Sebaik Ian Zachry memasuki rumah, semua penghuni rumahnya sudah masuk tidur. Secara automatik, dia kembali teringat akan kejadian petang tadi. Pertengkaran yang kini membuatkan hatinya kembali panas.
"Ha!"
Ideanya datang lagi.
"Hara... Hara..."
Kemudian satu senyuman nakal terukir pada bibirnya.
"Hara, kau terpaksa aku jadikan mangsa sekali lagi. Sorry."
Senyuman Ian Zachry makin melebar.
Perselisihan faham yang telah berlaku di antara dirinya dan juga keluarganya pada malam itu, telah membawa kepada pertengkaran. Bagaimanapun itu bukanlah perkara baharu bagi keluarga mereka. Kerana tidak mahu terus berada di situ, dia antas melangkah keluar dari rumah besar keluarganya itu.
"Ian!"
Namun dia sudah tidak peduli lagi Enjin keretanya terus dihidupkan lalu pedal minyak terus ditekan. Keretanya memecut laju keluar dari kawasan kediaman mewah itu.
"Argh!" jerit lan Zachry. Cuba untuk melepaskan perasaan kecewanya.
Bunyi musik yang berdetum dari stereonya jelas kedengaran hingga ke luar kereta. Perasaan kecewa dan marahnya belum reda Wajahnya yang serius itu menggambarkan gelora di dalam dadanya.
"Argh!" jeritnya lagi.
Jika ada orang ajak bertumbuk ketika ini,dia pasti tidak akan menolak. Malah mungkin dia akan merasa gembira. Dia memerlukan seseorang atau sesuatu untuk dijadikan korban sebagai punching bag.
Setakat ini hanya keretanya yang menjadi mangsa.Kereta jenis BMW itu terus dipandu dengan laju tanpa sebarang arah tujuan. Malah dia kurang pasti di manakah dia sedang berada. Atau bagaimana dia boleh sampai ke situ. Yang pasti dia tidak mempunyai seorang kawan yang tinggal di kawasan ini. Kawasan yang ber
hampiran dengan kolejnya.Akhirnya di hujung perjalanan itu, dia telah hampir-hampir membahayakan nyawanya sendiri dan juga seseorang. Kerana tidak fokus semasa memandu telah membuatkan dia lambat sedar akan kewujudan bahaya dihadapan.
Ian Zachry terkejut. Brek kereta ditekan mengejut. Seakan-akan dikejutkan daripada mimpi, dia telah mencuba sedaya upaya untuk mengelak sesuatu yang berada di atas jalan raya itu. Kecekapannya mengawal kereta berjaya mengelakkan keretanya berpusing-pusing atau terbalik.
Keretanya berhenti selepas memberi ciuman ringan kepada pembahagi jalan. Rasa bersyukur kerana terselamat membuatkan dia terlupa akan api kemarahannya tadi. Setelah menjenguk sebentar ke bahagian hadapan keretanya, dia segera pergi mendapatkan
gadis itu.Tanpa diduga, dia hampir melanggar gadis yang sama telah menyinggung dan menggores egonya sebagai seorang kasanova tempoh hari. Pertemuan yang berlaku dalam keadaan yang agak pelik. Pelik kerana dia telah memperdayakan gadis itu sehingga terpaksa mengikutnya ke hospital. Lebih pelik kerana dia sendiri tidak pasti mengapa dirinya boleh bertindak sedemikian rupa. Apa-apa pun, peristiwa itu telah terjadi dan kini menjadi sejarah. Hujung pertemuan mereka yang lepas itu terbayang di ingatannya.
"Tak nak tahu nama aku ke?" soal Ian Zachry. Dia merasa hairan kerana gadis itu langsung tidak bertanya tentang namanya. Berbeza dengan gadis-gadis lain. Gadis yang sudah hendak melangkah, segera berpaling semula.
"Pe... perlu ke?" soal gadis itu kembali.
Soalan gadis itu ternyata menghangatkan hatinya secara tiba-tiba.
Titisan hujan yang mula mengenai lengannya membawa dia kembali semula kepada kenyataan. Kenyataan yang dia hampir melanggar gadis itu.
"Dia ni lagi," desis hatinya.
Gadis itu kelihatan gementar sekali. Biarpun sedar yang dirinya turut bersalah kerana memandu laju dikawasan sebegitu, namun apabila melihat gadis tidak berdaya melawan itu, dia telah mengambil ke
sempatan dengan sewenang-wenangnya."Ian, teruk betul kau ni," kutuknya sendiri.
Seperti orang yang sakit dihulurkan ubat, dia mendapat idea nakal. Gadis itu akan dijadikan mangsa keadaan.
Too bad. Kau muncul depan aku salah masa. Dan sekarang kau bakal jadi punching bag aku, bisik hati lan Zachry.
Secara paksa, dia menahan gadis itu bersamanya, biarpun pada awalnya dia sendiri terkejut dengan apa yang sedang dia lakukan.
"Kau gila, Ian. Habis tu sekarang apa?" soal dirinya sendiri.
Just wait and see, balas satu lagi suara dalam dirinya.
Kalau nak ambil kesempatan melepaskan marah, boleh saja dia menjerit dan menengking gadis itu disitu. Tidak perlulah dia bersusah payah. Malah terpaksa pula mengangkat dan mengangkut basikal milik gadis itu bersama.
Mahu kata dia perlukan teman bercakap buat sementara, boleh saja sebenarnya dia mencari kawan-kawannya itu. Lebih-lebih lagi sekarang mereka mungkin sedang berada di kelab bersama gadis-gadis jelita.
"Kenapa aku mesti buang masa dengan perempuan ni? Perempuan yang hmm... Not my taste."
Namun anehnya, fikiran dan kelakuannya tidak sehaluan. Biar tidak logik sekalipun, dia merasa gembira dan puas melakukannya. Bagaimanapun, selepas beberapa lama mendera mental gadis itu, perasaannya tidak seseronok seperti yang dibayangkan sebelum ini. Malah dia mula berasa bersalah pula.
Agak lama juga dia terpaksa mengambil masa untuk menjernihkan fikirannya. Bagi memikirkan apa yang patut dilakukan selepas ini.
"Apa kau buat ni, Ian?"
"Itulah, kalau kau blah awal-awal tadi, tak adalah perkara ni melarat sampai sekarang."
"Now what?"
Ian Zachry terus berdialog sendirian. Ketika itu dia meninggalkan gadis itu berseorangan di dalam keretanya. Manakala dirinya pula, asyik berdiri duduk di bahagian belakang bangunan kedai serbaneka stesen minyak itu.
"Alang-alang dah berlakon suruh dia bayar, takkan tiba-tiba nak kata tak payah bayar pulak. Macam senang benar aku ni.\
"Tapi..."
"Betul ke air mata dia tadi? Ke berlakon macam aku jugak?
"Tapi suara dengan tangan dia real punya menggeletar tadi."
"Tangan dia... Luka-luka."
Sesi berbahas bersendiriannya masih berjalan ditepi dinding yang agak malap cahayanya itu. Nasib baik orang tidak ramai yang lalu di situ. Maklumlah cuaca sejuk macam sekarang ini. Kalau tidak, pasti orang akan memandangnya dengan pelik.
"Kalau orang tengok, mesti kata aku gila duk kat sini hujan-hujan ni. Nak kata merokok, aku tak hisap rokok."
Dia sememangnya sedang duduk bangun dalam gelap itu seorang-seorang. Tanpa berbuat apa-apa. Hanya berfikir, duduk, bangun dan mengeluh. Seolah-olah masalahnya itu masalah besar sangat-sangat.
"Ha!"
Ideanya sudah datang. Kini dia melangkah ke kereta dengan senyuman. Sebelum itu dia masuk ke dalam kedai itu untuk membeli beberapa barang. Sebaik menjumpai barang yang dicari, lan Zachry terus mendapatkan keretanya. Dia terus menekan pedal minyak untuk menghantar gadis di sebelahnya.
Sebaik sahaja menghantar gadis itu pulang dengan selamat, Ian Zachry terus memandu untuk pulang ke rumahnya. Tetapi keadaan dan cara pemanduannya kini berlainan sekali dengan cara pemanduannya sebelum bertemu dengan gadis itu tadi. Tadi dia asyik memecut dengan lajunya, kini sebaliknya pula.
Fikirannya melayang mengingati gadis bernama Hara itu. Tanpa sedar dia membawa kereta ala-ala orang yang sedang berdating.
YOU ARE READING
AKU SUKA DIA!
Romancehanya gara-gara telefon bimbit yang selamat terjun mencium lantai, Hara dan Ian Zachry sedar akan kewujudan masing-masing. Hubungan yang asalnya sekadar hanya kena raut wajah, mula bertukar mesra gara-gara Ian Zachry kononnya sengaja mahu menjadikan...