"Hara tak nak join?” Teman sekelas Hara bertanya.
"No, thanks," balas Hara sambil tersenyum.
“Diet tak habis-habis kau ni."
Hara hanya tersenyum. Apabila teman-teman lain bergegas untuk menuju ke kafeteria atau keluar makan tengah hari di luar, dia hanya mampu memandang sahaja. Perbelanjaan makan minum di kolej ini agak mahal. Sesuai dengan statusnya sebagai kolej yang berprestij. Jika dia berjimat, duit untuk sekali makan disini, dia boleh makan beberapa hari dengan masak sendiri.
"Tak apalah aku masak tak sedap pun, janji perut boleh juga kenyang berhari-hari.” Itulah moto hidup Hara apabila dia teringin makan makanan yang sedap di kafe kolej.
Mungkin sebab itu jugalah dia tidak mempunyai teman yang benar-benar rapat dengannya. Dia tiada masa untuk melepak bersama mereka.
"Hang out kena keluar duit jugak. Kena beli air, paling kurang."
Sedangkan dia sentiasa membawa bekal air kosong dalam beg galasnya.
"Belum lagi kalau dia orang suruh aku belanja."
Ternyata dia harus berfikir beberapa langkah kehadapan bagi mengelakkan dia terperangkap dengan keadaan. Bukan dia tidak teringin untuk bersama teman-temannya itu. Tetapi dia sedar akan kekurangan yang ada pada dirinya. Keadaan kewangannya membataskan pergaulannya dengan teman-teman yang merupakan anak orang senang itu.
"Baik aku guna masa tu buat kerja part-time."
Maka jika tidak ada menelaah atau menyiapkan kerja yang diberikan oleh para pensyarah, dia akan menghadap komputernya. Tugasan yang diberikan oleh majikannya akan cuba disiapkan dengan seberapa
segera.Di dalam perpustakaan, dia duduk di tempat kegemarannya. Memandangkan dia tidak ada sebarang tugasan daripada pensyarahnya, dia sedikit lega.
"Nasib baik assignment Miss Kay aku dah settle. Kalau tak lagi naya. Dahlah hari tu ponteng kelas dia,"keluh Hara.
Tiba-tiba dia teringat akan pemuda yang memiliki nama lan Zachry. Hatinya menjadi berdebar-debar semula. Perasaan risau dan takut kembali menghantuinya.
"Ini nombor dan nama saya. Call saya esok. Kita akan tahu cara awak boleh bayar ganti rugi."
Kata-kata pemuda itu semalam tidak pernah dilupakannya. Cuma dia buat-buat tidak ingat dan ingin bertangguh sehingga malam ini.
"Lupa dulu pasal dia. Malam ni baru face problem tu janji aku kena call dia sebelum pukul 12.00 tengah malam. Pukul 11.59 malam nanti pun, masih kira harini lagi."
Lalu dengan tenang, tangannya mula membuka begnya. Komputer riba buruk miliknya berserta sebahagian daripada tugasan oleh majikannya dikeluarkan
Puh. Dia menghembuskan nafas panjang. Mengambil semangat untuk memulakan tugas demi mencari rezeki yang halal
Hari sudah agak lewat malam. Badan Hara terasa sakit dan lenguh. Matanya juga mulai pedih semacam. Maklumlah, dari selepas waktu maghrib hingga sekarang dia duduk menghadap komputer. Cuba menyelesaikan seberapa banyak tugasan oleh majikannya.
"Pukul berapa ni?" Hara melihat jam di komputer.
Kemudian jam tangannya bagi memastikan lagi.
"Masanya dah tiba..."
Sambil bersikap tenang, Hara mengambil telefon bimbit buruknya lalu keluar ke bahagian ruang tamu. Dia tidak mahu perbualannya nanti didengari oleh rakan sebiliknya yang sudah tidur itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
AKU SUKA DIA!
Romancehanya gara-gara telefon bimbit yang selamat terjun mencium lantai, Hara dan Ian Zachry sedar akan kewujudan masing-masing. Hubungan yang asalnya sekadar hanya kena raut wajah, mula bertukar mesra gara-gara Ian Zachry kononnya sengaja mahu menjadikan...