Nadia tersenyum saat gambar Kelvin melekat di dinding biliknya.
Nadia meniru senyuman manis milik Kelvin.
"Jumpa hari esok my sweet heart ."Ujar Nadia lalu perlahan-lahan matanya tertutup rapat dek terlalu mengantuk.
Baru saja Nadia ingin melelapkan matanya, tiba-tiba jendela biliknya di kuak oleh seseorang.
"Adam!"Jerit Nadia.
Adam ialah sahabat Nadia sejak dia berpindah di daerah Tongod.
Adam juga sangat berani untuk menyelinap masuk di bilik Nadia.
"Maaflah Nad, i really need it ."Kata Adam tanpa rasa bersalah.
"Kalau perlu pun tunggulah tengah malam."
"No Nadia,saya dah tak sabar lagi.Saya perlu sekarang."
Mahu tidak mahu Nadia terpaksa curi-curi masuk ke dalam bilik ibubapanya hanya untuk mengambil telefonnya.
Ibubapa Nadia akan sentiasa memantau kegiatan Nadia saat dia menggunakan telefonnya kerana tahun ini gadis itu akan menduduki peperiksaan SPM.
Tanpa sengaja dia tertendang bucu katil milik ibubapanya.
Nadia mengadu kesakitan dalam diam.Mujurlah ibu bapanya tidak terjaga saat itu.
Usai itu dia mencapai telefonnya yang berada di atas meja lampu yang berdekatan dengan katil ibubapanya.
Kemudian dengan perlahan-lahan dia keluar dari bilik itu dan menuju ke biliknya.
"Sebab kau lah kaki saya tertendang bucu katil daddy saya.Kau perlu tanggungjawab Adam."
"Nantilah saya tanggungjawab tuan puteri."
"Tak sabar tunggu tengah malam,awas saja kalau daddy dan mammy saya terjaga."Bebel Nadia.
Sementara Adam sibuk membuka aplikasi share it kerana dia ingin meminta gambar nya di dalam telefon Nadia.
Tidak lama selepas itu...
"Nadia."Panggil Encik Azmi.
Nadia dan Adam terkedu sebentar.
Tanpa berfikir panjang,Nadia terus menyembunyikan Adam di balik selimutnya yang besar.
Kemudian dia berpura-pura tidur.
Encik Azmi menghampiri Nadia.
"Good night baby ."Ucap bapanya lantas mengucup dahi anaknya dengan lembut.
Kemudian pintu biliknya ditutup semula.
Nadia membuka matanya kembali dan mengeluarkan Adam dari dalam selimutnya.
"Kau dah dapat gambar kau kan.Sekarang kau pulang di rumahmu."
"Kau usir aku?"
"Iya!"
"It's okay babe.Good night baby ."Ucap Adam lantas dia bertindak mengucup pipi kanan Nadia.
Namun perkara itu sempat dihalang oleh Nadia.
Nadia menampar pipi Adam menyebabkan lima cap jari Nadia melekat di pipi Adam.
"Sakit lah Nadia."Adu Adam sambil keluar dari bilik Nadia mengikut jalan pertama dia masuk di bilik Nadia.
"Rasakan tamparan maut saya.Siapa suruh gatal sangat nak cium anak orang."Kata Nadia sambil mengunci jendela kaca biliknya.
Usai itu dia kembali menatap gambar Kelvin samapilah dia terlelap.
Dalam mimpinya Kelvin tersenyum kepadanya dan berjalan mendekatinya.
Nadia dengan bangga membalas senyuman itu dan menanti kedatangan Kelvin.
Hati siapa tidak kembang saat lelaki tampan dan dingin mempamerkan senyumannya.
Senyuman yang sangat menganggu perasaan orang-orang.
"Come to me ."Ujarnya dalam mimpi.
Hello guys😇
Saya newbie dalam dunia oren🤧
Harap support dari kalian🤝😘
YOU ARE READING
Secret Love
RomanceApakah yang terjadi jika kerak nasi bertemu dengan air? "Kau dan aku ditakdirkan untuk bersama." -Adam- "Kita bagai pinang dibelah dua." -Nadia...