Orientasi 3

509 26 0
                                    

Hari menjelang pagi, kebanyakan pelajar telah bangun dari tidurnya dan bersiap-siap untuk aktiviti pada hari ini. Aktiviti hari ni mereka akan berlajar cara hendak buat rakit dan berakit. Selain itu, terdapat beberapa aktiviti lasak jugak yang akan diadakan. Tujuan aktiviti ini adalah untuk menguji mental dan fizikal yang kuat dalam diri setiap pelajar.

Hairey P.O.V

Bangun!! bangun!! bangun!!

Kedengaran suara Julia dan Izz sedang kejut beberapa budak junior yang masih lagi tidur. Aku yang sedang lena tidur dibuai mimpi yang indah terjaga dari lena. Melihat Julia dan Izz yang sedang gerak pelajar lain aku pun apa lagi. Tarik selimut dan sambung tidur semula. 

Tiba-tiba... ada suara yang lembut meminta aku bangun.

"Awak bangun. Bangun awak. Nanti kak Julia marah saya kalau awak tak bangun lagi"   Disebalik celah-celah mataku yang masih mamai itu aku cuba melihat ke arah suara yang mengejutkan aku . C-cantiknya .Eh ,jap !!!!

Seakan ada elektrik yang terus merenjat aku dan tubuhku terus terbangun dari pembaringan. Mataku ditenyeh kasar agar apa yang aku lihat ini adalah benar .

D-dia depan aku .Kenapa dia ada kat sini ?!

Ah ,hilang macho aku bila dia nampak muka aku yang baru bangun tidur ni. Dia pula tetiba sahaja ketawa kecil dan pastinya aku hairan.  Apa yang aku semakin hairan apabila tangannya meletakkan diatas kepalaku . "Comella awak ni .Bangunlah ,siap"

EH ?

 Mataku terkebil-kebil sebentar dan tanpa sedar dia telah berlalu pergi setelah mengusap rambutku yang agak serabai ini .B-betul ke apa dia buat tadi tu realiti ?D-dia usap kepala aku ?!

'Comellah awak ni .'

OOUHHH GOSHHH !Aku menampar sedikit pipiku .Auch ,sakit .Come on Hairey!! Kenapa kau macam ni kenapa ! Aku berkata dalam hati. Dahlah baik aku pergi mandi kalau aku melayan fikiran aku mau sampai esok pun aku takkan mandi.

-

Semua pelajar diminta berkumpul dan duduk dalam kumpulan selepas makan.  Apabila semua telah bersedia, mereka akan berjalan menuju ke tepi pantai untuk aktiviti pada pagi ini iaitu memasang rakit dan berakit di tengah laut. Selepas selesai taklimat diberikan, kumpulan akan bergabung menjadikan 5 kumpulan daripada 10. Untuk aktiviti kali ini kumpulan 8 bergabung dengan kumpulan 3. Jurulatih memberi arahan bahawa semua ahli kumpulan diberi masa 1jam untuk menyiapkan rakit masing-masing sebelum perlumbaan rakit dimulakan.

Dalam kesibukan pelajar menyiapkan rakit masing-masing, Hairey pula sibuk mencari kelibat gadis berambut ikal malangnya tidak ketemu.

Julia P.O.V

"Woiii.. kau kenapa?" tanya aku kepada sahabatku

"Takda apa-apa" balas Hairey

Aku semakin pelik dengan tingkah laku kawan aku ni. Tidak pernah aku milihat dia sebegini, bisik hati aku.

Aku pun memberi arahan dan tunjuk ajar cara memasang rakit dengan butul memandangkan Hairey masih dalam dilema tak tahu kenapa. 

"Weh Hairey kau menung apa tu? tolong lah budak-budak ni. Kau kan pakar bab bab ni," kata aku kepada Hairey.

Hairey hanya menurut tanpa berkata apa-apa. 

Author P.O.V

Selepas selesai memasang rakit mereka berkumpul dan Hairey akan memberi taklimat untuk merakit di ombak yang kuat supaya mereka dapat sampai dan balik dengan selamat. Hairey memintak mereka yang ada sakit seperti semput dan tidak boleh melakukan kerja berat untuk tidak menyertai perlumbaan rakit risau akan memudaratkan kesihatan. Untuk perlumbaan pertama kumpulan 8 akan pergi dahulu, apabila sampai ke pinggiran pantai kumpulan 3 pula akan mengambil alih untuk menyambung perlumbaan itu.

Semasa kumpulan 3 ingin melakuan pusingan U-turn apabila telah sampai ketengah, rakit mereka mengalami beberapa masalah. Tetapi mereka tidak berputus asa, mereka masih meneruskan sehingga ke garisan penamat. Hairey, Julia, Izz dan Min terus merasa kerisauan melihat rakit yang dinaiki oleh kumpulan 3 risau-risau ada yang mengalami kecederaan.

Tolongggg!!!!!!

Kedengaran salah sorang ahli kumpulan 3 telah terjatuh dalam laut. Pelajar tersebut tidak pandai berenang walaupun telam memakai jacket keselamatan. Hairey dan Izz berlari masuk kedalam laut untuk membantu pelajar yang sedang hanyut dibawak ombak. 

Hairey menjerit kepada Izz, "Izz kau bantu budak atas rakit untuk ketepi, kau selamatkan budak tu."

Izz hanya mengikut arahan yang diberi oleh Hairey. Hairey berenang sepantas kilat mendekati pelajar wanita yang lemas itu dan membawak budak itu ke tepi. Manakala Min dan Julia telah bersedia di darat untuk memberi bantuan seterusnya kepada pelajar tersebut. Kepantasan yang dilakukan oleh pelajar senior itu mendapat perhatian daripada pihat jurulatih dan pelajar senior dan junior yang lain.

Selepas aktiviti tamat, makan tengah hari telah dihidangkan untuk mereka menjamu selera. "Wey,Hairey " Izz menyiku-nyiku lengan Hairey yang sedang menikmati ayam goreng tersebut. "Pehal kau ni " Hairey memandangnya sekilas kemudian menyambung meratah ayam goreng tersebut .

"Ada budak lawa nak datang kat kita la wey ." Izz tersengih-sengih manakala Hairey masih tidak melayaninya .

"Hai "

"Hai ,beauties .Kenapa ni ?" soal Izz kepada mereka berdua yang baru saja tiba ditempatnya. Hairey yang dari tadi mendiamkan diri mula mengangkat mukanya sedikit.      Wajah seorang gadis itu terus menjadi perhatiannya. "Terima kasih tau  sebab dah selamatkan saya dengan group saya tadi " kata seorang gadis yang  telah menjadi mangsa lemas semasa berakit tadi . "Terima kasih juga dari saya sebab dah selamatkan adik kembar saya " kata gadis lagisatu ini pula sambil matanya tepat memandang Hairey . 

Hairey yang sedang menjamu selera itu mula tersedak selepas mendengar kenyataan dari mulut gadis tersebut . Kembar ? Tapi muka tak sama dan personaliti mereka terlalu berbeza .

"Nanti kalau ada apa-apa yang tak kena atau semput dimalam hari whatsapp saya ya, nanti saya bawakkan ubat" kata Izz kepada budak itu. Fikiran Hairey mula pelik, Izz kenal diorang ke ?. Hairey tidak mampu bertanya apa-apa namun terbit pelbagai persoalan didalam fikirannya.

Selesai makan, semua pelajar diminta berkumpul untuk melakukan lasak seterusnya. Malam ini tiada aktiviti untuk semua pelajar, mereka diminta untuk berehat dan bersiap-siap kerana esok mereka akan bergerak pulang ke kolej mereka semula.

Dimalam hari semasa semua sedang sibuk berborak sesama sendiri. Hairey hanya baring di atas tilam miliknya dan memikiran kejadian di dewan makan tadi. Adakah Izz mengenali mereka berdua. Siapa Izz untuk mereka berdua? Pelbagai pertanyaan mula bermain dalam fikiran Hairey sehingga menyebakan Hairey terlena sehingga pagi.

THE HEART THIEF (gxg)Where stories live. Discover now