ADHIA AURORA | 4

119 19 16
                                    

Adhia mula melangkah masuk ke dalam rumah dengan penuh berhati-hati. Dia menjeling tajam ke arah mama dan papa yang sibuk berbual sambil menonton televisyen.

'Amboi, boleh pula ada masa nak tengok tv ya' bisik Adhia sendiri.

Buku-buku ditangannya dihempas kuat ke atas meja kopi yang berada di hadapan mama dan papanya. Membulat mata kedua orang tuanya itu.

"Adhia Aurora, apa kena dengan kamu ni?" Soal Datin Andra hairan. Dia sudah masak dengan perangai anaknya itu. Pasti ada sesuatu yang mengganggu fikiran Adhia sehingga Adhia bertindak protes seperti itu.

Dato Farid turut mengangguk tanda dia juga ingin menyoal perkara yang sama.

"Mama dan papa ada sorokkan sesuatu dari Adhia ke?" Soal Adhia. Matanya tajam memandang mama dan papanya silih berganti.

Dato Farid dan isteri meneguk air liur kelat. Mereka memandang sesama sendiri sebelum menayangkan sengihan. Datin Andra menyiku lengan suaminya supaya berterus terang. Dato Farid turut melakukan perkara yang sama. Adhia sudah pening melihat.

"Mama! Papa!" Tegas suara Adhia kedengaran. Nak gaduh sayang pulak depan dia yang single ni.

"Hehe, Adhia sayang... mama dan papa bukannya tak nak bagitahu cuma-" belum sempat Datin Andra ingin menghabiskan ayatnya Adhia menyoal laju.

"Cuma apa?!"

"Cuma mama dan papa tak tahu bila nak bagitahu dan takut Adhia tak setuju!" Dengan pantas ayat itu dituturkan oleh Datin Andra dek terkejut dengan suara Adhia yang menegurnya tadi.

Adhia tersenyum suka. Aduh mama ni, orang bentak sikit je. Nasib sayang.

Dia bukannya hendak kurang ajar atau pun apa, cuma dia sudah terbiasa seperti ini. Selagi mama dan papa tidak kisah, selagi itu dia teruskan. Lagipun mama dan papa sudah berpesan supaya menganggap mereka seperti kawan-kawan cuma perlu hormat lebih sikit itu sahaja.

Bagi Datin Andra dan suami, dia lebih suka menganggap diri mereka sebagai kawan kepada anak tunggalnya itu. Bukan sekadar ibu bapa. Kerana anak-anak akan lebih gemar menceritakan masalah dan tentang kehidupan harian dengan kawan-kawan berbanding dengan ibu bapa.

Jika ibu bapa yang terlalu mengongkong atau menyekat perkara yang anak suka lakukan, anak akan kurang selesa untuk bercerita segala masalah yang dihadapi kepada ibu bapa, jadi dia dan suami sedaya upaya untuk menjadi kawan dan juga ibu bapa yang terbaik untuk Adhia.

"Tak apa, Adhia suka" balas Adhia dengan senyuman. Siapa sahaja yang tak suka kahwin dengan crush, cuba bagitahu dia sikit.

Datin Andra dan Dato Farid memandang sesama sendiri. Biar betul, selalunya bila kahwin paksa macam dalam novel dan drama pasti si heroin akan membantah, namun berbeza pula dengan anak kesayangan mereka ini. Suka pulak dia.

"Betul ke ni Adhia? Tak main-main?" Soal Dato Farid. Bukannya dia tidak tahu dengan perangai tidak serius anaknya itu. Suka sangat mengambil ringan untuk semua benda.

Adhia mengangguk dengan senyuman.

"Iya, betul" kata Adhia dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir. Dia sedang memikirkan idea jahat untuk kenakan musuh dia. Anis.

"Betul ni?" Soal Datin Andra pula.

"Iya mama, papa. Betul. Adhia tak tipu, so mana cincin?" Soal Adhia. Telapak tangan dihulurkan meminta cincin yang keluarga Amsyar berikan untuk dia sebagai tanda dia sudah berpunya.

"Sekejap" kata Datin Andra. Dia bangun dari duduknya dan bergerak ke laci yang berada di tepi tangga. Adhia dan Dato Farid sama-sama memandang ke arah Datin Andra yang berjalan ke arah itu.

OG| ADHIA AURORAWhere stories live. Discover now