"Yo, my sweety brother like candy!' Seseorang menerjah masuk ke dalam pejabat Raiyan secara mengejut tanpa salam.
"Kau nak apa ni binatang?!"
"Binatang? Sampainya lah hati kau panggil aku binatang. Aku ni lah sorang-sorangnya adik kau tau. Jauh perjalanan aku dari Itali ke Malaysia samata-mata nak jumpa abang kesayangan aku ni. Binatang kau panggil aku?? Tapi kalau aku binatang, kau pun apa kurangnya binatang kan hm" Tutur Aryan dengan nada sedih yang dibuat-buat. Tak sangka Raiyan sanggup memanggilnya 'binatang'.
Raiyan hanya membiarkan adiknya membuang tebiat membuat drama air mata TV3 di pejabatnya. Adik dia tu bukan betu sangat, mungkin ada wayar di otaknya putus.
"Qeem, kau dengar tak dia panggil aku 'binatang'. Sampai hati dia! Aku sedih! Aku nak nangis. Bye, aku nak bunuh diri. Jaga diri abangku yang hauk" Jerit Aryan seperti meminta perhatian abangnya. Tingkap pejabat Raiyan dibuka tanda mahu membunuh diri.
"Kalau kau nak kadi pelakon buat drama air mata kat sini, baik kau bla sekarang. Sebelum aku hantar kau pergi ke alam seterusnya. Kat sana kau nak jadi pengarah drama pun, jadilah" kata Raiyan memandang adiknya tajam.
"okay, okay, Orang gurau jer, tu pun nak mengamuk si hantu ni" Ujar Aryan. Dia dan Qeem terus mengambil tempat di sofa Raiyan.
"Balik sini nak apa? mission kat sana dah settle ke?" Raiyan menyoal mereka berdua. Matanya masih fokus pada kerjanya.
"Nak makan nasi minyak kau la bro" Qeem menjawab pertanyaan Raiyan. Aryan juga mengangguk laju.
"Pasal konco-konco jantan tua keperot tu, kau jangan risau, semua dah settle. Aku kentut sekali, semua rebah ke tanah. Easy!"ujar Aryan sambil menunjukkan jari thumbs up.
"Bagus"
"Tengah berehat ke wahai Sir Raven" Qeem memandang Raven yang sedari tadi kusyuk dengan laptopnya
"Tak" Jawab Raven sepatah . Dia turut duduk di sofa pejabat Raiyan. Laptop miliknya diletak di atas riba.
"Abistu kau buat apa. Biasany kau duduk sini nak lepak-lepak je.Macam serious je tu" Aryan menyoalnya. Soalan Aryan tidak dijawan Raven walaupun sepatah.
"Kau tak reti jawab ke soalan aku?! ke takde mulut??" Aryan mula naik angin bila Raven tidak menjawab soalannya.
"Kau diam boleh tak setan?!" Balas Raven. Mahu sahaja dia mencekik setan di sebelahnya ini. Memekak je kerja.
"Macam mana aku nak diam kalau kau tak jawab soalan aku. Answer my question now! "
"Raiyan, aku tak dapat carilah maklumat pasal dia" Raven memandang Raiyan yang sedang fokus membuat kerjanya. Bebelan Aryan hanya diendahkan.
"kau nak cari maklumat pasal Harry ke?" Qeem juga menyoal Raven.
"Kau hackerkan, apakah penyebab bakat kau hilang tiba-tiba ni?" Raiyan kini menumpu perhatian pada Raven.
"Even satu maklumat pasal dia pun aku tak boleh dapat. Seems like there's someome is guarding her information" Jawab Raven.
"korang cakap pasal apa ni? Maklumat siapa yang kau nak cari ni Raven?" soal Qeem. Dari tadi dua ekor setan ni tak berhenti menyoalnya.
"Luna"
"Hah?! Bakal kakak ipar aku? Adik Luke? Kenapa nak cari maklumat pasal dia? Dia tu jahat ke or one of our target? Why?" Tanya Aryan sambil memandang Raven dan Raiyan.
"Kau boleh dia kejap tak setan?! Kau ingat ni interview soal jawab ke? Tolong eh jangan buat kepala aku bertambah serabut" Ujar Raiyan. Dia tidak tahan mendengar soalan dari dua lelaki itu.
Aryan dan Qeem terus membuat muka tidak puas hati apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Raiyan.
"Memang takde satu pun maklumat tentang dia kau tak boleh hack ke?" Raiyan menyoal Raven. Pelik jika lelaki itu tidak dapat mencari maklumat tentang Luna
"Yup. Aku dah try banyak cara but stay still tak boleh jugak. Aku rasa ada satu je cara kau bole dapatkan maklumat tentang Luna" Raven memberi idea.
"what" tutur Raiyan sambil mengangkat kedua keningnya.
"Luke. Dia kan kembar Luna a.k.a abang luna. Easy bro" Kata Raven sambil menutup laptopnya.
Aryan dan Qeem terus memandang Raiyan yang sedang memikirkan sesuatu.
"tengoklah nanti. Dah, korang tiga ekor boleh berambus dari pejabat aku. Menyemak je dari tadi. Sakit mata aku tengok muka-muka korang ni. Balik-balik muka longkang sama je. Ada bilik pejabat sendiri kan. Jadi dengan segulung hormatnya, tuan-tuan bole berambus dari sini" Ujar Raiyan mendatar.
Raven terus bangun dari sofa dan melangkah keluar dari pejabat Raiyan tanpa banyak bising memandangkan kerjanya yang bertambun dipejabatnya. Manakala dua malaun dipejabatnya mula tidak berpuas hati.
"Berani kau halau aku? Muka longkang ni lah yang selalu bagi kata-kata semangat untuk kau terus hidup" Ujar Qeem menunjukkan muka bangga.
"Nak keluar atau nak mampus awal kat sini?" tutur Raiyan.
"ishhh yela,yela. Kitaorang keluar sekarang. BYE BABYKU!" Ujar Aryan sambil menunjukkan flying kiss pada Raiyan. Tangannya menarik baju Qeem membawa lelaki itu keluar dari pejabat Raiyan.
Hilang sahaja figura mereka berdua, Raiyan menyandarkan tubuhnya di kerusi. Dia menghela nafas yang dalam.
"Luna Irys Sophia" Raiyan menyebut nama Luna. Perlahan-lahan senyumannya terukir bila teringkat gadis itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
MRS HAYDAR
RomanceSeorang gadis mix Melayu-British yang berpindah ke Malaysia atas urusan keluarga, Engku Luna Irys Sophia.Nama yang sangat disanjung tinggi kerana dia merupakan anak seorang jutawan Asia. Gadis berkulit putih, bertubuh model itu sangat digilai ramai...