Bab 6

53 11 0
                                    

Aku perlahan-lahan membuka mataku yang dari tadinya tertutup buat beberapa abad...

Sebaik sahaja aku bangun aku terkejut. Aku sekarang berada di atas katil.

Lalu dengan lajunya aku memandang ke semua tempat yang berada di dini.

Dalam beberapa minit selepas aku bangun, terdapat seseorang masuk ke dalam tempat ini.

"Jadi, apa pendapat kamu tentang bilik baru kamu?" Soalnya.

"Bilik.... baru..?" Kataku dengan masih kebingungan.

Aku memerhati sekelilingku semula.

'Ni bilik aku? Wow! bilik ni lebih besar dari bilikku yang dahulu dan boleh dikatakan bilik ni memang di ubah suai mengikut cita rasa aku. Tapi macam mana dorang tahu eh? Ah~ maybe dorang tanya kat ibu. Ibu? hrmm~' Aku bermain soal menjawab dengan diriku sendiri sehinggalah aku teringatkan ibu dan ayah yang kini jauh daripadaku.

"Kenapa muka macam tu? Lucia tak suka dengan reka bentuk bilik ni? Kalau Lucia tak suka, nanti kita ubah lagi untuk Lucia." Kata ibu kandungku yang berada di hadapanku ini.

"Lucia bukannya tak suka tapi Lucia cuma teringatkan ibu dan ayah." Kataku jujur kepada ibu kandungku sendiri.

"Lucia tak perlu risau tentang mereka. Nanti kita lawatlah mereka kalau ada masa.. Dah, Sekarang, lebih baik Lucia rehat untuk hari ni sebab esok Lucia akan ke sekolah baru." Katanya lagi sambil mengusap lembut rambutku.

Lalu dengan itu dia meninggalkan aku dengan bilikku yang besar ini.

'Sekolah baru?' Soalku sendiri.

'Bagaimana pula keadaan kawan ku yang dua orang tu? Mesti dorang bosan kalau tiada aku kan? Yelah, kan aku ni dikatakan sebagai penghibur mereka.. Mesti mereka rindu aku lepas ni kan?' Kali ni aku teringat akan mereka berdua...

Daripada memikirkan semua itu, aku hanya membaringkan diriku di atas katilku yang bersaiz king ini dan sehingga aku tidak menyedari aku telah dibuai mimpi.

*Esok*

Aku membuka mataku apabila aku mendapati ada sesuatu yang membuatkan aku terjaga.

Aku masih lagi dalam keadaan separuh bangun terus melihat ke arah jam lonceng yang berada di sebelah katil ku ini..

dan ia mengatakan sekarang telah masuk pukul 7 pagi.

Lalu aku bingkas bangun dari katil dan mengatur langkah untuk ke pintu besar yang ditutupi oleh beberapa langsir.

Setelah aku menepikan langsir tersebut lalu aku membuka kunci kepada pintu dihadapanku ini.

Di depan pintu ini terdapat ruang yang agak besar untuk ku berehat atau apa-apa sahaja.

Terdapat meja dan kerusi yang disediakan di luar ini.

dan, tiba-tiba ada sesuatu yang membuatkan aku terkejut...

Baru sahaja aku ingin berlari mendapatkan mereka, mereka sudah berada di hadapan ku sekarang ini.

"Kami tahu apa yang kamu ingin katakan. Kamu mesti tertanya dimana kamu beradakan?" Katanya..

Sebenarnya memang itu pun soalan ku kepada mereka.

Gila tak terkejut kalau tak pernah lihat tempat ni.

"Sebenarnya ini ialah dunia asal kamu dan di dunia inilah kamu dilahirkan Lucia." Katanya mengenai tentang dunia ini.

"Dunia kita?" Aku tidak mengetahui apa yang dimaksudkannya dengan dunia kita tersebut.

"Sebenarnya dunia yang Lucia tinggal selama ini dan dunia di mana Lucia dilahirkan dari secara amnya jauh berbeza" Jawabnya.

Dan aku masih tidak faham.

"Dunia ini sebenarnya ialah dunia magis manakala dunia yang Lucia tinggal sebelumnya adalah sebaliknya." Sambungnya.

'Kalau ni dunia aku tapi kenapa aku tinggal bersama ibu dan ayah?' Aku membankitkat pertanyaan itu kepada diriku sendiri.

Dari hari kelmarin aku ingin meminta penjelasan mengenainya tetapi boleh pula aku lupa pasal tu.

"Dan kamu mesti pelik kenapa kamu boleh tinggal bersama orang lain kan?" Katanya lagi yang memberhentikan aku dari lamunan ku sendiri.

'Eh!? macam tahu-tahu pula? tak kan dia dapat baca fikiran aku kot.. eh, tak mungkinlah...' kataku menafikan segalanya...

Tetibanya, aku terlihat ibu kandungku yang berdiri dihadapanku ini tersenyum sendiri dan macam nak terketawa pun ada.

"Betul sangkaan kamu tu Lucia.. Sebenarnya, mama memang dapat baca fikiran seseorang.. tapi,..shh.. jangan beritahu siapa-siapa k." Ibu kandungku memberitahuku sambil meletakkan jari telunjuknya di bibirnya yang menyuruh ku untuk tidak menyuruhku membuka mulut mengenainya.

Lalu, ibu kandungku ini menghampiri ku dan mencapai pergelangan tanganku dan membawaku duduk di atas katil.

Aku kini duduk bersebelahan dengan ibu kandungku.

Aku masih lagi keadaan blur ni hanya mendiamkan diri dari tadinya. Aku seakan tak percaya.

"Hrmm,~ darimana mama patut mula ya?" Katanya masih dengan keadaan senyum.

"Ok. Pertama sekali bukan kami sengaja untuk menghantar kamu ke tempat mereka tetapi waktu itu kami terpaksa demi menyelamatkan nyawa kamu yang terancam masa itu dan kami sanggup menghantar kamu ke tempat yang jauh asalkan kamu selamat..." Terangnya kepadaku dan terhenti apabila aku yang mengganggunya.

"Terancam? Kenapa pula nyawa Lucia terancam?" Soalanku kepada ibu kandung ku..

"Seperti mana yang kamu lihat tadi ini bukannya dunia yang kamu biasanya lihat.

Dunia ini tidak seaman macam di dunia yang kamu tinggal selama beberapa tahun itu dan lagipun masa tu keluarga kita mempunyai ramai musuh

dan disebabkan kami takut nyawa kamu terancam, kami menghantar kamu ke dunia lain sejurus kamu dilahirkan agar kamu tidak dijejaki oleh musuh." Panjang ibu kandungku menjelaskan kepada ku lalu dia terhenti seketika..

"Kami membawa kamu pulang kembali kepangkuan kami itu pun kerana sudah tiba masanya kamu untuk pulang ke sini dan mulai hari ini kamu akan diajar bagaimana menggunakan kuasa.." Sambungnya lagi.

"Kuasa!?" Aku sedikit terkejut dengan apa yang baru aku dengar daripada ibu kandungku sendiri.

♚♔♚♔♚♔♚♔♚♔♚♔♚♔

Stlh brthun x dupdate akhirnya trupdate jga.. tpi, papun jst enjoy... k..

♔happy_go_lucky♔

✔Edited
{866 Words}

Cerita HidupkuWhere stories live. Discover now