Di dalam beg itu terdapat satu balang kaca yang diisi dengan cecair pekat berwarna merah bersertakan satu surat dan ada dompet.
"Cecair apa warna merah macam ni? Asal banyak gila surat kat dalam beg? Ni untuk posmen ke untuk aku ni?!" Heejin memeriksa satu per satu surat itu.
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
"Aku tau kau nak pergi sekolah tu, nanti kalau dah sampai tolong berikan kepada pelajar yang rambut warna merah,"
- Balang•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
"Sebelum kau masuk, pakai rantai ni supaya yang lain tak syak kau manusia,"
- Rantai•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
"Bila ditanya, kau serahkan ID ni kepada dia, so dia akan biarkan kau masuk,"
- ID•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
"Aku tau kau memang akan sesat kalau tanpa kompas. Ikut utara seperti biasa dan jalan straight. Kau akan jumpa sekolah tu,"
- Kompas
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
"Kau jangan makan/minum semua makanan/minuman yang diorang sediakan kat parti tu. Sebab tu bukan makanan manusia, aku dah sediakan bekalan untuk kau,"
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
"Kau dah baca semua 5 surat tu kan? Ramai yang akan mendekati kau tapi diorang bukan manusia. Cuma kau dan aku je, kau kena jauhi diri kau dari diorang. Camne nak kenal aku? Aku akan cakap Ni aku, Yang Jungwon. Lepastu kau akan selamat. Hati hati!"
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
"Seram sia! K..kalau cuma aku dan dia manusia, habis yang lain siapa?! Macam mana aku nak keluar dari dimensi ni weyh?!"
•~•
"Hm," Heeseung berjalan mundar mandir sambil menunggu Heejin.
Dia meneliti jam tangannya, sudah hampir pukul 10 malam, tapi Heejin tetap tak balik.
"HEESEUNG!!" Jimin termengah-mengah di pintu masuk rumah.
"Macam mana? Dah jumpa Heejin ke?"
"Tak. Yang lebih teruk patung tu hilang weh! Aku dah check cap jari dan kesan tapak kaki, cuma Heejin yang terakhir masuk," maka bertambah panik reaksi Heeseung apabila mendengar ayat Jimin.
"Seingat aku Heejin ada kawan. Nama dia Nakamoto- eh salah! Nishimura Riki! Heejin biasanya panggil dia Ni-Ki. Cuba kau contact dia guna telefon aku. Cari nama Ni-Ki," arah Heeseung lalu mengambil kunci kereta.
"Weh kau nak pergi mana?!"
"Balai polis," pendek sahaja jawapan Heeseung.
"Dah tu aku?"
"Kau lelaki kan. Pandai pandai lah jaga diri! Tolong jaga rumah sekali!" kereta Heeseung meluncur laju di jalan.
•~•
"Huft, akhirnya. Setelah 3 jam aku berjalan, sampai jugak kat sekolah ni. Btw cantik do sekolah dia! Macam istana!"
"Oh lupa nak pakai rantai," Heejin menyarungkan rantai bersalut perak di lehernya.
"Tapi aku masih tertanya tanya apa benda kat dalam ni eh?" tanpa ragu ragu, dengan confident nya Heejin buka balang tadi.
"D..darah?" dia segera menutup balang itu setelah terbau sesuatu yang tidak sepatutnya dia bau.
💌__________🤍❤️___________💌
YOU ARE READING
DIMENSIONS || 양정원 [✓]
FanfictionSIRI HORROMANCE (ii):- _∞_VAMPIRE_∞_ Lee Heejin tersesat di suatu tempat yang sangat asing dan aneh atau lebih dikenali sebagai dimensi lain setelah menyentuh satu patung yang tak sepatutnya dia sentuh. Siapa pula Jungwon ni? Kenapa semua polis, det...