Bab 4

101 10 0
                                    

✘Home Sweet Home✘

Akhirnya sampai juga aku ke rumah dengan selamat. Aku membuka kasutku lalu menyimpannya di rak kasut dan stesen berikutnya ialah bilikku.

Sampai di bilikku, aku terus baring ke atas katil lalu aku memeluk salah satu anak patung yang berada di atas katilku itu.

dan entah dari mana, mindaku mengingati kembali kejadian yang telah berlaku hari ini.

'haish~ apa nak jadi ngan aku ni? dalam banyak-banyak situasi, kenapa situasi itu juga yang aku dapat? Buat malu aku ja. Tapi...betul ke apa yang aku dengar hari ni? kah~, aku yang ada masalah pendengaran? tapi aku rasa memang ada seseorang yang memanggil namaku tadi.' Aku masih memikirkan kejadian hari ini.

Aku terberhenti di situ apabila mataku terasa amat berat dan tertutup secara sendirinya.

____________________________________________________________________

*Keesokan harinya*

Aku membuka mataku setelah entah beberapa lamaku sudahku tutup.

'Haish~ kenapalah awal sangat kau datang ni pagi?' Soalku dalam hati dengan nada yang tidak berpuas hati dengan kehadiran pagi ini.

Aku macam malas pula untuk hadir ke sekolah hari ini.

Tapi apapun aku segera bangun dari katilku dengan malasnya dan terus menuju ke bilik air untuk mandi dan bersedia untuk pergi ke sekolah.

____________________________________________________________________

*Di Sekolah*

Aku menuju ke kelasku dan mendapati kawan-kawanku menuju ke arahku.

"Pagi Lucia, kau ok tak ni? kalau kau masih sakit tak payah lah kau hadir ke sekolah" Kata Mira dengan nada risau.

"Betul tu, kalau kau masih tak cukup sihat, bagus duduk diam kat rumah. Nanti bertambah buruk pula keadaan kau kalau kau ke sekolah" Kata Nella pula.

"Kamu tak payah risau lah, aku ok lah." jawabku ringkas agar dua orang kawan aku ni tahu yang aku ok.

'Sebenarnya memang hari ni aku bercadang tak nak hadir pun, tapi pelajaran itu kan lebih penting jadi terpaksalah hadir ke sekolah' Kataku sendiri seolah-olah menjadi pelajar yang baik.

dan betapa beruntungnya juga aku memiliki kawan yang kisah tentang keadaanku.

Dengan itu aku dan kawan-kawanku pergi ke kelas bersama-sama.

*5 jam kemudian*

Akhirnya tamat juga masa persekolahan untuk minggu ini. Entah kenapa, sejak dari pagi lagi aku tidak dapat menumpuhkan perhatian semasa cikgu mengajar di kelas. Hanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.

Apa yang mengujakan ialah besok aku akan menyambut ulang tahun yang keenam belas kalinya. Tak sabarnya..

dan ayah kata dia nak temukan aku dengan seseorang esok hati setelah habis menyambut ulang tahun ke enam belasku ini.

dan agak-agaknya lah, siapalah orang itu ya...?

____________________________________________________________________

*Esoknya*

Nasib baik hari ni cuti, bolehlah aku sambut hari jadiku dengan aman dan damai. hehe..

Dari tadi juga aku masih tertanya-tanya siapa yang aku akan bertemu denganku.

Tapi aku hanya melupakan ia untuk seketika kerana hari ni merupakan hari bahagia buat diriku.

Orang yang pertama yang mengucapakan happy birthday dekat aku tak lain dan tak bukan ayah dan ibuku yang tercinta.

Selepas itu barulah dua orang kawanku yang sentiasa ada bila aku memerlukan.

Sambutan ulang tahunku yang ke enam belas tidaklah semeriah mana pun.

Tapi hanya dengan kehadiran kawan-kawan, saudara mara yang lain ia sudah cukup untuk memeriahkan suasana di sini.

______________________________________________________________

Akhirnya selesai juga sambutan ulang tahunku yang ke enam belas kalinya.

Seperti yang telah diberitahu oleh ayah yang selesai sambutan ini, ayah nak temukan aku dengan seseorang.

Dengan itu, aku bergerak menuju ke tempat yang telah dijanjikan..

Setelah sampai ke tempat yang telah dijanjikan, aku kepelikkan.

'Siapa mereka?' Soalan pertama yang aku tujukan kepada diriku sendiri.

♚♔♚♔♚♔♚♔♚♔♚♔♚♔

akhirnya trupdate jg bab untk crita ni stelah berjuta thun tak diupdate...haha... papun kejadian ni crita just enjoy je lah... k... :)

♔happy_go_lucky♔

✔{591 Words} 4now...

Cerita HidupkuWhere stories live. Discover now