SENYUMAN PENIPUAN

18 1 0
                                    

Barisan senyuman manis ku mula rapuh

Hancur sebuah taman oleh hakisan

Hati yang telah dipatri

Olehmu dulu....


Api menjadi angkara muncul keangkuhanku

Yang sekian lama ku pertahankan

Masih bau aromanya genggamanmu

Ketika menjabat tangan bersama...


Roboh, rosak, hancur dan hilang

Angkara musuh dengan hati

Ketika mahu bahagia bersamamu

Mulut ni terpaksa senyum dihadapanmu


Ku cuba ukirkan senyuman manis

Tanpa menunjukkan kesedihan ku

Yang dihatiku menangis kesedihan

Hanya untuk membuatmu bahagia

Bersama senyuman ku...

100 Kata - Kata Untukmu ( C )Where stories live. Discover now