Aku angkat sedikit kepala dan pandang sekeliling. Nampak kain biru tergantung dekat sekeliling katil. Nampak pintu toilet. Nampak jarum dekat tangan dengan iv drip tergantung di tepi katil. Shit, aku kat hospital.
Aku pandang meja tepi katil, cari handbag aku. Nak cari phone. Tapi tak ada. Tak lama lepas tu aku dengar pintu bilik dibuka. Nampak Haris masuk dengan senyuman.
"You okay?", Haris datang dan duduk di kerusi sebelah aku. Aku angguk perlahan. "Pukul berapa sekarang?"
"6.30. Lapar tak? Semalam you tak sempat makan apa apa pun." Haris ambil bungkusan McD yang dia bawa masuk sekali tadi.
"I ada beli bubur mana tau you lapar. Nak tunggu makanan hospital lambat lagi." Aku pandang Haris yang tengah buka bekas bubur tu.
"Sorry Haris. Susahkan you. Rosakkan majlis kakak you. Sorry.", aku cakap perlahan. Rasa bersalah pulak. Haris naikkan katil aku supaya aku boleh duduk untuk makan.
"Takda apa la. You tak sihat kan. Bukannya sengaja pun. Lagipun, dia orang dah settle dah."
Aku buka mulut bila Haris suap bubur tu. Huru hara tak keadaan masa aku pengsan tu eh? Nak tanya tapi macam tak larat. Lain kali la.
"Semalam I dengan Julia je bawak you datang hospital. The rest I suruh stay je kat majlis tu. Lagipun, I tak diperlukan sangat dekat majlis tu."
"Parents you tak cakap apa ke?"
"Semalam ada la dia orang call tanya you okay ke tak. Nanti pagi sikit mama datang.", aku tersedak! Mama dia nak datang? Aduh muka aku dah la macam zombie sekarang.
"Alamak, I macam ni nak jumpa mama you. Segannya!", aku dah cuak. Not my best image nak tayang kat mama dia ni!
"It's okay la. Kan you sakit. Bukannya nak masuk pertandingan ratu cantik pun.", aku jeling dia. Senang je cakap.
Lepas habis makan, Haris baringkan aku semula. Dia ambil phone aku dalam laci tepi katil dan bagi dekat aku.
"You rehat la. Doctor cakap you tak cukup rehat je. I tak bagitau your parents lagi sebab takut dia orang risau."
Baru nak tidur, Haris pegang tangan aku. Aku celik balik, nampak Haris duduk dekat atas kerusi tepi katil aku. Dia baringkan kepala dekat atas badan aku.
"Jangan sakit lagi, please. Nak tercabut jantung I semalam.", Haris cakap perlahan sambil pandang aku. Aku angguk perlahan.
"You....sedih sangat ke dia bertunang?", dia tanya. Tapi kali ni dah tak pandang aku. Aku mengeluh perlahan.
"I tak makan proper meal semalam. Biskut kering je. Tak ada kena mengena dengan sedih dia bertunang.", dia pejam mata lepas dengar aku cakap macam tu. Lepas tu aku dengar dia mengeluh.
YOU ARE READING
Suatu Ketika
RomanceYang semalam, yang lepas, dan yang berlalu, bukan bererti selamanya. Jadi jangan pernah mahu untuk menjadi hamba masa lalumu.