-6-

7 2 0
                                    

Seperti yang telah dijanjikan, hari ini Hara bakal memulakan tugasnya sebagai pembantu peribadi kepada lan Zachry. Mereka bertemu
di blok paling hujung dan paling belakang di kolej. Tidak ramai yang berada di kawasan ini pada waktu petang begini.

   "Bos," panggil Hara.

   Nyata tidak dapat menahan rasa lucu dan seronok, Ian Zachry tersengih apabila mendengarkan Hara memanggilnya begitu. Ian Zachry meyediakan pembersih hampagas bergerak bagi memudahkan Hara membersihkan kereta miliknya.

   "Make sure... Bersih," pesan lan Zachry.

   "Yes, boss," balas Hara.

   Ian Zachry tersengih sekali lagi. Suka benar nampaknya dia apabila dipanggil begitu oleh gadis suruhannya itu.

   "Sukalah tu," desis Hara sendiri. Sempat juga dia menjeling ke arah bosnya. Pemuda itu sedang duduk di meja dan bangku kayu yang berdekatan sambil memerhati dia membuat kerja-kerja pembersihan.

   Tiba-tiba Hara terbatuk. Habuk yang terlekat pada alas kaki tempat penumpang di sebelah pemandu itu menusuk masuk ke hidungnya apabila dikibas-kibas. Sebelum itu, dia juga dapati tempat duduk yang satu itu lebih kotor daripada yang lain.

   "Dah berapa lama awak tak cuci kereta ni?” soal Hara.

   Ian Zachry segera merenung Hara tajam.

   "Aku ni taklah pengotor mana. But, thanks to someone... Bawak kuman-kuman tu masuk kereta tu," ujar lan Zachry.

   "Siapa?” soal Hara. Tanganya masih sibuk dengan kerja-kerjanya itu.

   “Apa kata kau tanya diri kau sendiri," sindir Ian Zachry.

   "Apasal pulak kena tanya saya?”

   "Tempat tu, kau yang last duduk. Estet mana kau pergi sebelum masuk kereta malam tu?" soal lan Zachry sinis.

   Hara terus terdiam. Kejadian pada malam kemalangan itu segera terbayang. Apabila jatuh dari basikal, dia telah memijak tanah di atas pembahagi jalan. Tanah yang sedikit berlumpur kerana beberapa hari ditimpa hujan. Ketika masuk ke kereta ini, dia sikit pun tidak mengesat tapak kasutnya kerana tidak perasan yang ia begitu kotor. Kasut itu pula, dia tidak lagi memakainya selepas malam kemalangan itu. Sama seperti basikalnya yang masih tersadai di luar rumah sewanya. Seolah-olah mahu melupakan seketika kejadian kemalangan itu. Lagipun, dia belum ada duit lebih untuk membaiki basikal yang rosak tersebut.

   "Ops! Sorry... " Hara termalu sendiri.

   Ian Zachry hanya menjeling.

   "Kotor yang kat seat tu, mesti kesan aku duduk kat situ. Patutlah ada pasir jalan," bisik Hara sendirian.

   "Malunya." Rasa segan menerjah diri Hara.

   Selepas selesai memvakum, Hara mengeluarkan beberapa kain buruk dari dalam begnya. Kain buruk yang berupa cebisan dari baju lama miliknya itu, memang dibawa khas sebagai persediaan.

   Dari segi pakaian dirinya pula, Hara tidak risau sangat. Memang selama ini dia sentiasa memakai jean longgar dan juga kemeja lengan panjang yang besar.

   Jadi, dia tidak akan menjadi seperti gadis pencuci kereta lain yang seksi.

   "Wau! Bawak sendiri kain lap? Bagus!" puji Ian Zachry.

   Hara hanya melirik bangga.

   "Saya nak pergi toilet, nak basahkan kain-kain ni." ujar Hara.

   "Okey, bos akan tunggu kat sini," balas Ian Zachry dengan ceria.

   "Hehehe..." Hara tergelak dengan gurauan lan Zachry.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 17, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

AKU SUKA DIA!Where stories live. Discover now