Hampir seminggu berlalu sejak aku ceritakan kepada Zinnirah tentang luahan hati aku pada Muzakkir. Seminggu ini dipenuhi dengan percubaan aku bersikap ceria seperti biasa di hadapan Zinnirah.
Ia juga dipenuhi percubaan Zinnirah menceriakan hari aku. Hakikatnya, tanpa dia cuba sekali pun, adanya dia dalam hidup aku dah cukup untuk membuatkan aku merasa gembira.
"Kau dah nak bertunang, Irah? Siapa bakal tunang kau tu? Excited-nya aku, kawan baik aku dah nak jadi isteri orang!" Zinnirah tersipu malu mendengar kata-kata aku.
Suasana kecoh di kafe saat ini sebagai bunyi latar belakang menambahkan lagi kemeriahan borak kosong kami pada waktu tengah hari yang panas tiada belas ini.
Walau nampak tenang, aku sebenarnya masih terkejut dengan pengumumannya yang tiba-tiba ini. "Malulah kau cakap macam tu, Embun. Nanti hari majlis tunang aku, kau tahulah siapa dia."
Senyumannya masih mekar dan ia menjangkiti aku. Jujur ikhlas dari hati, aku sangat gembira kerana Zinnirah sudah bertemu jodohnya dan direstui pula oleh kedua ibu bapanya.
Aku menyambung makan memenuhi kehendak perut yang kelaparan sebelum aku bertanya lagi tentang tunangnya. "Ceritalah sikit, weih. Bakal tunang kau tu macam mana orangnya? Belajar ke dah kerja? Handsome tak?" Kami berdua gelak serentak pada soalan terakhir aku
Kami sama-sama tahu yang Zinnirah tidak mementingkan rupa langsung dalam bab memilih pasangan hidup. Dalam gelak tawa dan senyum kami, jauh dalam hati aku terasa seperti ada sesuatu yang tak kena pada Zinnirah.
Tapi apa, ya?
Aku cuba memerhati dengan lebih tajam lagi. Hasil pemerhatian aku pasti kedengaran kurang waras pada telinga umum, tapi aku rasa macam senyuman Zinnirah dan gelak tawanya tak sampai ke mata.
Bercakap tentang mata, sewaktu perbualan kami berlaku saat ini, kurang hubung pandang yang berlaku. Ini sesuatu yang ganjil untuk Zinnirah berbanding kebiasaan dia.
Aku akas tumpuan aku kembali pada apa yang Zinnirah sedang ceritakan dan aku cuba singkirkan hasil pemerhatian aku tadi dari fikiran. Walau ada secebis kecil ketidakselesaan dalam hati aku, sedaya mungkin ia aku cuba padamkan. Kemungkinan besarnya aku yang terlebih menganalisis perwatakan Zinnirah hari ini.
Ya, aku yakin aku yang terlebih berfikir ni.
Beberapa hari telah berlalu sejak Zinnirah memberitahu aku tentang bakal tunangnya. Aku sangatlah bersyukur kerana Zinnirah bukan sejenis yang kerap bercerita tentang pertunangannya nanti.
Satu lagi nikmat Tuhan yang tak akan aku dustakan ialah, Zinnirah sangat jarang hendak membangkitkan tentang lelaki yang bakal menjadi tunangnya secara rawak dalam perbualan harian kami.
Minggu ulangkaji berikutnya mungkin juga menjadi salah satu sebab Zinnirah begitu jarang sekali berkongsi cerita dengan aku tentang bakal tunangannya. Yalah, minggu penting macam ni, sepenuh perhatian perlu diberi pada pembelajaran dan peperiksaan yang menyusul, bukan?
Waktu genting sebegini, biasanya aku dan Zinnirah akan jarang berjumpa dan berborak, walaupun melalui Whatsapp.
Kesibukan mengulangkaji tak menyempatkan aku untuk terus meratapi nasib diri dek kisah cinta aku yang tak sempat nak bermula pun. Tekanan peperiksaan memang boleh membunuh kadang-kadang aku rasakan!
Syukur aku ada iman di dalam dada, ia membantu aku mengharungi setiap saat. Daripada aspek hidup aku, dan juga aspek pendidikan.
Penat belajar membuatkan aku mengambil keputusan untuk berehat sebentar. Kepuasan yang aku rasakan apabila aku dapat memahami bab yang sukar ini sangatlah menggembirakan untuk aku.
Kegembiraan ini membuatkan fikiran aku lebih optimistik tentang setiap satu permasalahan yang menghantui minda aku, terutama tentang Muzakkir. "Mesti ada hikmahnya kenapa aku kena reject mentah-mentah dengan Muzakkir."
❀ ❀ ❀ ❀ ❀
YOU ARE READING
insecure (sudah terbit)
ChickLitEmbun yang hambar memang tiada tanding dengan kawan baiknya sendiri, Zinnirah. Embun terlalu biasa, tiada perisa. Namun, walau puluhan kelebihan yang dimiliki Zinnirah dan tidak dapat Embun tandingi, mereka berdua tetap kawan baik. Harga yang perlu...