WAJAHNYA yang dimakeup oleh Ariana, adik bongsu kepada ayahnya, Ahmad Syazlan dipandang melalui antulan cermin.
Tudung bawal yang tersarung dikepala disentuh. Sejujurnya, ini kali pertama seumur hidup dia mengenakan tudung
"err.. auntyy" Panggilan Luna membuatkan tangan Ariana yang sibuk mengemas alatan soleknya terhenti. Ariana terus memandang Luna yang duduk di penjuru katil.
"Yes Luna"
"Masa aunty nikah dulu, macam mana perasaan aunty masa tu?" Soalan Luna membuatkan Ariana tergelak kecil. Luna memandang pelik Ariana yang tiba-yiba gelak. Kelakar ke soalan dia?
"Luna.. im not married yet. Aunty baru 25 tahun" Jawab Ariana dengan sisa tawanya. Luna hanya tersengih mendengar jawapan yang diberikan Ariana. Beza setahun je rupanya.
Tok! Tok! Tok!
Ketukan dari pintu membuatkan Luna dan Ariana berhenti berbual. Mata mereka kini memandang pada pintu bilik itu apabila Mrs.Lily Isla melangkah masuk
"Luna dah ready sayang?" Tanya Mrs.Lily Isla lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Luna. Tangannya mengusap lembut kepala Luns yang berbalut tudung. Sejuk sahaja mata memandang anaknya bertudung.
Soalan Mrs. Lily Isla tidak dijawab oleh Luna. Malah dia hanya memandang wajah mulus Mrs.Lily Isla sambil menahan air mata dari jatuh.
"Cantiknya anak mommy pakai tudung..kenapa nangis ni,nanti buruk makeup tu nanti sayang" Puji Mrs.Lily. Belakang badan Luna digosok Mrs.Lily Isla. Sayu hatinya melihat Luna sedih. Dalam kasarnya anaknya itu, ada juga terselit lembutnya.
"Mommy..." panggil Luna lalu memeluk Mrs.Lily Isla.
"Mommy tak sedih ke?" Soal Luna. Dia melepaskan pelukannya. Air mata yang mengalir di pipi diseka lembut dengan hujung jari. Soalan Luna hanya dibalas dengan senyuman manis Mrs.Lily. Ibu mana je yang tak sedih bila anak mereka akan berkahwin. Inikan pula dia, Luna satu-satunya anak perempuan yang dia ada.
"Harini kan hari bahagia Luna sayang. Mana bole sedih-sedih" jawab Mrs.Lily Isla lembut.
"mommy.."
"Enough sweetie. Lepas kahwin nanti pun boleh jumpa mommy kan. Jangan sedih-sedih, tu muka tu macam beruk nak beranak dah" pujuk Mrs.Lily Isla membuatkan Luna tertawa kecil.
"Listen here, after this tak boleh degil-degil dah tau. Jangan buat keputuan sendiri. Bincang dulu dengan suami tu. The most important things, jangan lawan suami, faham? Ingat syurga tu dibawah tapak kaki suami" ujar Mrs.Lily Isla memberi nasihat kepada anak perempuannya itu. Bukannya dia tidak kenal dengan perangai keras kepala Luna itu.
"Aip Aip Madam" balas Luna lalu berdiri tegak sambil tabik kearah Mrs.Lily Isla. Ada-ada sahaja perangai anak perempuannya sorang ini.
"Luna, pengantin lelaki dah sampai. Jom keluar" Beritahu Luke dari muka pintu. Luna dan Mrs.Lily Isla terus memandang Luke sambil mengurut dada. Mereka terkejut apabila Luke tiba-tiba sahaja disitu.
"Ish you ni Luke. Ketuklah pintu tu dulu kalau ye pun. Terkejut mommy" Marah Mrs.Lily Isla. Luke hanya tersengih sahaja apabila dimarahi mommynya. Nasib tiada kuali di bilik ini. Kalau tak, naya dahi dia yang jadi mangsa. Luna yang hanya diam dipandang.
"Yang kau kat situ lagi kenapa?" tegur Luke membuat Luna tersentak.
"Aku terpukau dengan ciptaan indah depan mata aku ni. Tak sangka kembar aku yang sengal ni handsome juga" Puji Luna sambil keningnya diangkat. Mood menyakatnya sudah datang.
"I know right. Jom keluar la biul"
"baru puji sikit dah gelabah. Aku puji kau ni sebab you look so very the different with that baju melayu. Pakai pulak dengan samping and songkok.OUCH!Bertambah kacak seperti lelaki melayu terakhir. Selalunya nampak macam pengemis tepi jalan" Ujar Luna membuatkan Luke memandangnya tajam. Masa ni jugalah kembarnya ingin mencari gaduh.
"Lucky you harini majlis kau. Kalau tak, memang aku tebuk dahi kau dengan screw driver" balas Luke geram.
"berani buatlah tak-"
"Before i tebuk kepala both of you, baik jangan gaduh. Sudah, jom keluar. Tetamu dah tunggu tu" Sampukan Mrs.Lily membuatkan kembar itu berhenti bergaduh. Mereka bertiga terus keluar dari bilik yang menjadi tempat Luna bersiap.
Dress Luna, simple but elegent
YOU ARE READING
MRS HAYDAR
RomanceSeorang gadis mix Melayu-British yang berpindah ke Malaysia atas urusan keluarga, Engku Luna Irys Sophia.Nama yang sangat disanjung tinggi kerana dia merupakan anak seorang jutawan Asia. Gadis berkulit putih, bertubuh model itu sangat digilai ramai...