🌈EMPAT🌈

3 2 0
                                    

Nadia terpaksa menunggu dirinya diambil oleh supir keluarga Nadia setelah bapanya memberitahu bahawa dia tidak dapat mengambilnya atas alasan ada mesyuarat penting.

Dan Alia pula tiba-tiba ada urusan mendadak yang perlu dia lakukan.

Nadia pasrah menunggu di pondok PIBG.

Tringggg!!!!

Telefon Nadia berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

"Hello....apa rosak di jalan.....kenapa rosak....ohh...baiklah kalau begitu."Nadia terus menekan butang merah.

Nadia meraup mukanya dengan kasar.

"Hari ini betul-betul hati yang sial."Gumannya.

"Belum pulang?"Soal Yohan tiba-tiba.

"Hemmm!!"

"Amboi kasarnya.Kenapa datang bulan ya."

"Yohan!!!"Marah Nadia.

Yohan tertawa besar melihat muka cemerut Nadia.

"Siapalah lelaki malang yang dapat kau ni."

"Apa kau mau aku bunuh kau?"Marah Nadia.

Yohan memakai topi keledarnya sambil berkata.

"Hey Nadia, perempuan cantik macam kau ni tidak patut marah-marah nanti cepat tua."

"Lebih baik kau pulang sekarang sebelum tayar motosikal kau ni kempis."Ancam Nadia.

"Ada apa ini?"Soal satu suara yang tidak asing lagi di telinga Nadia.

"Kelvin,kenapa belum pulang?"Soal Yohan

"Ada urusan sikit tadi di kelas."

Dalam diam Nadia tersenyum memandang Kelvin.

Mengapa kau muncul di depanku.Guman hati Nadia.

"Hah Nadia kenapa tercengat kat situ."Kata Yohan.

"Sibuklah kau ni!"Marah Nadia.

Nadia mendail nombor ibunya.

"Mummy,boleh mummy ambil Nadia kat sekolah...Daddy ada mesyuarat....supir kata kereta rosak di tengah jalan....mummy... mummy please..."

Wajah Nadia serta merta menjadi murung.

"Gerak dulu."Kata Yohan lalu motosikal Yamaha itu bergerak meninggalkan kepulan asap di sekolah.

Kelvin yang sudah memakai topi keledar melihat sangat jelas muka sedih Nadia.

Nadia mengusap air matanya kala itu.

Kelvin tidak percaya kalau Nadia menangis hanya kerana tidak diambil oleh ibunya.

Tetapi memikirkan Nadia tidak penting baginya,Kelvin berniat ingin bergerak pulang.

Tanpa menoleh belakang Kelvin terus melajukan motosikal nya meninggalkan Nadia.

Malam itu Nadia mengambil keputusan untuk pergi ke bar kerana dia sangat kecewa dengan ibu bapanya.

Setiap kali Nadia pergi ke bar Alia sentiasa mengikutinya kerana dia risau kalau terjadi perkara buruk terhadap Nadia.

"Nadia maaf sebab tidak dapat hantar kau pulang di sekolah tadi.Maaf Nadia "Pohon Alia sambil memegang tangan Nadia.

Nadia hanya mengangguk kepala.

"Nadia.."Panggil Alia dengan lembut.

"Hmm."

Alia menghentikan keretanya di tepi jalan raya lalu dia menghadap memandang Nadia.

Muka Nadia sangat sedih saat itu.

Alia memeluk tubuh Nadia dengan erat.

"Kamu yang sabar ya,mungkin ibu dan bapa Nadia tidak bermaksud begitu dengan kamu.Mereka mungkin sibuk bekerja untuk masa depan kamu."Pujuk Alia lembut.

Nadia mengangguk perlahan lalu dia menyembunyikan kepalanya dia jinjang leher Alia.

"Aku haus Lia.."Rengek Nadia dengan manja.

Alia membelai lembut rambut Nadia.

"Kalau begitu kamu tunggu sini ya biar saya yang beli minuman untuk kamu."

Nadia mengangguk.

"Good girl."

Alia keluar dari kereta lalu pergi membeli minuman milo ais di kedai yang berdekatan dengan keretannya.

"Mujurlah ada milo ais."Guman Alia senang.

Dari dalam kereta Nadia melihat seekor kucing yang tidak bermaya berada di tengah jalan raya.

Nadia dengan pantas keluar dari kereta dan dia cuba mendekati kucing itu.

Pada masa yang sama datang sebuah kereta yang bergerak di hadapan Nadia.

Brakkkkkk!!!!!!

Kejadian itu berlaku di hadapan Alia.

"Nadia!!!!!!!!"Jerit Alia.

Untuk beberapa saat Nadia mendengar namanya dipanggil oleh Alia.Tidak lama selepas itu penglihatannya kabur dan dia tidak sedarkan diri.

Hola mate🤧

Maaf kalau ada typo

Secret LoveWhere stories live. Discover now