RAIYAN dan Luna melangkah keluar serentak dari hotel tanpa menghiraukan pandangan orang lain. Alenn yang sedang bersandar pada kereta jenis Q8 dituju merekq, Alenn yang hanya memakai kemeja berwarna navy blue dengan lengan yang disinsing membuatkan para gadis di sekitar itu memandang dia. Ada juga yang memberanikan diri meminta nombor Allen. Urat malu dah putus maybe. Dia hanya mengendahkan sahaja, malah menuju ke tempat Raiyan dan Luna.
"Tolong masukkan luggage ni dalam bonet kereta" Arah Raiyan sebaik sahaja Alenn berdiri didepan mereka berdua. Tangan kirinya terus menyerahkan luggage yang dibawanya kepada Allen.
"Raiyan, lepaslah" Ujar Luna sambil menarik-narik tangan kirinya yang dipegang erat oleh Raiayan. Dari mereka berdua keluar bilik lagi suaminya memegang tangannya.
"No"
Raiyan terus menarik isterinya supaya masuk kedalam perut kereta. Setelah meletakkan luggage Raiyan dan Luna. Alenn juga terus masuk ke dalam perut kereta. Dia hanya menggeleng kepala apabila Luna mula membebel. Macam manalah Raiyan yang ganas itu boleh tahan dengan bebelan Luna.
"Kau dari office ke ni Alenn?" Soal Raiyan yang duduk di belakang. Tangan kanannya kini beralih pada pinggang Luna. Dia mengerling Luna yang sedang menjeling tajam Raiyan.
"hmmm..." ringkas sahaja jawapan Alenn yang sedang fokus pada pemanduannya.
"Aryan dekat office jugak ke?" Soal Raiyan lagi.
"Tak. Dia ada je dekat villa grandma. Melekat je dengan Haqeem" Jawab Allen. Sebenarnya Raiyan menyuruh Aryan untuk mengambil mereka berdua dihotel. Tetapi Allen pula yang muncul.
"oh, Aryan yang arah kau pickup kitaorang?"
Alenn hanya membisukan diri. Tidak selesa akan bebelan yang keluar dari mulut Luna. Dia tak suka suasana yang bising.
"so after this, kau balik office semula ke?" Raiyan terus menyoal Alenn. Sebenarnya soalan tadi tidak perlu ditanya. Memang adik tak guna dia itu akan mengarah Alenn untuk pickup dorang berdua.
"tak"
"AHH"
Tangan kanannya yang dicubit di tarik. Dia terus memandang isterinya yang tersenyum kemenangan.
"Dalam kereta pun nak peluk-peluk . Bukannya aku lari pun. Nak kene cubit lagi, peluklah. Aku cubit sampai kuku aku melekat kat tangan kau" Ujar Luna lalu menjelir lidah. Akhirnya pinggangnya bebas juga dari tangan Raiyan.
Raiyan hanya memandang isterinya yang memaparkah riak wajah bangga. Tanpa membalas apa-apa, dia terus merapatkan lagi kedudukan mereka. Luna tersentak. Dia cuba menolak badan sasa suaminya. Namun, tiada kesan.
"Kau nak apa ni Raiyan? Luas kan tempat kau tu. Jangan lah himpit-himpit" Ujar Luna dengan nada berbisik. Alenn yang masih fokus memandu dipandang sekilas sebelum dia memandang semula wajah Raiyan.
"Kau tolak aku atau cubit aku lagi, aku tak akan teragak-agak nak buat lebih dari ni kat sini" Balas Raiyan dengan nada yang berbisik. Dari tadi menahan senyumnya apabila melihat wajah Luna bertukar masam mencuka.
"Mr. Haydar Raiyan, what's your problem. Tak selesa la. Sebelum aku-"
"diamlah. Jangan asyik nak membebel je. Penat dah aku tadah telinga dengar kau membebel non-stop" Potong Raiyan lalu menarik kepala isterinya supaya menyandarkan di bahunya.
Akhirnya, Luna yang keras kepala itu mengaku kalah dan menurut sahaja. Toada guna juga melawan cakap Raiyan. Dosa je dia dapat nanti lawan cakap suami. Lama kelamaan Luna melelapkan matanya. Raiyan yang sedang berbual dengan Alenn tentang hal kerja hanya membiarkan Luna tidur. Makin dia kacau, tak pasal-pasal dia kene belasah dengan Luna dalam kereta lagi.
╰(*°▽°*)╯
"ASSALAMMUALAIKUM" ucap Luna sebaik sahaja dia sampai di villa Puan Syahindah. Raiyan yang beru keluar dari kereta hanya menggeleng kecil melihat gelagat Luna. Sebaik sahaja sampai di villa mewah ini, Luna rerus melanga keluar dari perut kereta dan terus menuju masuk kedalam. Dia dan Alenn juga turut mengatur langkah masuk kedalam rumah itu.
"Sampai pun pasangan sejoli kita ni" Ujar Syahindah yang keluar dari dapur. Dia terus melabuhkan punggung di sebelah Mrs.Lily Isla.
"how's your first night dear Mr. Raiyan?" Bisik Aryan yang duduk disebelah Raiyan. Dia tersengih jahat. Raiyan hanya mendiamkan diri. Bukannya dia tidkak kenal sikap Aryan yang suka kacau hidup orang. Tak lengkap harinya kalau tidak usik orang.
"Ceritalah dengan aku~~Tak payah malu-malu" renget Aryan cuba mengusik Raiyan. Namun usikannya kali ini gagal.
"dengar cerita, Haqeem kata kamu semua akan balik New york. Bila tu?" Soal Encik Syahmi, anak kelima Puan Syahindah. Pak Cik kepada Luna. Suasana yang bising kini menjadi sunyi.
"emm..Pagi esok uncle" Jawab Raiyan apabila semua mata kini memandangnya. Ikutkan rancangan mereka, selepas sahaja dia dan Luna berkahwin, mereka akan duduk di Malaysia satu minggu lagi. Tetepi memandangkan semua sibuk termasuklah Mr. Syazlan dan Mrs. Lily Isla., terpaksalah mereka membatalkan niat mereka untuk duduk di Malaysia selama satu minggu lagi.
"awal juga kamu semua nak balik. Tak boleh ke stay beberapa jari lagi?" Tanya Puam Syahindah. Sayu sahaja percakapannya.
"Syaz memang nak stay sini lagi. Tapi ada hal yang perlu kami selesaikan disana" Jawab Mr. Syazlan yang sedang duduk di sebelah Mrs.Lily Isla. Dia rasa bersalah pada ibunya,Puan Syahindah. Dahla selepas kahwin dengan Mrs.LIly Isla, dia langsung tidak balik ke Malaysia.
"Takpelah kalau macamtu. Tapi kalau ada masa terluang, jenguk-jenguklah juga kami disini" Ujar Puan Syahindah sambil bibirnya mengukirkan senyuman.

ANDA SEDANG MEMBACA
MRS HAYDAR
RomanceSeorang gadis mix Melayu-British yang berpindah ke Malaysia atas urusan keluarga, Engku Luna Irys Sophia.Nama yang sangat disanjung tinggi kerana dia merupakan anak seorang jutawan Asia. Gadis berkulit putih, bertubuh model itu sangat digilai ramai...