ADHIA AURORA | 3

135 28 2
                                    

Sebulan berlalu dari pertemuan keluarga Adhia dan Amsyar. Sebulan itu juga Amsyar dan Adhia langsung tidak bertegur sapa. Setiap kali bertembung secara kebetulan, Adhia cepat-cepat melarikan pandangan dan membuat tidak tahu.

Hatinya kecewa!

Itulah sebab kenapa dia tidak suka lelaki nyata. Lelaki nyata selalu buat dia kecewa. Setiap kali dia cuba untuk menerima orang baru dalam hidupnya, setiap kali itulah dia disakiti.

Dia penat dengan fake hope yang selalu dia dapat.

Tetapi ada satu persoalan yang benar-benar bermain di mindanya. Kenapa Amsyar cakap, Amsyar tak kenal dia? Soalan itu selalu dia tanyakan kepada diri sendiri.

"Adhia!" Laung Pia sebaik sahaja melihat Adhia duduk di atas kerusi batu yang terdapat di hadapan kafeteria universiti mereka.

Adhia hanya memandang Pia dan Ara sekilas sebelum senyuman hambar dia tayangkan.

"Asal kau ni?" Soal Pia. Bukan dia tidak perasan Adhia semenjak dua menjak ini. Selalu menghilangkan diri dan tidak banyak berbual.

"Apa?" Soal Adhia bingung.

"Kau ada apa-apa masalah ke?" Soal Ara lembut. Ara Liana, gadis yang sopan, cantik dan bertudung.

"Tak ada lah, cuma aku risau exam nanti" dalih Adhia. Itupun menjadi masalah dia juga. Kalau dia gagal macam mana? Haish. Memanglah mama dan papa tak pernah marah, cuma dia sebagai anak rasa dia beban pula.

"Alah, kau ni releks lah. Exam lambat lagi" kata Pia dengan sengihan lebar. Apa lah yang dirisaukan sangat, dia yang kena ugut kalau tak lulus tak boleh keluar pun releks aje, tapi Adhia tidak releks.

Ara menepuk geram peha Pia. Mulut kawannya itu memang nak makan penampar.

"Pia... Kau ni" Ara mengecilkan mata supaya Pia mendiamkan diri.

Pia hanya menayangkan sengihan tidak bersalah.

"Kalau tentang exam kau tak perlu lah terlalu risau, aku boleh tolong kau. Apa yang kau tah faham semua kau boleh tanya pada aku" Ara menawarkan dirinya untuk membantu Adhia.

Adhia mengangguk setuju dengan tawaran Ara. Dia tahu kawan baiknya itu memang pandai. Tidak seperti dia dan Pia.

"So now senyum lah, nanti kita pergi Timesquare beli barang kpop kau nak tak?"

"Nak!" Sebut sahaja tentang kpop pasti Adhia akan terus menayangkan senyuman lebar. Pelbagai jenis album dan merch yang dia beli. Memandangkan dia Multifandom dia mempunyai pelbagai jenis Album yang berlainan.

Tali beg silang yang dipakai digenggam erat. Mata mula meliar memandang kesemua jenis kpop merch. Pelbagai jenis kumpulan terkenal berada dihadapannya.

Tangan yang pada mula menggenggam tali beg kini naik menyentuh barang-barang yang berada dihadapannya.

"Pia, kau rasa yang ini atau yang ini?" Soal Adhia pada Pia yang sibuk memilih lanyard.

"Yang tu kut, kau kan suka yang comel. So yang tu lebih comel" balas Pia.

Adhia mula beralih pada Ara yang berada disebelah kirinya. Gadis itu sibuk memandang ke arah botol air yang berada dihadapannya. Cantik!

"Ara, nak beli ke?" Soal Adhia. Ara pantas menggeleng.

"Tak. Saja tengok" balas Ara. Dia mula bergerak ke arah Adhia. Lengan Adhia dia rangkul erat.

"Kalau kau nak beli ambil lah, aku belanja" pelawa Adhia. Ara laju menggeleng.

"Tak payahlah. Membazir je. Dah lah mahal" balas Ara.

OG| ADHIA AURORAWhere stories live. Discover now