Chapter 14

81 9 0
                                    

                    RAIYAN melangkah keluar dari bilik air sambil mengelap rambutnya yang basah. Dia memandang jam dinding yang sudah menunjuk jam 11:30 malam. Lenguh badannya masih terasa. Semasa wedding reception mereka tadi, dia dan Luna berehat beberapa minit sahaja.

Matanya menangkap tubuh Luna yang terbaring di atas katil. Dia menggeleng kepala sebelum kakinya melangkah ke katil. Haih, penat sangat nampaknya. Sampai wedding dress yang dipakai isterinya langsung tak ditukar. Makeup juga tidak dibersihkan.

"Luna" Panggilnya dengan nada lembut.

"Hmm"

"Pergi mandi dulu" Arah Raiyan lalu menghenyak punggungnya di sebelah tubuh isterinya yang sedang dibuai mimpi. Dia memandang wajah Luna yang masih menutup mata. Perlahan-lahan bibirnya terukir senyuman. Tidak sangka bahawa dia telah digelar suami.

"Malasla..." renget Luna yang masih menutup mata. Dia menggerakkan tubuhnya menghadap Raiyan.

"Kau nak mandi sendiri atau nak aku mandikan" kata Raiyan sedikit tegas. Ayat terakhirnya berjaya membuat Luna membuka mata. Tanpa mengeluarkan sepatah kata, isterinya terus bangun dan berlari masuk kedalam bilik air. Dia hanya melihat gelagat isterinya itu. Malam ini dia dan Luna hanya akan tidur di hotel yang telah menjadi tempat majlis wedding reception mereka berdua.

Tiga puluh minit telah berlalu, pintu bilik air dibuka sedikit oleh Luna. Kepalanya dikeluarkan sedikit untuk melihat kelibat Raiyan. Malang sungguh nasibnya apabila terlupa membawa baju atau bathrobe masuk ke dalam bilik air. Hanya tuala mandi sahaja sempat dicapainya tadi. Nasib tuala mandinya besar.

Dia mengambil peluang untuk keluar apabila melihat Raiyan yang sedang berdiri diluar balkoni sambil berbual di handphone miliknya. Almari yang menempatkan sedikit pakaiannya dan Raiyan dituju. Dia perlu masuk semula kedalam bilik air sebelum Raiyan melihat dirinya yang terlalu seksa.

"nice view "

Satu suara garau yang cukup dikenalinya membuatkan Luna tersentak. Tubuh dihalakan memandnang Raiyan yang sedang duduk di atas katil. Air liur diteguk apabila Raiyan memandang dirinya seperti mahu makan.

"Jangan gatal boleh tak, saya jolok mata awak nanti" Arah Luna. Tetapi pandangan Raiyan masih tidak lari dari Luna.

Luna yang berdiri kaku didekatinya. Selangkah kaki Raiyan kedepan, selangkah juga kaki Luna kebelakang. Isterinya ni memang sengaja nak goda dia ke malam ni?

"Jangan dekat" lilitan tuala ditubuhnya dipegang erat. Raiyan masih memandang tanpa sebarang riak manakala mata Luna meliar mencari sesuatu yang boleh dijadikan senjata. Identity nya ditolak ketepi. Matanya tertancap pada handgun jenis Glock-17. Pantas tngannya tangannya mencapai handgun itu.

"Sa-satu langkah kau maju lagi, aku tak teragak-agak nak tembak kau" Ugut Luna. Walaupun mereka pernah terlanjur, masih juga dia menjaga maruahnya. Handgun yang dipegangnya diacukan tepat pada dahi Raiyan.

"Interesting. Berani ke nak tembak aku? I'm your husband" Sinis Raiyan lalu terkawa kecil. Tatto berbentuk rama-rama serta bunga rose di bahu Luna menarik perhatiannya. Kenapa dia tidak perasan tatto tu masa mereka terlanjur dulu?

 Kenapa dia tidak perasan tatto tu masa mereka terlanjur dulu?

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

(TATTO LUNA)

"Raiyan...please , kalau kau nak jadi gatal, lain hari jelah. Jangan malam ni. Aku penatla" Rayu Luna yang sedang menahan air mata dari keluar. Handgun yang diacukan pada Raiyan tadi diletak kembali atas meja solek. 

Rayuan Luna membuatkan Raiyan berhenti melangkah. Dia hanya memandang wajah Luna yang sedang menahan air mata. Cengeng betul isterinya ini.

"Pakai ni"

"huh?"

"Ni bukan bathrobe yang aku pakai tadilah. Ambik pakai ni dulu" arah Raiyan

"Are you kidding me sir Raiyan. Nak bagi bathrobe pun tak payahla takutkan aku" Ujar Luna bengang apabila dia telah dikenakan oleh Raiyan. Tangannya pantas merampas bathrobe di tangan Raiyan.

"baru kacau sikit dah nak nangis. Dont worry, aku tak buat apa-apa malam ni, aku penat. Next time jelah, aku jadi gatal macam kau cakap tadi. And one more thing, jangan pakai macam tu lagi kalau tak nak..." Usik Raiyan sambil memandang Luna bawah atas.  Sengaja tidak menyebut ayat terakhirnya.

"Jangan kacau aku la. Pandang tempat lain"

Raiyan hanya tersenyum sinis apabila melihat wajah isterinya berona merah. Kakinya terus melangkah ke arah balkoni bilik itu, Luna terus elangkah masuk semula e dalam bilik air.

🦋🦋🦋

"SAMPAI bila kau nak duduk dalam bilik air tu?" soal Raiyan sedikit kuat kerana hampir 20 minit Luna berada dalam bilik air itu. Ni pakai baju ke jahit baju?

Klik!

Raiyan yang sedang bermain dengan handphonenya terus mengangkat kepala memandang ke arah Luna. Dia terus meletakkan handphonenya ke atas meja kecil yang terletak ditepi katil. Matanya memandang Luna yang menuju ke sofa yang disediakan.

"Kenapa kau baring kat situ?" Soal Raiyan

"Tak boleh ke? Aku mengantuklah" Jawab Luna lalu berbaring di atas sofa.

Raiyan masih memandang Luna dengan pandangan tajam. Tanpa bersuara, Luna terus bangun semula dan berjalan ke katil. Faham akan pandangan tajam yang diberikan oleh Raiyan.

"Baring sini" Bagai lembu dicucuk hidung, Luna terus baring di sebelah Raiyan. Seakrang dia tak boleh lawan cakap Raiyan. 

Sebaik sahaja Luna berbaring. Suis lampu tidur dihotel itu dimatikan . Tangan suaminya pula memeluk pinggang Luna.

"Tidurla, aku tahu kau penat. Dont worry i'll not do the things that we do that night. But next time, aku akan tuntut hak aku" bisik Raiyan di telinga isterinya dengan nada menggoda.

"Kau cakap lagi pasal tu, aku sepak kau jatuh dari katil ni" balas Luna yang cuba meleraikan pelukan Raiyan.

Amaran dari isterinya membuatkan Raiyan tersenyum. Walaupun Luna baring membelakanginya, dia tahu wajah Luna pasti berona merah.

"tak baik tau tidur membelakangi suami. Tak bagus" ujar Raiyan lagi membuatkan Luna mendengus. Mahu tak mahu, terpaksalah Luna menghadap suaminya. Pesanan dari mommynya kini brmain di otaknya. 

"good" Dahi Luna dikucupnya. Raiyan menarik Luna kedalam pelukannya.

"Tidurla" Makin Luna menolak peluka Raiyan, makin erat pelukan Raiyan pada isterinya. Luna yang sudah mengalah hanya merenung wajah suaminya. Ini kali pertama dia melihat wajah itu dengan jarak yang begitu dekat. Perfect! pujinya dalam hati. Akhirnya terlelap juga Luna dalam pelukan Raiyan



MRS HAYDARTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang