ADHIA AURORA | 1

191 35 8
                                    

Bunyi jam loceng yang begitu nyaring membuatkan Adhia terbangun dari lena nya. Dia mendengus kasar sebelum jam loceng yang berada di sebelah katilnya di campak ke arah pintu biliknya.

Datin Andra yang mendengar bunyi sesuatu yang datang dari bilik anak perempuannya itu terus berlari naik ke atas.

Pintu bilik anaknya diketuk kuat. Namun tiada sebarang balasan dari anak perempuannya itu. Rak yang berada di ruang tamu atas menjadi sasaran Datin Andra, kunci pendua bilik anak perempuannya itu diambil dan pintu bilik itu dibuka kasar.

Matanya mula memandang ke lantai yang sudah dipenuhi dengan serpihan jam loceng anaknya itu. Kepalanya digelengkan beberapa kali sebelum menunduk mengambil jam yang sudah pecah itu. Tong sampah yang berdekatan dengannya dia dekati dan jam loceng ditangannya dibuang selamba ke dalam tong sampah itu.

Tahun ini sahaja dah lebih daripada 30 buah jam loceng dia beli untuk anak perempuannya itu tetapi semuanya rosak kerana menjadi mangsa balingan anak perempuannya itu.

Nafasnya ditarik mendalam sebelum kakinya melangkah ke arah anak perempuannya yang sedang elok beradu tanpa memikirkan keadaan sekilingnya.

Jam yang tergantung di dinding bilik anaknya sempat dia pandang sebelum peha anaknya itu ditepuk lembut. Walaupun anaknya itu degil, dia masih lagi menggunakan kelembutan dalam menasihati anaknya itu. Adhia Aurora satu-satunya anak yang dia ada. Setelah Adhia lahir, rahimnya telah dibuang kerana rahimnya sudah rosak sepenuhnya.

Adhia seorang sahaja pun sudah cukup untuk menjadi penyeri hidup dia dan suami.

"Adhia sayang, bangun. Dah lewat nak ke universiti kan? " Kejut Datin Andra. Peha anaknya ditepuk lembut.

Adhia sekadar mengumam dengan mata yang masih lagi tertutup rapat. Kata-kata yang dilemparkan oleh Datin Andra sekadar melintasi telinganya sahaja. Orang cakap, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Itulah dia.

"Adhia Aurora" nama penuh anaknya dia sebut sebelum tangannya naik mencubit lembut pipi anak perempuannya itu.

Adhia merengek kecil saat lena nya diganggu.

"Mama, janganlah kacau Dhia. Dhia ngantuk ni" kata Adhia dan membetulkan cara tidurnya. Bantal peluk dia capai sebelum dipeluk erat bantal peluk itu.

"Adhia tidur pukul berapa semalam?" Soal Datin Andra. Bukan dia tidak tahu anaknya itu tidur lewat semalam. Malam tadi dia lalu di depan bilik anaknya itu pada pukul 2 pagi lampu bilik anaknya itu masih lagi terbuka. Entah pukul berapa Adhia itu tidur.

"Empat" balas Adhia dengan mata yang masih tertutup rapat.

"Itulah, mama dah pesan tidur awalkan semalam. Sibuk sangat tengok Korea dia  tu" tergeleng-geleng kepalanya melihat perangai anaknya itu.

"Hmmph" hanya itu sahaja yang keluar dari mulut Adhia.

"Adhia bangun ya? Mama dan papa tunggu dekat bawah" kata Datin Andra.

"Hmm" Adhia sekadar mengumam.

Sempat Puan Andra menepuk bahu anak perempuannya itu sebelum dia keluar dari bilik anaknya itu.

Dah besar pun masih liat nak bangun.

Sepuluh minit berlalu akhirnya Adhia bangun juga dari lena nya. Itupun kerana seseorang menelefon dirinya.

"Morning ma, pa" sapa Adhia sebaik sahaja dia turun ke bawah. Rambut perangnya di selitkan ke telinga sebelum punggung dilabuhkan di atas kerusi bersebelahan dengan mamanya.

"Morning princess" balas Dato Farid.

"Pergi naik apa nanti?" Soal Dato Farid pada anak perempuannya itu. Sedar tak sedar anaknya sudah pun melangkah ke alam universiti. Cepat betul masa berlalu.

OG| ADHIA AURORAWhere stories live. Discover now