Lepas dua jam menangis dalam kereta, aku masuk dalam rumah dan mandi. Mata aku ni tak payah cakap la. Memang tak serupa mata manusia dah.
Lepas siap mandi dan makan, aku duduk depan tv. Tak ada channel yang menarik pun. Aku check phone untuk tengok mana la tahu ada text dari Haris. Phone aku gelap. Tak ada battery dah.
Baru je nak bangun ambil charger, loceng rumah berbunyi. Haris ke? Cepat cepat aku bukak pintu rumah. Excited betul kalau Haris pujuk aku ni.
"Hi baby. Can I come in?"
Aku terkedu.
The woman was too stunned to speak.
Tak sempat aku jawab, manusia depan aku ni dah buka kasut dia dan masuk dalam rumah aku. "Kau nak apa?"
Ammar jalan straight ke ruang tamu dan duduk atas sofa. Dia pandang aku sambil senyum. "Rindu la baby. Baby tak rindu abang?"
"Keluar, Ammar. I don't want you here." Aku ketap bibir. Marah dan takut. This guy is crazy!
Ammar gelak bila aku suruh dia keluar. Dia tunduk dan hidu sofa aku. "Smells like you. Rindunya bau baby."
Air mata aku menitis. Otak aku ligat fikir macam mana dia tahu rumah aku? Apa aku patut buat ni? Nak lari keluar, aku pakai camisole dengan short pants je sekarang. Berdiri jelah eh dekat pintu ni. Selamat kot?
"Sini la baby duduk dekat abang. Rindu la nak peluk. Tak tahan ni.", Ammar gelak gelak. Aku masih lagi tercegat dekat pintu. Fuck this. Benda ni dah pernah jadi dulu. Aku dah pernah hadap, so I should've known better la apa yang patut aku buat. Tapi kenapa aku batu? Kenapa aku taktau nak buat apa? God, help me. Please help me.
"Sayang?", suara Haris panggil aku. Aku pandang Haris yang berdiri dekat corridor tengah pandang aku. Tuhan! Terima kasih tuhan!!
Tak fikir panjang, aku terus lari peluk Haris. Terima kasih Tuhan, kau hantarkan bantuan untuk aku!
Haris terpinga pinga. Mungkin sebab aku tiba tiba peluk dia sambil menangis. Ataupun mungkin sebab aku terlalu seksi di hadapan umum macam ni. "Kenapa ni?"
Aku geleng kepala dan nangis. Tak boleh nak cakap apa apa. Takut dan lega. Takut Haris salah faham sebab Ammar kat dalam rumah aku. Lega sebab Haris datang jadi kali ni kejadian dulu takkan berulang lagi!
"Shh shhh it's okay. It's okay. I'm here." Haris peluk aku. "Jom kita masuk."
"Tak nak!", aku tarik Haris menjauh dari rumah. Aku takut. Aku tak nak.
"Well well well. Ingatkan sapa yang ganggu plan aku tadi.", aku dengan Haris pandang Ammar yang berdiri dekat pintu rumah aku.
"Kau buat apa kat sini?", Haris tanya Ammar. Aku peluk Haris kuat kuat. Dalam hati berdoa suapaya situasi ni akan berakhir. Aku tak boleh nak deal dengan semua ni.
"Nak jumpa baby aku la. Rindu.", Ammar cakap sambil gelak gelak. Badan aku automatik menggeletar bila dengar dia gelak macam tu. Gelak dia ni la yang buat aku trauma!
Mungkin sebab rasa badan aku menggeletar, Haris peluk aku kejap. "She's mine. Bukan baby kau. Kau blah sekarang sebelum aku call polis!"
Ammar gelak lagi. Tapi dia keluar jugak dari rumah aku. Huh takut la tu!
"I'll be back baby. Next time kita seronok seronok okay."
With that, he's gone.
YOU ARE READING
Suatu Ketika
RomanceYang semalam, yang lepas, dan yang berlalu, bukan bererti selamanya. Jadi jangan pernah mahu untuk menjadi hamba masa lalumu.