9 - faiq's girlfriend

1K 176 53
                                    

Sebelum ke kelas Lily dahagakan secawan teh o ais. Dia singgah sekejap di kafe satu fakulti untuk melangsaikan hajat. Selepas membayar Lily cepat-cepat mahu beredar dari situ tetapi matanya tertancap pada satu individu yang dia amat kenali.

Faiq kelihatan rancak berborak di satu meja, dengan seorang perempuan di hadapannya. Lily tak boleh nak cam wajah perempuan itu sebab belakangnya menghadap Lily. Apa yang Lily pasti perempuan itu bukanlah seorang yang dia kenal.

Lily rasa berdebar. Dia tak mahu Faiq sedar akan kehadirannya di situ, jadi dia pun lalu jalan lain demi mengelakkan pandangan dari Faiq.

Sambil melarikan diri Lily rasa sedih. Sedih dapat tahu Faiq tengah date dengan perempuan lain. Perempuan yang dia tak kenal pulak tu.

Mungkin... Mungkin itu Zenni yang selalu dikenangkan Lily. Nama itu sentiasa berlegar di mindanya setiapkali Lily terfikirkan tentang Faiq. Nama yang dia nampak pada skrin phone Faiq satu masa lalu.

Apalah... Mungkin Lily ni terlalu rasa diri ini inferior, tapi dia tak boleh nak nafikan yang perempuan tu kelihatan cantik even dari belakang sekalipun...

Lily cuba mengetepikan perasaan cemburu tak bertempat dia. Baik dia fokus kelas nanti.

•••

"Nah, letak ni."

"Terima kasih, Lily." Ucap Faiq sambil menyambut plaster dari tangan Lily.

Sambil mengoyakkan kertas balutan plaster untuk diguna, Lily hanya memandang lama profail sisi Faiq yang kacak itu. Haih, kenapalah sejak kebelakangan ni makin handso—

"Ly, pasangkan." Faiq mengganggu lamunan Lily.

"Hm?!" Hampir ditinggikan suara Lily.

"Pasangkanlah. Kan tangan sebelah aku injured, heheh." Faiq berkata dengan nada nakal.

Eee, mengada. Yang mengada inilah yang buat jantung Lily berdegup kencang. Dia pun cuba control cool sambil menyambut kembali plaster di tangan Faiq, sedia untuk dilekatkan di atas luka kecil yang baru dibasuh.

"Apalah, dapat sakit waktu buat dosa..." Lily merungut perlahan, padahal tengah cuba untuk tahan nervous. Tangan dia nampak menggigil ke waktu tengah lekatkan plaster di lengan Faiq? Harapnya tak.

"Takpelah, tu maknanya dosa aku dah ditebus dengan luka ni." Faiq menjawab sambil memerhatikan tangan Lily.

"Yakin je kau..." Lily berkata lagi. Nak dipendekkan cerita, Lily terjumpa Faiq dalam keadaan berdarah gitu kat lengan dia. Kabo Faiq dia baru lepas tercakar tangan kat dahan pokok, selepas dia baru je intip pasangan random bergaduh.

"Siap." Lily beritahu Faiq seusai habis jadi instant nurse.

"Sankyu, Lily-chan." Faiq tersenyum manis.

Lily memuncungkan bibir. Apalah... Ini cara dia mengorat ke? Sangat natural. Mesti dah biasa ngorat makwe.

"Makwe kau... OK ke kalau dia tahu aku selalu lepak dengan kau?" Dipenuhi perasaan ingin tahu, Lily terus bertanya soalan itu. Dia nak sangat tahu pasal makwe Faiq.

"Hah?" Faiq hairan dengan soalan Lily.

"Z-Zenni... Makwe kau en?" Lily terus menundukkan wajah. Takut dia nak sebut nama tu. Nama possible rival dia.

Lama mereka terduduk dalam kesunyian, sebelum Faiq tergelak kecil, "Hahaha."

"K-Kenapa gelak?" Lily mengerutkan kening.

"Zenni, eh? Makwe aku? Hmm." Faiq mengangguk sambil tersenyum lagi. Seakan-akan dia suka dengan andaian Lily.

Lily tiba-tiba rasa makin heartbroken. Mungkin Zenni bukan girlfriend Faiq, tapi crush Faiq? Itu lagi menyedihkan! Entah kenapa Lily rasa makin cemburu apabila terkenangkan Faiq yang handsome teruk tu sedang menyimpan perasaan kat perempuan lain?

LoserWhere stories live. Discover now