ADHIA AURORA | 8

41 3 0
                                    

Setelah hampir dua minggu dia dan Amsyar tinggal sebumbung mereka sudah kembali ke kolej. Hari hari yang mereka jalani sepanjang menjadi pasangan suami isteri hanya biasa. Normal seperti pasangan lain cumanya pasti ada sahaja perkara yang akan digaduhkan oleh mereka berdua. Antaranya....

"Tukar baju kau sekarang Adhia!" Arah Amsyar keras. Tergeleng-geleng kepalanya melihat isterinya yang mengenakan skirt pendek berwarna hitam paras peha bersama singlet ketat berwarna hitam dan dipadankan dengan cardigan berwarna coklat cair.

"Ish apa awak ni, ini memang style saya lah" balas Adhia sambil menggulingkan matanya.

"Banyak lah kau punya style. Pergi tukar sekarang" kata Amsyar sekali lagi.

"Tak nak lah. Saya malas" balas Adhia dan melangkah keluar dari rumah. Kasut boot berwarna hitam paras buku lali di ambil dan disarungkan pada kakinya.

"Bak sini kunci kereta awak. Saya nak drive" kata Adhia sambil menghulurkan tangannya meminta kunci.

"Nope. Aku tak akan bagi selagi kau tak tukar pakaian yang lebih sopan sikit" kata kata yang keluar dari mulut Amsyar membuatkan Adhia mengeluh kasar. Macam macamlah Amsyar ni, semua tak boleh huh! Macam orang tua!

"Arghh, awak ni memang complicated betul lah" Adhia bergerak semula ke dalam rumah. Kakinya laju menaiki tangga dan menuju ke bilik tidurnya.

Dia dan Amsyar tidur secara berasingan atas persetujuan mereka.

Setelah beberapa minit Adhia turun kembali dengan pakaian yang agak sopan.

Dia memakai baju bewarna cream yang agak ketat sehingga menampakkan bentuk badannya serta seluar panjang.

"Dah puas?" Soal Adhia geram.

"Ketat Adhia, kau ni memang tak ada baju yang helok sikit ke?" Soalan Amsyar membuatkan Adhia mencampakkan beg bukunya.

"Ish! Ini memang style saya lah! Apa masalah awak ni? Sebelum ni elok je saya pakai apa pun. Tiba-tiba hari ni awak nak marah apahal?" Adhia sudah berang dengan sikap Amsyar yang suka mengongkong ini.

"Sebelum ni aku tak bising sebab kau pakai dalam rumah. Depan aku. Suami kau. Itu tak apa. Tapi sekarang kau nak pakai macam ni keluar? Pergi kolej? Memang tak aku nak benarkan" kata Amsyar dan menarik lengan Adhia menuju ke tangga.

"Ish apa awak ni main tarik tarik ni?" Soal Adhia geram dia cuba untuk melepaskan pegangan tangan Amsyar. Namun apakan daya dia hanya seorang perempuan yang lemah.

"Sini aku cari kan baju kau" kata Amsyar dan menarik Adhia ke bilik tidur Adhia.

Sesampai di bilik Amsyar membuka Almari baju Adhia dan ternganga Amsyar saat melihat baju baju Adhia yang bergantung di dalam almari itu.

"Apa semua ni?" Soal Amsyar sambil memandang ke arah pakaian Adhia. Semuanya sangat menyiksa mata. Kalau ada pun baju lengan panjang semuanya saiz yang lebih kecil berbanding badan Adhia.

"Ini baju kau ke baju budak lima tahun?" Soalan Amsyar membuatkan Adhia berdecit geram.

"Baju sayalah apa masalahnya?" Soal Adhia sambil menolak Asmyar menjauhi almari bajunya.

Amsyar menggeleng perlahan. Sangkanya baju baju yang Adhia pakai sebelum ini hanya untuk pakai dirumah namun ternyata baju baju yang ada semuanya tidak sopan.

"Kau tunggu sini" kata Amsyar dan bergerak ke dalam bilik tidurnya yang terletak berhadapan bilik tidur Adhia.

Amsyar mencapai kemeja putih miliknya yang jelas saiznya lebih besar malah berganda dari tubuh Adhia kemudian dia suakan kepada Adhia.

OG| ADHIA AURORAWhere stories live. Discover now