Hujan sudah pun turun renyai-renyai. Cuaca menjadi semakin dingin. Suasana malam kelihatan semakin suram. Restoran mamak dan kedai kopitiam juga lengang daripada biasa. Tidak ramai orang yang suka keluar pada waktu begini. Kebanyakannya mungkin lebih suka duduk bermalasan di dalam rumah sahaja.
Jika ada pilihan. Hara juga mahu segera berada dibawah selimutnya. Paling tidak duduk di hadapan komputer, membuat kerja sambil mengenakan satu mug air coklat panas. Namun apakan daya, takdir seakan-akan mengikat dia bersama pemuda di sebelahnya. Buat kedua kalinya dia terperangkap di dalam kereta ini. Kerana hujan yang sudah mulai menitis tadi. Pemuda itu dengan selamba, telah mengangkut basikalnya ke dalam bonet.
"Eh, awak nak buat apa tu?" soal Hara risau.
"Masuk dalam kereta." arah pemuda itu.
"Kita Kita selesai kat sini ajelah," rayu Hara.
"Dahlah buat kereta aku kemik. Sekarang, nak suruh aku berhujan pulak? kau siapa?" Suara pemuda itu mula meninggi.
Tergamam mendengarkan nada suara itu, Hara tidak ada pilihan. Memang dia yang bersalah kali ini. Salah yang lebih besar. Biarpun dari mata kasar ia adalah kemalangan, tetapi jika dia lebih berhati-hati tadi, Insya-Allah dia sudah sampai rumah dengan selamat.
Dengan teragak-agak, dia masuk ke dalam kereta itu dan duduk di sebelah tempat pemandu.
Pemuda itu lantas memecut keretanya dengan laju.
Dia ni memang racer ke? Drive mesti macam nak drift. Hati Hara terdetik.
Mereka kini berhenti dan menumpang di bawah bumbung stesen minyak berdekatan. Basikal Hara masih berada di dalam bonet kereta yang tidak dapat ditutup itu.
"Aku tanya ni, macam mana kau nak bayar?” soal pemuda itu. Itu adalah pertanyaanya yang kedua kalinуа.
"Saya... saya betul mintak maaf. Saya tak sengaja..." Hara membalas perlahan.
"Huh!"
Hara tunduk memandang sampul surat besar berisi tugasannya yang sudah koyak rabak dan kotor. Sebahagian isi di dalamnya yang bertaburan tadi juga sudah kotor dan lembap. Jari-jemarinya yang masih menggeletar itu menguis-nguis hujung sampul surat itu.
"Saya tak mungkin mampu bayar awak sekarang. Saya... "Hara mati ayat.
"Habis tu, sekarang macam mana?" Suara pemuda itu agak keras.
"Saya.. saya... "Suara Hara bergetar. Dalam keadaan begini, apalah yang dapat dilakukan oleh gadis yang malang sepertinya. Tidak mungkin dia dapat membayar pemuda itu. Tidak ada sesiapa juga
yang boleh dia meminta tolong untuk menjelaskan bagi pihak dirinya.Abah, tolong Hara... serunya dalam hati. Namun kenyataannya, orang yang diseru itu, tidak mungkin lagi akan dapat menolongnya. Masa sudah berubah, keadaan juga sudah lama tidak sama.
Perasaan gementar, bersalah dan juga sebak kini bercampur baur. Tanpa dapat dikawal, air matanya mula menitis laju. Hara cuba sedaya upaya menyapu air matanya sambil memandang ke arah luar. Namun
sendunya tidak mungkin dapat disembunyikan."Tolonglah jangan nangis," tegas pemuda itu.
"Hisy!" degus Hara.
Pemuda itu menyandarkan badannya ke tempat menyandar dengan agak kasar. Buku limanya digenggam rapat lalu stereng kereta menjadi mangsa yang tidak berdosa. Ternyata dia memang tidak suka melihat
perempuan menangis di hadapannya.Suasana di dalam kereta itu menjadi hening seketika. Di luar sana hujan yang turun masih lagi lebat. "Saya akan cuba bayar awak. Tapi..." Hara kembali bersuara. Suaranya masih kedengaran bergetar.
YOU ARE READING
AKU SUKA DIA!
Romancehanya gara-gara telefon bimbit yang selamat terjun mencium lantai, Hara dan Ian Zachry sedar akan kewujudan masing-masing. Hubungan yang asalnya sekadar hanya kena raut wajah, mula bertukar mesra gara-gara Ian Zachry kononnya sengaja mahu menjadikan...