Sir!" Lily terpanggil dengan desperate.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 01, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

LoserWhere stories live. Discover now