Bab 7

7 2 0
                                    

"Yup, kuasa" Katanyanya.

"Setiap yang lahir di dunia ini pasti memiliki kuasa. Cuma awal atau lambat sahaja ia muncul.

Untuk situasi kamu pula,  memang terlebih lewat tapi mama percaya bahawa Lucia dapat menjumpai kuasa Lucia.

Sekarang Lucia pergi mandi, Lucia jangan risau nanti Lucia akan dibantu dengan maid-maid di istana." Kata ibu kandungku itu.

Terbuntang mataku bila memainkan semula kata-kata ibu kandungku.

"Maid-maid di istana!?" Soalku dengan nada yang tinggi dan dengan refleksnya aku berdiri dari dudukku.

Lalu hanya memandang ke arah ibu kandungku dengan muka terkejut beruk dan mulutku tidak tertutup dari tadinya. Mungkin terkesan daripada rasa terkejut.

"Ah!  Mama lupa nak bagi tahu yang kamu tu sebenarnya ialah seorang princess." Katanya sambil ketawa kecil melihat reaksi ku selepas itu.

"Huh! Princess!? Siapa!? Lucia!? Lucia ialah princess!?" Tinggi nada suaraku.

Ambik kau! Makin terkejut aku dengan informasi yang baru aku dapatkan sekarang ini.

"Yalah, Lucia lah, siapa lagi. Kan mama queen dan papa kamu tu king,  jadi mestilah Lucia jadi princess." Sambungnya.

Aku masih terkaku.

'Aku princess!?  Wow! Patutlah bilik ni lain semacam dan lebih-lebih lagi pakaian yang dipakai oleh ibu kandungku pelik semacam. Macam kerabat diraja pun ada juga. Rupa-rupanya queen!

Dan patutlah juga permandangan di luar tadi macam rupa bilik dari istana yang selalu aku lihat di kaca TV, rupa-rupanya aku memang berada di bilik istana!' Panjang betul aku fikir.

"Sudah-sudah lah tu fikir macam-macam. Pergilah mandi, nanti lambat ke sekolah pula." Ibu kandungku menegurku sambil sempat ketawa lagi dengan gelagat ku.

"Tapi?~ mana bilik mandi?" Soalku pula dengan nada manja.

Aku sendiri pun pelik kenapa semudah ini aku rapat dengan ibu kandungku sedangkan balum beberapa hari kami berkenalan dan belum mengenali antara satu sama lain.

Mungkin kerana ini merupakan kuasa ibu dan anak. Dugaku. Kerana aku begitu selesa berada bersamanya.

Lalu ibu kandungku memanggil seseorang dari luar pintu billikku.

Terdapat beberapa orang yang masuk ke dalam bilikku itu.

"Mama kenalkan, inilah maid-maid yang akan menjaga dan menguruskan  Lucia bermula dari sekarang." Kata ibu kandungku.

"Dan yang ini" Sambil menunjuk ke arah seseorang daripada salah satu daripada maid-maid tersebut.

"Saya Sofie, saya merupakan maid persendirian untuk princess Lucia. Dan sedia berkhidmat hanya untuk Princess Lucia." Dia memperkenalkan dirinya sebagai personal maid kepadaku.

'Princess Lucia?' Telingaku masih belum terbiasa untuk mendengar ayat tersebut, terasa pelik pula apabila didengari.

"Mama akan tinggalkan kamu dengan maid ini." Katanya.

"Dan Sofie, bawa princess Lucia ke bawa untuk sarapan selepas siap dengan semuanya." Katanya sebelum mula mengatur langkah untuk beredar dari bilikku dan mungkin terus melakukan kerjanya sendiri.

Kini, tinggallah aku dengan maid-maid  yang berada di sini.

Dari pengiraanku semua maid-maid yang ada disini terdapat 6 orang sahaja termasuk maid yang bernama Sofie tersebut.

"Princess Lucia, sila ikut saya untuk membersihkan diri." Kata maid yang bernama Sofie itu.

Dari segi penampilannya dari maid yang lain,  rasanya dialah ketua di sini.

Aku pula hanya mengikut atur langkah kakinya kerana aku bukannya tahu sangat pasal bilikku sendiri.

Kami kini berada di hadapan pintu yang Agak besar yang berada tidak jauh dari tempatku tidur.

'Ah~ mungkin di sini bilik mandi' Aku hanya menduga keberadaan bilik mandi itu.

Sedikit demi sedikit pintu dua tombol itu dibuka.

'O. M. G.!!' Teriakku di dalam hati apabila melihat keindahan bilik mandi ini.

Tempat ini benar-benar membuatkan aku sangat terkejut.

Belum lagi aku melangkah keluar dari bilik ini pun sudah terkejut beruk apatah lagi belum melihat perkara-perkara di luar bilik.

Pasti pelbagai perkara lagi yang mampu membuatkan aku terpesona.

Bilik mandi tersangatlah luas, dihiasi dengan pelbagai hiasan dari atas hinggalah ke bawah dan dari sisi ke sisi.

Warna bagaikan emas berada di mana-mana. Meski air pancuran yang turun ke tub gergasi pun terlihat bagai warna gold!

And just one word!

Wow!!

★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆

Jeng!!

Jeng!!!

Jeng!!!!

I'm BACK!!!  (tho.. 😂)

Dah 3 tahun x muncul.. Baru skrg nak muncul..😀 dri thun 2014 menghilangkan diri dan thun 2017 dtg kmbli.. Kahkahkah..

Lps ni x tw bila nak muncul lgi.. Ni pun update crta sbb ksian dgn wattpad.. 😎

Bagi readers yg stia mnnti tu tnx alot..  Sya hargai sgt2..😭😘

Bila rajin lgi utk mnaip, sya akn smbung bab crita yg lain pula..😆

4now, just enjoy.. K? Guys?😌

Jgn lupa↯
#vote
#comment
#follow
#share

From me:
☆happy_go_lucky99☆

✔2017
{716 Words}

Cerita HidupkuWhere stories live. Discover now