"Bukan malam ni ke?", Julia pandang aku sambil tangan dia tengah kacau milo panas dalam mug atas meja kecil dekat pantry ni. Aku capai biskut dan makan sambil angkat bahu tanda tak tahu. Kita orang duduk dekat pantry je sebab malas nak keluar lunch.
"Tak tahu. Tak nak ambil tahu."
"Ish kau ni. Haris ada bagi e-card kat kau kan untuk majlis tu. Check la bila majlisnya.", Julia cakap dengan nada geram.
Malam ni, family Haris buat majlis pertunangan kakak dia. Dia jemput aku dan budak-budak office dua tiga orang. Semua orang macam semangat sangat nak pergi.
Yang aku bengangnya, nak jemput semua orang, tapi e-card dia bagi aku personally. Kenapa tak hantar dalam group je? Saja nak menyakitkan hati aku la tu.
Aku capai phone dan terus forwardkan e-card yang Haris bagi tu dekat group office. Biar semua orang boleh baca.
"Aku dah forward dekat group. Kau check sendiri.", aku buat tak nampak je Julia dok jeling aku dengan muka bengang dia tu. Makan biskut lagi best.
"Kau memang betul betul tak nak pergi ke ni? Apasal? Kau bagi aku satu alasan paling kukuh kenapa tak nak pergi?", mula dah Detektif Julia nak jadi polis pencen soal siasat macam macam.
"Malas.", aku jawab sepatah. Aku memang tengah malas sangat ni.
"Sebab malas je? Itu je alasan kau?", dia buat muka tak percaya.
"Tak la, bukan malas pergi. Malas nak bagi alasan kukuh dekat kau.", aku sengih dan terus bangun dengan mug aku. Baik aku lari sebelum kena marah lagi. Aku dengar suara Julia membebel lepas tu tapi aku terus pecut keluar dari pantry.
Sampai dekat tempat aku, ada memo elok tertampal dekat screen pc aku.
'Majlis malam ni jangan lupa. -H'
Hek eleh. Poyo je mamat ni dok H H dengan aku. Aku gumpal memo tu dan terus buang dekat tong sampah. Takda maknanya aku nak pergi. Memang takkan la!
Pukul 6 macam tu Julia dah datang menempel dekat meja aku, pujuk la kononnya. Nak jugak jugak aku ikut. Tak faham betul aku. Apasal la dia orang ni nak sangat aku pergi? Bukannya majlis tu tak jalan pun kalau tak ada aku. Yang nak bertunang tu kakak Haris, bukannya aku.
"Lily, awak pergi dengan siapa malam ni?", bos aku, Encik Hassan muncul entah dari mana, tiba tiba tanya aku masa aku tengah kemas meja nak balik. Julia kat tepi pun tengok aku. Saiful meja depan pun tengok aku. Apahal semua orang berminat sangat dengan kehadiran aku di majlis pertunangan kakak Haris ni?
"Saya tak pergi kot, encik. Takut majlis lambat habis. Malas nak balik sendiri japgi." ish, alasan ni tak kukuh la, Lily. Takda alasan lain ke kau boleh fikir? Geram jugak aku dengan tahap kebodohan diri sendiri ni.
"Haris hantarkan la. Julia pun ada. Jom la. Kita pergi ramai-ramai.", bos aku pujuk aku ke ni? Alamak, macam mana nak tolak ni?
"She's coming with me. Japgi saya jemput dia kat rumah. Balik pun saya hantar.", Haris tiba-tiba muncul dengan keputusan yang langsung tak mendapat persetujuan aku.
"Good. Jumpa sana terus la nanti. Haris send location hotel dekat saya, tau.", tak sempat aku nak membantah, Encik Hassan dah potong dan lepas tu semua orang macam meneruskan kehidupan dengan tenang walaupun tanpa jawapan dari aku.
Aku pandang Haris yang tengah pandang aku. Dia sengih tak bersalah sambil capai handbag aku dan sangkut dekat bahu dia.
"I rasa singa nak mengamuk la. Habis la you, Haris.", aku dengar Julia gelakkan Haris sambil dia orang jalan dulu, tinggalkan aku yang terkebil kebil dekat meja sendiri. Apalah nasib aku harini. Haih.
YOU ARE READING
Suatu Ketika
RomanceYang semalam, yang lepas, dan yang berlalu, bukan bererti selamanya. Jadi jangan pernah mahu untuk menjadi hamba masa lalumu.