🌈TIGA🌈

0 1 0
                                    

"Nadia jom ke kantin."Ajak Alia.

Nadia hanya menurut.Nadia menggenggam tangan Alia sambil kepalanya dilentokkan ke arah bahu Alia.

Alia tidak menghalangnya malah dia tersenyum memandang Nadia yang manja dengannya.

"Kamu duduk di sini biar saya yang membeli makanan."

"Siap boss."Kata Nadia lalu dia duduk di meja yang kosong.

Semasa menunggu kedatangan makananya dia terdengar beberapa bisikan pelajar yang ada di kantin sekolah.

"Cuba kau tengok pasangan itu.Perempuan itu sangat bertuah kerana memiliki cowo seperti Daven."Kata salah satu pelajar perempuan yang duduk di samping mejanya itu.

Nadia juga turut memandang pasangan kekasih yang dimaksudkan pelajar tadi.

"Apa bagusnya lelaki itu?"Soal rakan pelajar tadi.

"Lelaki itu kacak dan kaya.Apa saja keinginan cewenya pasti dikabulkan olehnya."Jelas pelajar itu lagi kepada rakannya.

"Bukan itu saja,khabar angin bapa kepada Daven sangat berpengaruh di sekolah ini.Dengar-dengar lagi bapa Daven ialah penyumbang dana terbanyak dalam persatuan PIBG di sekolah kita."Sambungnya lagi.

"Jadi?"

"Wajarlah bapa Daven dihormati dan dikagumi oleh guru-guru di sini."

"Kalau lah saya berada di posisi cewek itu sudah pasti hidup saya sentiasa bahagia."

Nadia hanya melihat adegan romantik pasangan itu.

Lelaki itu menyuapkan makanan ke dalam mulut kekasih hatinya itu.Usai itu mengelap mulut kekasihnya kerana dia tidak mahu melihat kekasihnya comot.

"Baru-baru ini Daven membelikan aparment dan kereta untuk kekasihnya itu."

"Ohh ya."

"Iyalah dan berita hangat mereka akan mengikat tali pertunangan lepas SPM."

"Ternyata kamu suka bergosip di sekolah.Di sekolah bukannya bergosip tetapi belajar."

"Bukannya gosip tapi berita sensasi ini  sudah tersebar luas di sekolah kita.Malah para siswi di sekolah kita iri dengan Anna termasuklah saya."

"Otak kau ni perlu di mulakan semula."

"Kenapa kau kejam sekali?"

"Makanya jangan suka percaya dengan gosip yang belum tentu betul."

"Macam yang saya bilang itu bukan go..."

"Terus apa namanya kalau bukan gosip?"Potong rakan pelajar tadi.

"Heshhh!!!"Marah pelajar itu.

"Alolololo....tuan puteri merajuk."Rakan pelajar tadi cuba menjangkau tangan pelajar tadi namun dengan cepat di tepis olehnya.

Nadia hanya tersenyum kecil mendengar perbualan mereka itu sambil matanya menatap dua pasangan sejoli yang digosipkan tadi.

Pelajar perempuan itu nampak sangat bahagia diperlakukan begitu oleh kekasihnya.

Tanpa sedar Nadia tertawa kecil seperti pelajar perempuan itu seolah-olah dia merasakan kebahagiaan yang sama seperti yang dirasakan oleh perempuan itu.

"Makanan sampai."Ujar Alia.

Seketika itu juga lamunan Nadia hilang entah ke mana.

"Ni kamu makan nasi goreng kampung dan ayam goreng kesukaan kamu."

"Terima kasih."Ucap Nadia lalu dia mula makan makanan yang dibeli oleh Alia.

"Perlahan-lahan makannya,tiada orang yang akan merebut makananmu."Tegur Alia.

"Ni minumannya."Alia menghulurkan minuman kegemaran Nadia iaitu milo ais.

Nadia menghirup minumannya sehingga setengah gelas milo ais itu.

"Kamu tidak makan?"Soal Nadia setelah dia perasaan Alia hanya menatapnya makan dari tadi.

Alia menggeleng kepala.

"Saya masih kenyang.Kamu saja yang makan."

"Ohh okay."Nadia kembali makan dengan lahap.

"Nadia!"Jerit Adam lalu memukul belakang Nadia.

Nadia hampir tersedak saat itu.Nadia terbatuk beberapa kali.

Alia dengan cepat memberi minuman milo ais kepada Nadia.

Nadia meminumnya sehingga habis.

"Opss maaf."Kata Adam.

Alia menjeling tajam ke arah Adam.

"Apa kamu mau aku tampar."Marah Alia.

"Maaf saya kan tidak tau kalau Nadia lagi makan."

"Makanya jangan ceroboh Adam."

"Baiklah cerewet."Kata Adam lantas dia duduk di sebelah Nadia.

"Kamu okay Nadia?"Soal Adam cemas.

"Saya okey."

"Mau apa kau datang ke sini?"Soal Alia.

"Mau makanlah,mau apa lagi."

"Pergi sana membeli makanan."

"Iya,iya cerewet betul ya jadi perempuan."Bebel Adam.

Di sisi lain Kelvin dan Rian sedang lepak di kelas Yohan.

Kelas mereka itu bersebelahan dengan kelas Adam,Nadia dan Alia.

"Kelvin,kamu bila lagi cari makwe."Tutur Rian sambil dia mengelus lembut rambut kekasihnya iaitu Rini.

"Entahlah."

"Jujur saya katakan kalau sikap dingin kau ini tidak akan membuatkan gadis suka dengan kau."Kata Yohan lagi yang berumur 17 tahun.

"Amboi bayi macam kau ni tau apa tentang cinta.Belajar dulu baru bercinta."Balas Rian.

"Jadi kau bukan namanya pelajar?"

"Saya memang pelajar tapi setidaknya kau perlu lepas dulu dalam peperiksaan SPM baru fikir bercinta."

"Memangnya kamu pernah patah hati?"Soal Yohan.

Rian hanya senyum sambil memandang Rini.

"Boleh dikatakan seperti itulah."

Kelvin hanya diam kerana tidak berminat menyampuk perbualan kawan-kawannya itu.


Hello guys😘

Lagi dua minggu baru paper SPM 2021 habis

Pening otak nak jawab soalan

Secret LoveWhere stories live. Discover now