ADHIA AURORA | 9

38 3 0
                                    

Adhia hanya tersenyum  saat melihat Amsyar yang sedang memerhatikan dirinya dari bawah. Kening dinaikkan sambil menghayunkan beg tangannya.

Hari ini dia memakai pakaian yang lebih sopan iaitu hoodie berwarna pink bersama skirt yang labuh sehingga buku lali.

Sudah seminggu dia berpakaian seperti ini dan Amsyar tidak tahu apa yang telah dia buat dibelakang Amsyar.

"Besar nya beg dekat belakang tu. Isi apa?" Soal Amsyar sinis.

"Huh? Oh ini- sa-saya isi buku lah" balas Adhia gugup. Alamak! Kalau Amsyar tahu macam mana?

"Sampai bila nak jadi munafik? Tipu? Tipu dan tipu lagi?" Kata Amsyar tegas.

Adhia terdiam sejenak. Macam pernah dengar ayat ni tapi dekat mana ya?

"A-apa maksud awak?" Soal Adhia gugup.

"Adhia, walaupun aku tak sekelas dengan kau tapi kita satu kolej Adhia. Buta dan bodohlah aku kalau tak nampak kau" kata Amsyar dengan gelengan. Penat betul nak menjaga Adhia ini.

"Alah awak ni. Boleh tak kalau awak tak payah masuk campur urusan hidup saya? Pandai pandailah saya nak buat apa pun. Awak tak payah sibuk" kata Adhia sambil memeluk tubuh. Dia mencerlung tepat ke dalam anak mata Amsyar. Langsung tidak gentar dengan pandangan tajam yang Amsyar hadiahkan.

"Tanggungjawab aku Adhia. Kau isteri aku dan aku suami kau. Kalau bukan aku yang nak tegur siapa lagi?" Kata Amsyar dengan nada yang lembut. Dia tak nak bertegang leher dengan Adhia kerana dia bukan seperti itu.

"Yes I know that I'm your wife and you're my husband but please, just do your own business!" balas Adhia kasar. Apa benda Amsyar ni? Makin lama makin sakit hati lah aku dengan perangai dia ni. Semua tak boleh. Serabut!

Belum sempat Amsyar ingin membalas Adhia terus melangkah laju ke pintu. Sempat dia melanggar Amsyar yang berdiri tegak menghadapnya. Bukan dia tak nampak riak wajah Amsyar yang sedang menahan geram itu namun dia biarkan sahaja. Malas mahu ambil tahu!

PIA memandang kosong ke arah komputer tiba yang berada di atas mejanya. Dia memandang ke arah jam loceng yang berada di tepi katilnya. Huh baru 10 minit?

Dia akhirnya menutup semula komputer ribanya sebelum menghempas diri ke atas katil.

"Penat betul lah nak study tapi tak faham faham. Aish" keluh Pia.

"Arhh tak nak lah aku belajar dah. Aku nak keluar" kata Pia dan bergerak ke pintu biliknya. Hari ini kelas mereka telah dibatalkan kerana pensyarah mereka mempunyai masalah peribadi. Jadi dia telah mengambil keputusan untuk belajar tapi itulah, keputusan je lah mampu, nak buat tak mampu.

"Ha Pia nak pergi mana?" Soal Puan Safra. Bukan ke tadi anaknya kata mahu belajar. Ini tiba-tiba nak keluar. Pelik!

"Jumpa Ara dan Adhia lah mummy" balas Pia.

"Aik bukan ke si Adhia dah kahwin. Kamu nak ganggu dia kenapa pulak?" Soal Puan Safra hairan.

"Memanglah Adhia dah kahwin mmy, but dia yang nak jumpa kita orang" kata Pia. Iya memang benar Adhia ingin berjumpa dengannya.

"Oh, kalau macam tu hati hati. Jangan tak balik malam ni, daddy balik hari ni. Nanti kalau daddy dah bising mummy tak nak ikut campur" kata Puan Safra.

"Huh? Seriously? Bukan ke patutnya minggu depan? Dah selesai ke kerja daddy tu?" Soal Pia.

"Sebab dah selesai lah daddy kamu tu nak balik. Katanya dah bosan duduk dekat negara orang. Rindu mummy lah katakan" kata Puan Safra sambil tersenyum membayangkan wajah kacak suaminya.

"Ceh, malas la Pia layan. Terasa single di sini. Pia pergi dulu mummy take care" kata Pia dan memeluk kejap tubuh mummynya.

MATA Pia mencerlung tajam saat melihat susuk tubuh seseorang yang amat dia kenali.

"Apa mamat ni buat dekat sini?"

Pintu kereta dibuka dan dengan pantas dia meluru ke arah lelaki yang dia kenali.

"Isyraf" bekas kekasihnya yang masih tidak membayar hutang.

"Wah wah, bergaya nya kamu dengan perempuan baru. Nice woo" kata Pia selamba. Dia menayangkan senyuman sinis kepada Isyraf yang jelas tercengang dengan kehadirannya.

"You ni siapa?" Soal perempuan yang berada disamping Isyraf.

"I? You tanya I ni siapa? Cuba you tanya sendiri boyfriend you" kata Pia dengan sinis.

"Berambuslah Pia, kau buat apa nak kacau aku?" Isyraf menolak tubuh Pia agar berganjak dari meja mereka.

"Auch, sampai hati you tolak I baby" kata Pia selamba bersama pakej air mata palsu.

"Baby? Apa semua ni?" Kata perempuan itu. Dia mula bergerak meninggalkan kawasan itu.

Isyraf mengetap gigi, menahan amarahnya dari terus meletus.

Pia hanya memandang dengan sinis. Dia memeluk tubuh memandang tepat ke anak mata Isyraf.

'meluat betul aku tengok mamat ni' katanya sendiri.

"Kau memang tak guna Pia!" Kata Isyraf dan melangkah ke arah Pia. Penumbuknya dikepal menandakan dia sedang menahan amarah.

"Tak guna? You or I yang tak guna? Cermin diri you dulu Isyraf. You dah kikis duit I now you nak kikis duit perempuan lain pula?" Soal Pia sinis.

Dia langsung tidak takut dengan amarah lelaki itu.

"Why not? Perempuan tu yang terhegeh-hegeh dekat I, just same as you murah" kata Isyraf dan dia mendapat tamparan hebat daripada Pia.

"Don't you dare to call me murah! I'm not!" Kata Pia geram.

Isyraf memegang pipinya yang terasa pijar. Tangannya diangkat ke udara untuk membalas tamparan Pia namun tangannya hanya tegak diudara dan dipegang oleh seorang lelaki yang dia sendiri tidak tahu siapa.

"Agak agak lah bro, pukul perempuan? Tak malu ke?" Soal lelaki itu sinis.

"Kau siapa nak masuk campur?" Soal Isyraf.

Pia yang terkejut dengan kehadiran Aqil yang secara tiba-tiba. Namun itu tidak terlalu mengejutkan kerana tempat ini tempat umum namun yang mengejutkan dirinya adalah apabila Aqil melibatkan diri dalam pertelingkahan antara dia dan Isyraf.

"Aku? Aku manusia yang masih waras" balas Aqil selamba. Dia melepaskan tangan Isyraf yang di pegangnya.

"And you, kenapa bergaduh pakwe makwe dekat tempat awam? Tak malu?" Soal Aqil kepada Pia.

Pia menggetap bibirnya.

"Heh suka hati aku lah nak bergaduh dekat mana pun, that's not your problem. Get lost lah" kata Pia dengan sombong.

"Eh mulut kau tu kalau tak menyakitkan hati tak boleh ke? Aku dah tolong kau, kau banyak bunyi pulak" kata Aqil geram. Menyesal aku masuk campur urusan minah berlagak ni.

"Ada nampak muka aku ni memerlukan bantuan ke?" Soal Pia kasar. Setakat mamat Isyraf ni dia kepakkan tangan pun boleh lah.

"Wait, sekarang ni siapa gaduh dengan siapa?" Sampuk Isyraf.

"Kau diam" kata Pia dan Aqil serentak sebelum mereka menjeling sesama sendiri.

HOLLA GAISS, Dah lama kan tak update cerita ni. Agak agak ada yang still ingat ke eh? Btw sorry ayat tunggang langgang kita nya dah lama tak menulis. Hehehe bye!! Do comment and vote tau

OG| ADHIA AURORAWhere stories live. Discover now