"Kita kahwin nak?", Haris cakap lepas kita orang habis jogging dekat Titiwangsa. Aku yang tengah minum air terus tersembur. Dia gelak je tengok aku.
"You ajak I kahwin macam ajak gi Jaya Grocer eh? Banyak cantik muka you. Tak nak!", aku lempar botol air mineral dekat dia dan terus bangun.
Apa benda ajak kahwin macam tu je? Tak best langsung! Tak ada bunga bunga ke, balloon will you marry me ke. Tak romantic langsung. Ish geram!
"Okay. Nanti I ajak lagi. Sampai you cakap nak.", dia muncul kat sebelah aku tiba tiba. Aku jeling je. Selagi tak ada bunga bunga, cincin dan balloon, aku tak nak cakap yes I do!
Lepas habis jogging, aku ajak Haris pergi makan roti canai. Masa nak parking kereta, kita orang nampak Ammar baru keluar dari hotel dengan sorang wanita separuh abad. Wanita tu peluk lengan Ammar sambil tersengih sengih.
"Tu mak dia ke? I dah lupa muka mak dia macam mana.", Haris cakap kat aku. Aku tampar bahu dia. "Mak apanya keluar hotel pagi pagi macam ni."
"Yelah mana la tahu mak dia datang dari mana mana ke nak stay kat hotel sini.", make sense jugak. Aku pun cuba ingat ingat balik muka mak dia masa majlis tunang haritu.
"Mak dia rendah je. Rendah lagi dari I. Acik tu tinggi. Bukan la. Bukan mak dia.", masa aku dok fikir fikir tu, Haris dah snap gambar entah berapa puluh kali.
"You teringin nak jadi paparazzi ke?", aku tanya dia. Kali ni, dia pulak jeling aku.
"I nak cari bukti bagi dekat kakak la. Nanti tak ada bukti, dia tak percaya pulak."
Betul, buatnya kakak dia jenis bodoh bila dah cinta, macam perangai aku dulu, confirm la dia tak percaya cakap orang lain.
"Sayang, alang alang kita dah kat sini, check in nak?", Haris cakap tiba tiba. Aku pandang dia.
"Kau dah kenapa?", dia gelak bila aku cakap macam tu. "Gurau je sayang."
YOU ARE READING
Suatu Ketika
RomanceYang semalam, yang lepas, dan yang berlalu, bukan bererti selamanya. Jadi jangan pernah mahu untuk menjadi hamba masa lalumu.