Alia meraup wajahnya dengan kasar kerana berasa gagal menjaga Nadia.Bau darah yang melekat di bajunya tidak dihiraukan sama sekali.
Fikirannya hanya tertumpu kepada Nadia yang berada di bilik kecemasan.
Alia melirik tajam ke arah pelaku kemalangan tadi.
Walaupun hati Alia dipenuhi api amarah saat itu namun dia tidak bertindak memukul pelaku tersebut kerana pelaku tersebut mahu bertanggungjawab atas kejadian itu.
Khabar tersebut belum sampai ke telinga ibu bapa Nadia kerana Alia tidak mahu kejadian bertambah buruk.
Alia berjalan mundar-mandir di depan bilik kecemasan,dia menunggu doktor keluar untuk melaporkan keadaan Nadia.
Setelah lama menunggu akhirnya doktor yang merawat Nadia pun keluar.
Alia segera menghampiri doktor tersebut.
"Pesakit mengalami luka yang teruk di bahagian kepala tetapi jangan risau sebab kami sudah merawatnya.Dan mujurlah pesakit sempat diberi rawatan.Jika tidak pesakit sudah kehilangan nyawa."Jelas doktor tersebut.
"Untuk sekarang keadaan pesakit belum stabil jadi mohon kerjasama untuk tidak melawat pesakit."Sambung doktor itu lagi.
Alia mengangguk tanda faham.
"Kamu pulang lah dulu,biar saya yang jaga dia malam ini."Ujar pelaku tersebut.
Alia menggeleng kepala.
"Kelvin,kau sangat tidak dipercayai."Balas Alia.
"Biarkan saya menjalankan tanggungjawab saya kerana saya,Nadia masuk hospital.Setelah perkara ini selesai saya tak nak ada kena mengena lagi dengan kes ini "
Alia terdiam seketika.Kemudian dia mengangguk kepala.
"Nampaknya harus seperti itu.Saya harap kamu pegang kata-kata kamu."Ujar Alia sebelum berlalu pergi dari hospital kerana dia perlu menguruskan hal yang lain.
Iaitu ibu bapa Nadia.
Jam menunjukkan 5 pagi.Nadia tersedar setelah berjam-jam tidak sedarkan diri.
Orang pertama yang dia lihat ialah Kelvin.
"Kelvin...."Tuturnya perlahan.
Kelvin yang dari tadi tidak tidur menghampiri Nadia.
"Maaf atas kejadian hari ini dan biarkan saya bertanggungjawab dalam kes ini.Saya akan menjaga kamu sehingga kamu sembuh total.Setelah itu hutang saya selesai."
"Hmmmm..."Nadia memalingkan mukanya ke arah lain.
"Atau anda mahu saya membayar anda dengan wang?"
Nadia masih diam dan tiba-tiba dia mendapat idea yang licik.
Nadia memandang muka Kelvin.
"Saya tidak perlukan wang sebab saya sudah banyak duit.Hanya satu yang perlu kamu buat."
Kelvin diam mendengar ayat seterusnya daripada mulut Nadia.
"Kamu harus menjadi kekasih saya."
"Hahhhh!!!!"Kelvin terlopong kala itu.
Di sisi lain Alia berusaha memberi penjelasan kepada ibu bapa Nadia tentang kejadian tadi malam.
Pada awalnya ibu bapa Nadia tidak menerima kenyataan bahawa anak tunggal mereka kemalangan tetapi setelah difikir lagi mereka tidak mahu memperpanjangkan masalah itu.
Malah ibunya yang bekerja sebagai doktor juga tidak tahu akan hal itu kerana tempat Nadia dirawat bukanlah tempat kerja ibunya.
Pagi itu Alia pergi melawat Nadia sambil dia membawa pakaian Nadia.
"Excuse me can i know where Nadia's room?" Soal Alia.
"Nadia's room is W104." Balas penjaga kaunter itu.
"Okay thanks."
Alia terus menuju ke bilik W104.
Alia menguak pintu bilik W104 dan dia melihat Kelvin terlelap di tepi katil milik Nadia.
Manakala Nadia pula sibuk menekan telefon Kelvin.
"Aikkk....Tuan puteri dah bangun."Sapa Alia senang.
"Of course Alia."
"Apa Kelvin menggangumu semalam?"
Nadia menggeleng kepala lantas dia tersenyum memandang Kelvin.
Alia berasa hairan dengan kelakuan sahabatnya ini.
"Ada-ada saja kau ni."Ujar Alia perlahan.
"Oh ya mummy dengan daddy kat mana?"Soal Nadia.
"Ada di rumah,tengah hari nanti baru mereka datang jenguk Nadia."
"Oh ya!"Wajah Nadia berubah ceria serta merta.
"Iya."
"Yeahhh!!"Jerit Nadia girang.
Suara jeritannya itu membangunkan Kelvin.
"Ada apa ini?"Soalnya sambil mengenyahkan matanya.
"Good morning Kelvin." Sapa Nadia dengan senang.
"Heshhh.."Bentak lelaki itu perlahan.
"Kelvin,kamu pulang lah dulu.Kamu tentu penat."
Ujar Alai sambil mengeluarkan tapau yang berisi buah-buahan untuk Nadia makan."Memang pun."Jawabnya perlahan.
Tanpa menunggu lama lelaki itu terus keluar dari bilik itu.
Dia dengan cepat bersiap lantas menuju pergi ke sekolah.
Hmmmm hello😴
Maaf kalau ada typo
YOU ARE READING
Secret Love
RomanceApakah yang terjadi jika kerak nasi bertemu dengan air? "Kau dan aku ditakdirkan untuk bersama." -Adam- "Kita bagai pinang dibelah dua." -Nadia...