Seorang gadis mix Melayu-British yang berpindah ke Malaysia atas urusan keluarga, Engku Luna Irys Sophia.Nama yang sangat disanjung tinggi kerana dia merupakan anak seorang jutawan Asia. Gadis berkulit putih, bertubuh model itu sangat digilai ramai...
"AKU terima nikahnya Engku Luna Irys Sophia Binti Engku Ahmad Syazlan dengan mas kahwin sebanyak lima puluh ribu ringgit tunai" Dengan hanya sekali lafaz sahaja, secara rasminya Luna kini menjadi isteri sah kepada Tuan Haydar Raiyan.
"Sah?"
"Sah"
"Sah"
Seusai mengaminkan doa, Raiyan terus menghampiri Luna untuk majlis pembatalan air sembahyang. Luna yang hanya menunduk dicuit lembut oleh Mrs.Lily Isla. Dia terus mengangkat kepala memandang ke arah Raiyan yang telah duduk di hadapannya. Raiyan yang merenung mata birunya membuatkan Luna terkesima.
"Kalau nak main renung-renung muka tu nanti malamlah. Aku dah kebulur ni" Rungut Aryan apabila Raiyan dan Luna masih bertentangan mata antara satu sama lain. Dia dah tak sabar menjamu selera ni. Mrs.Lily Isla kata kemarin hidangan majlis harini semuanya sedap-sedap.
Kata-kata yang keluar dari mulut murai Aryan mengundang tawa tetamu-tetamu yang hadir. Luna pula masih tersipu-sipu malu. Perlahan-lahan Luna menghulurkan tangan kanannya kepada Raiyan. Sebentuk cincin yang dibeli oleh mereka sehari yang lepas disarung di jari manis Luna. Jari manis Raiyan juga disarung cincin oleh Luna. Dahi Luna pula dicium lembut oleh Raiyan.
Selepas sesi bergambar dan bersalam-salaman. Luna dan Raiyan kembali bersiap untuk wedding reception mereka berdua yang akan dilangsungkan sebentar lagi.
🌹🌹🌹
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
(LOOK LUNA AND RAIYAN)
LUNA melihat dirinya yang memakai wedding dress bewarna putih melalui pantulan cermin. Satu keluhan kecil dilepaskan perlahan. Sejujurnya dia tidak selesa memaka wedding dress yang sexy itu. Menyesal dia pilih wedding dress yang dipakainya sekarang ini.
Raiyan yang tengah memakai tuxedo berwarna hitam dipandang Luna. Sekali lagi dia terkesima melihat wajah perfect Raiyan. Memang tidak dapat dinafikan, suaminya memang handsome. tidak heran lah Raiyan ini menjadi pujaan hati gadis-gadis.
"Dah puas tenung aku?" suara garau Raiyan menyedarkan Luna daripada lamunannya. Luna terus mengalihkan pandangan ke arah tempat lain apabila Raiyan juga memandangnya.
Kali ini giliran Raiyan pula merenung Luna. Isterinya nampak amat cantik dengan wedding dress yang tersarung di tubuhnya.
"err..Raiyan, jom kluarr" Tegur Luna lalu melihat jam dinding. Hampir tiga minit Raiyan memandangnya sampaikan dia tidak berasa selesa. Tanpa mengeluarkan sepatah perkataan, Raiyan terus mencapai tangan Luna dan membawanya keluar dari bilik itu.